Tuesday, February 22, 2011

LURZAN'S MODEL : LM ISSUE #10


Assalamualaikum dan salam hormat semua...
Bersua lagi kita dalam LM issue #10 untuk bulan Februari 2011.
Diharap agar korang semua berada dalam suasana yang menyenangkan dan masih lagi mampu untuk menghadapi cabaran yang mendatang..
Bulan Februari ni mungkin menyimpan banyak kenangan indah buat korang semua...
Ye la .. perayaan silih berganti, mungkin juga hari lahir si dia, atau juga melangsungkan hari bahagia...

Walaupun cuaca pada awal tahun ini amat tidak menentu..
Kejap panas..kejap mendung...tau2 hujan...
Diharap ianya tidak berlaku pada mood korang...

Jadikan setiap hari adalah hari baru untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik...
Elakkan daripada melakukan masalah atau menyusahkan orang lain...
Kerana setiap yang berlaku akan dibalas oleh Nya...

Berbalik kita kepada LM untuk issue kali ini...
Untuk issue ke 10 ni, aku tampilkan dahulu talent tinggi lampai yang berasal dari serian...


O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O











Bernama Taufiqil dan berumur 19 tahun, beliau baru sahaja menamatkan alam persekolahan disalah sebuah sekolah di Kuching...

Setelah mendapat keputusan STPM baru2 ini, beliau bercita2 melanjutkan pelajaran disalah sebuah institut pengajian tinggi tempatan dan setelah itu ingin menjadikan bidang kepolisan sebagai kerjaya tetap...

Beliau yang mudah disapa dengan nama Qill, amat suka bermain futsal...
Menjadi penyokong kuat Chelsea FC dan mengkagumi skill permainan Frank Lampard, pada waktu senggang, beliau juga suka menonton perlawanan2 bola sepak bersama rakan2...

Kalau korang perasan, sekali imbas wajah Qill ada iras2 talent model tahun lalu iaitu Jezlen...
Mereka ni kawan sebenarnya...tinggal di kawasan yang sama dan juga sekolah ditempat yang sama...
Ada juga kadang kala mereka dianggap sebagai kembar atau adik beradik...

Walaupun ini adalah photoshoot pertama beliau, tapi Qill tetap memberikan persembahan yang terbaik semasa photoshoot berlangsung...
Biarpun agak kekok semasa diawal shooting, dan menjadikan majalah2 sebagai rujukan, lama kelamaan beliau mula mendapat mood dan berani beraksi didepan kamera...

Untuk Qill, aku ucapkan selamat maju jaya dan semoga apa yang diimpikan akan tercapai...



Sebelum kita berundur, jom kita tanya 5 solalan untuk Qill ;

1 . 10 tahun dari sekarang,siapakan anda?
    Seorang pegawai polis yang sangat dihormati.

2 . Aset yang paling disukai pada diri anda.
     Kaki saya. Sehingga ia menyebabkan saya sukar mencari saiz kasut yang diingini.

3 . Mengapakah anda meminati bidang modeling?
     Saya suka bergambar dan saya juga berminat serta ingin mencuba bidang ini.

4 . Kereta idaman anda dan mengapa?
     Saya amat meminati kereta Ferrari 360 Spider. Ini kerana,kereta ini tidak boleh membawa ramai penumpang disebabkan ianya mempunyai 2 tempat duduk sahaja...:)

5 . Apakah ciri-ciri pasangan yang anda idamkan?
     Dari segi fizikal, biarlah sidia lebih rendah dari saya. Untuk ciri-ciri yang lain, saya tak kisah sangat, asalkan sidia dapat terima saya seadanya...:)


Saturday, February 19, 2011

PHOTO OF THE DAY



' tak sampai la pulak '

Tarikh : 2011-02-18
Tempat : Limbang, Sarawak
Kamera : D90

Monday, February 14, 2011

Friday, February 11, 2011

PROMOSI 2011

Berita baik untuk korang yang nak melangsungkan pertunangan,pernikahan mahupun persandingan pada tahun ini...

untuk promosi awal tahun ni, Lurzan Photography telah menyediakan 2 promosi untuk korang yang bakal menjadi raja sehari...

promosi Wedding Photography dan juga Wedding Make-up ...


 dengan hanya RM999 korang leh dapat 1 custom album bersaiz 12"x8", 1 bingkai gambar bersaiz 10"x12" serta unlimited gambar didalam Cd.


 Lurzan photography juga ada menyediakan perkhidmatan wedding make-up dengan harga promosi RM150 untuk satu sesi.


 
jadi apa tunggu lagi..

promosi berakhir sehingga bulan Mei 2011...

oleh itu buatlah tempahan sekarang walaupun majlis korang diadakan selepas tarikh promosi...

untuk keterangan lanjut just hubungi 017-3376858 ( lurzan )

p/s : abadikan majlis anda dengan muka yang berseri dan album gambar yang menarik lagi menawan hati...semoga hubungan yang dibina kekal abadi...



Monday, February 7, 2011

PHOTO OF THE DAY

' where am i '


Tarikh : 2010-11-02
Tempat : Kuching
Kamera : D90

Thursday, February 3, 2011

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2011



Kepada semua warganegara Malaysia yang berbangsa Tionghua dan beragama Buddha, aku nak ucapkan Gong Xi Fa Cai.

semoga tahun arnab ini akan memberikan lebih kebahagiaan, kekayaan dan juga kesejahteraan untuk apa jua perkara yang dilakukan.

sambutlah perayaan ini dengan penuh kesederhanaan tetapi dalam suasana yang meriah...:)



p/s : aku still layak terima angpow tak??/hahaha

Wednesday, February 2, 2011

PHOTO OF THE DAY

' aku.dia.kamu '


Tarikh : 2010-04-03
Tempat : Singapura
Kamera : D90
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...