Wednesday, September 15, 2010

LURZAN'S MODEL ISSUE #8

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua warganegara malaysia...Kepada muslimin dan muslimah..macamana dengan sambutan Aidilfitri? mesti meriah dan penuh dengan suka dan duka kan...biasa la..hari raya...

yang best time raya ni bila kita nak balik ke kampung untuk berhari raya bersama ibu dan ayah, adik beradik serta sanak saudara...selain itu...Aidilfitri juga amat ditunggu2 oleh kanak2..time ni la nak dapat serba serbi baru...serta menajamkan minda dengan mengira duit2 raya yang diberi oleh orang2 dewasa...lagi2 kalau ramai saudara mara...mau penuh poket dengan duit raya...

pasti juga ramai yang masih lagi bercuti panjang untuk pulang ke kampung yang jarang2 di lawati...sebab tu kat opis aku pun masih lengang...budak sekolah pun masih bercuti...jadi waktu2 sebegini la yang sesuai untuk keluarga mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang barangkali amat jarang bertemu mahupun ada sedikit salah paham antara mereka...

Jadi sempena hari baik bulan baik...apa salahnya kita sesama manusia memohon maaf serta memaafkan apa jua kesalahan yang pernah kita lakukan ataupun orang lain. kalau hidup saling bermusuhan...takkan ada kesudahan dan takkan ada kelebihan yang akan kita peroleh...Jadi kepada semua...Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...

kita tolak tepi pasal raya...jom kita tengok lak sapa yang menghiasi cover untuk keluaran kali ini...kalau korang nak tau..ini adalah keluaran yang terakhir untuk tahun ini...jadi kalau nak tau sapa talent baru kali ini...jom kita lihat....

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O







Untuk issue #8 ni...iaitu issue yang terakhir untuk tahun 2010 ni...talent baru yang menghiasi Lurzan's Model ialah Rayner. Rayner ni berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. beliau berbangsa Kadazan dan masih berumur awal 20an.

Buat masa ni beliau bekerja di salah sebuah hotel terkenal disekitar Kota Kinabalu. walaupun beliau adalah anak bongsu dalam keluarga..tapi amat suka berdikari...

aku temui Rayner melalui laman sosial. waktu tu aku dalam perancangan nak ke Kota Kinabalu...jalan2...
so sebelum aku berangkat...ada la aku cari talent2 baru melalui laman sosial ni..dalam 5 orang aku tegur..yang kebanyakkan nya menetap disekitar KK...3 gurl...2 boy..tapi mungkin waktu aku pergi tak ngam ngan jadual mereka...jadi yang tinggal hanyalah Rayner..

kalau ikutkan susah gak nak atur masa untuk sesi fotografi ngn Rayner...dan waktu shooting pun amat singkat..coz kami just boleh shoot after dia habis kelas..waktu tu dia masih lagi belajar di kolej sekitar KK....dan aku pun takleh lama coz aku ada urusan lain ngan kawan aku waktu tu...

tapi nasib baik Rayner ni boleh bekerjasama ngan baik dan memberikan pose2 yang dikehendaki...walaupun pada mulanya dia terlupa membawa baju yang dipesan..terpaksa la aku gunakan baju yang aku ada waktu tu...so far potensi ada..cuma kena lebihkan untuk buat workout..

untuk Rayner..aku ucapkan selamat berjaya dalam apa jua bidang yang ingin diceburi...dan jangan mudah pututs asa...Keep the good work...

selain itu...oleh kerana ini adalah issue yang terakhir...aku nak ucapkan juga jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua talent2 model baru yang penah bekerjasama ngan aku...aku tau..ramai yang mula kenal korang bila korang letak gambar2 yang penah aku amik, kat dalam laman sosial korang...macam fb..hehe..

untuk lebih menghargai new talent ni...actualy MOdel Look 2010 tu adalah untuk mereka...naktau lebih lanjut...tunggu entry akan datang...

so sebelum aku melabuhkan entry kali ini...macam biasa...jom kita tanya 5 soalan kat Rayner....

1. Mengapakah anda meminati bidang modeling?
Saya meminati bidang modelling sebab saya suka bergambar,berada dalam studio,and employed for the purpose of displaying and promoting fashion clothing.


2. Siapakah model idola anda dan mengapa?
Model idola saya adalah Dingdong Dantes(Philippines) sebab dia memiliki wajah yang kacak dan badan yang sempurna(full package).so i hope i can be like him.


3. Jika anda diberi tawaran kontrak untuk menjadi duta...manakah yang anda akan pilih...model seluar dalam atau model minyak masak??
Jika diberi tawaran kontrak untuk menjadi duta,saya akan memilih sebagai model seluar dalam sebab saya suka memakai pakaian yg sexy dan dilihat orang ramai...yeay!

4. Jika anda adalah seorang guru..mata pelajaran apakah yang anda akan ajar..dan mengapa?
Jika saya seorang guru,saya nak mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebab senang...haha

5. Anda diberi tawaran untuk membotakkan rambut anda dan menerinma RM1juta..adakah anda sanggup dan mengapa??
Saya sanggup membotakkan rambut dan menerima RM1 juta sebab rambut saya mesti akan tumbuh panjang dalam beberapa bulan kemudian...haha



2 comments:

  1. kalu lbih byk lagi issue lg best...hehe maybe lepas nie bleh lg post yg ala2 editorial atau mungkin promote sesuatu...cam botol air, cermin mata, hp, atau baju ke...hehehe

    ReplyDelete
  2. tq jeffb_J atas komen yang diutarakan...
    actually semua tu dalam perancangan...

    lagipun semua model tu i discover sendiri..untuk yang akan datang i akan buka penyertaan yang lebih besar lagi...

    kene tunggu tahun depan...hehe
    jgn lupa support k...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...