Monday, August 30, 2010

Erti Kemerdekaan

Dalam beberapa jam lagi, kita sebagai rakyat negara malaysia, akan menyambut perayaan yang paling bermakna dalam sejarah negara kita iaitu Hari Kemerdekaan. Dengan slogan pada tahun ini, 1 Malaysia Menjana Transfomasi, negara telah mencapai kemerdekaan yang ke-53. Sejarah telah membuktikan yang negara kita telah merdeka daripada penjajah atas usaha pemimpin yang terdahulu. Hasilnya, negara kita bertambah makmur dan perkembangan ekonomi bertambah baik. Tetapi adakah kita telah benar-benar merdeka? renung-renungkan...

Sunday, August 29, 2010

PHOTO OF THE DAY


' mendung '

Tarikh : 2010-02-24
Tempat : Kota Kinabalu
Kamera : D90

Saturday, August 28, 2010

MARI MEMASAK DI BULAN RAMADHAN

pasti ramai antara korang yang memang teror memasak kan...so tak layak la kalau aku nak bukak kelas masakan kat sini...ye la, aku pun masak megi pun tak tentu sedap... inikan pulak nak masak masakan yang berempah la.. kari la...atau masam manis...ishhh jauh api dari panggang...


dalam famili aku, mungkin aku la yang kurang pandai memasak...bukan tak pandai ye...cuma kurang pandai...hehe
penah satu ketika, masa aku dibangku sekolah..time tu mak bapak takde kat umah, aku la yang kena jaga adik2 aku. so time tengahari bila kitorang lapar, aku pun masak la telur goreng...itu je la yang aku pandai time tu... tapi disebab kan aku ni suka wat experiment... aku pun cakap ngan adik2 aku..." apa kata kita cuba wat masakan lain selain dari goreng telur ni.." . lebih kurang la ayat tu...


so aku ngan yakin terus meyelongkar kat rak2 dapur tuk melihat benda apa yang aku leh masukkan kat dalam telur yang dah dikacau. kalau letak bawang dah selalu sangat...jadi belek punya belek...akhirnya aku dapat satu idea tuk letak SIRAP!! yup aku letak sirap yang warna merah tu dalam telur yang telah dikacau. letak pulak banyak coz nak kasi colour tu cantik...


pastu aku goreng la telur tu...bila siap di goreng, nampak menarik... ye la ...telur goreng warna merah...hehe
tapi masalah mula timbul bila time makan...adik aku cakap TAK SEDAP!! bila aku makan pun, aku rasa pelik sangat telur goreng sirap tu...hahahah
last2 aku masak telur goreng biasa je...lagi sedap!!


tapi bila dah besar sikit ni... nak taknak kena la belajar sikit2 bab memasak ni... lagi pulak aku dok bujang... jadi kalau time bosan or nak budget2...kene la masak sendiri..takkan tiap hari nak makan kat luar kan...cam kaya je...


banyak sumber yang aku leh dapatkan untuk pelajari tentang masakan... kat intenet melambak info, buku or majalah masakan jangan cakap la..macam2 resepi ada, tapi aku lebih suka bertanya kat orang. coz senang nak paham.tapi tu style aku la..macam masakan jugak...lain orang lain rasanya...tul tak??/


macam semalam...kat tempat opis aku keje... ada wat gotong royong memasak...masak apa?? apa kata korang teka ngan tengok bahan2 untuk masakan tu...







dah teka???
okla...ini la jawapannya...

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O


BUBUR LAMBOK...my favorite porridge...nyum2

Friday, August 27, 2010

Slice




Release Date: 19 August 2010
Language: THI
Classification:
Genre: Thriller
Run Time: 101 Minutes
Director: Kongkiat Komesiri
Cast: Chatchai Plengpanich, Arak Amornsupasiri, Jessica Pasaphan










~SYNOPSIS~

A terrible slaughter has happened where the bodies of the victims are chopped into pieces and the police are urgently in the hunt for for the serial killer. A former hit man, Tai (Arak Amornsupasiri) who is now imprisoned offers the policemen to help solve the brutal murders with Shin (Chatchai Plengpanich), a detective who is working on the case. Tai is then set free from prison on the condition that he helps Shin locate the serial killer within 15 days. In his quest to search for the wanted killer, he uses his experience from the days as a hit man to help Shin.


kalau ikutkan malas nak tengok movie time2 bulan puasa ni..ye la, lagi2 kalau tengahari atau petang..tapi kebetulan aku pegi The Spring lepas habis tugasan kat area2 situ gak...dalam tengahari camtu...

disebabkan bosan, dan kawan aku pun nak tengok wayang...kitorang pun pilih untuk tengok movie ni.dah nama je time bulan puasa...pastu kol 12 tngahari lagi...takde orang lain yang ada dalam panggung wayang tu melainkan kamiorang je...hahaha

citer ni berkisar tentang pembunuhan, dendam dan hebungan terlarang...
macam citer thriller yang lain..pada satu tahap kita akan meneka siapakan pembunuh yang dimaksudkan...begitu juga movie ni..tapi time2 nak ending la...babak2 pembunuhan pun takde la extrem sangat...tapi tetap terasa ngilu beb...
kredit leh diberikan kat mekap effect...nampak real dan tak melampau2 ...citer pun leh tahan gak..takla mendatar sangat..kira bole layan la...

so kepada korang yang nak tengok aksi hiris menghiris...jom layan movie ni...:)

Thursday, August 26, 2010

PHOTO OF THE DAY

kuching
' simbol '

Tarikh : 2010-02-10
Tempat : Kuching
Kamera : D90

Tuesday, August 24, 2010

Kenangan DiBulan Ramadhan : Part3 ( Akhir )

bila masuk je minggu terakhir puasa..aku ngan adik beradik aku akan memasang pelita kat depan umah kitorang. dah nama je tujur likur..so tak meriah la kalau tak pasang pelita ni...tol tak?? selalunya abg aku la yang akan mencari kayu dan memacakkan kayu2 tu untuk dijadikan tempat letak pelita2 ni...
manakala tugas aku ngan adik2 aku, memasang sumbu kat pelita ngan mengisi minyak gas...

bila pas berbuka..kitorang terus nyalakan pelita2 tu... bila tengok pelita2 tu menyala, semangat nak raya ni makin bertambah2...yer la...budak2 lagikan.. mestila exited.
aktiviti bermain bunga api ngan mercun menjadi agenda utama kami sepanjang minggu terakhir puasa...so sambil2 main bunga api...mesti kitorang nyanyi lagu2 raya yang kami tahu...tapi selalunya lagu raya biduanita Saloma yang paling kerap kami nyanyikan...



diminggu2 terakhir ni jugak la aku sekeluarga dah sibuk wat persiapan raya...yang paling penting dan mesti disiapkan adalah KUIH RAYA...hahaha
orang dulu jarang wat 'KUIH TUNJUK' macam orang sekarang...
masa dulu bole kata majoriti kuih raya dibuat sendiri...kadang2 pening mak aku memikirkan kuih apa lagi yang hendaj dibuat... tapi selalunya yang wajib ada setiap kali hari raya, macam rempeyik, tat nanas, mazola, dan kueh dam. ada lagi 2-3 jenis yang aku lupa apa nama kuih tu...hehehe

walaupun aku rajin gak tolong mak aku wat kuih raya ni...tapi aku rajin gak melantak kuih2 raya tu...mana tak nya..kalau yang dibuat tu kuih raya kegemaran aku...tat nanas.even sampai sekarang pun aku tetap suka tat nanas..kalau korang kasi sebalang pun aku leh habis kan...hahhaaa



kalau korang nak tau, kat kampung aku masih lagi mengamalkan amalan bertukar juadah sesama jiran tetangga, saudara mara mahupun rakan taulan. al-maklum la.. kat sini leh kata kebanyakkan nya berdarah jawa. termasuk jugak aku...hehehe
kalau sebelum ni amalan bertukar juadah pada bulan ramadhan dilakukan pada minggu terakhir puasa.. tapi sejak kebelakangan ni ramai yang melakukannya apa awal bulan puasa...
bukan apa , kalau dah masuk minggu akhir puasa.. banyak persiapan lain yang mereka nak kene buat.. so kiranya dah susun jadual la ni...

bertukar juadah atau dalam bahasa jawanya 'punjungan'..selalunya dalam bentuk makanan hari raya.contohnya ketupat, lontong, lemang, kuah kacang, rendang, kuah lodeh, dan bermacam2 lagi..
tapi family aku suka wat punjungan ni time nak dekat2 raya...selalunya dalam sehari sebelum raya. bukan apa... masakan tu leh dimakan tuk keesokkan harinya, iaitu hari raya..hehehe


kalau korang nak tau, masa kecik2 lagi aku dah diajar oleh famili aku untuk membuat pelbagai jenis kelongsong ketupat... macam ketupat katak, ketupat palas, ketupat bawang , dan lain2 lagi.
dan boleh kata semua ahli keluarga aku memang tahu buat benda alah ni.
masa dulu siap lawan ngan adik beradik sapa yang boleh siapkan banyak kelongsong ketupat.



bila semua punjungan dah siap dimasak dan dibungkus.. kami adik beradik akan ditugaskan untuk menghantar nya pula ke destinasi yang tertentu. selalunya ada 3 bahagian. yang pertama tempat yang paling jauh...yang kedua tempat yang separa jauh...dan yang ketiga tempat yang dekat sangat. haa..lebih kurang camtu la..
untuk tempat yang jauh dan separa jauh.. tu kene naik motosikal la untuk kesana..tapi kalau yang umah yang dekat tu...sedara mara yang dok sebelah2 rumah je.so jalan kaki je...
jgn tak tahu... aku dah boleh bawak moto sejak usia aku darjah 4 lagi. so tugas aku la yang akan menghantar punjungan ni ke tempat yang jauh sikit...
kadang2 tu aku dah dapat dah duit raya time hantar punjungan ni. tu yang best tu ...heheh



seperti mana yang aku dah bagitau sebelum ni...adik beradik aku ramai...so selalunya sehari sebelum nak raya diorang baru balik ke kampung. terutama kakak2 dan abang2 aku...so kemeriahan dah mula terasa...sebab rumah dah riuh rendah.

aktiviti last yang wajib dan kitorang wat time bulan Ramadhan ni adalah menghias rumah. bukan mengemas rumah ye..mengemas rumah awal2 lagi dah buat..
menghias rumah ni macam pasang langsir... tukar sarung kusyen.. gantung kad raya.. dan juga hiasan2 bunga. best bila tengok hiasan rumah menjadi lain daripada hari2 biasa. asktiviti ni selalu nya kitorang wat waktu malam raya.



dan sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, moment yang aku paling suka bila mununggu pengumuman raya.. mcam biasa..walaupun kami yakin esok akan raya..tapi kamiorang akan menunggu penuh debaran waktu penguman tu diumumkan. tapi kan..penah terjadi petang sebelum pengumuman raya..area tempat aku black out, membawa sampai ke malam..jadi terpaksa tanya2 sedara mara kat sebelah umah untuk mendapatkan kepastian tarikh raya yang sebenar...memang nostalgia...



jadi itu lah serba sedikit kenangan aku dibulan Ramadhan sewaktu aku kecil...memang banyak perubahan yang berlaku waktu dulu dan sekarang..tapi aku bersyukur ke hadrat Ilahi..kerana aku masih dipertemukan dengan bulan yang penuh barakah dan kesyukuran ni...
aku juga yakin korang pun tentu punya banyak kenangan waktu kecil, sewaktu bulan Ramadan yang korang tak dapat lupakan kan...





Monday, August 23, 2010

TIPS UNTUK MENJADI WEDDING PHOTOGRAPHER



ada diantara rakan2 aku yang ingin tahu tips2 camner nak jadi seorang wedding photographer...
yer la.. nak cari duit poket sikit... kira macam part-time job la...
kalau ikutkan, aku pun takla pandai sangat...tapi kalau nak tau sikit2 berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni...aku cuba terangkan kat sini...

so untuk korang yang masih baru dalam bidang fotografi ni... terutama kawan2 aku yang tanya pasal soalan ni...diharap apa yang aku terangkan ni dapat dimanfaatkan...ok...


LANGKAH 1.

first thing yang korang kene ada mesti la kamera dslr.kalau korang nak guna kamera filem pun boleh jugak,no hal punya.tak kisah la apa2 jenama ataupun kelebihan sesebuah kamera.tu citerasa masing2.bagi aku kalau korang ada kamera dslr yang guna kit lens pun dah cukup dah.coz kita nak wat job wedding je..and ini pun sebagai permulaan.kalau bole,dapat beli satu flash pun lagi bagus.so time ni tak perlu sibuk2nak beli lens tele la..wide la..tapi kalau korang jenis anak orang kaya yang mampu beli segalanya...angkut je...ada aku kesah??hehe


LANGKAH 2

so bila korang dah ada kemera yang korang idamkan,next thing yang korang kene buat mesti la memahirkan segala fungsi kamera tersebut.explore selagi boleh.segala dial mode or button yang ada kat kamera tu kene amik tahu.kalau tak paham, rajin2 la baca buku manual or tanya kawan yang tahu.malu bertanya sesat jalan.so kalau dah sesat, susah nak ke pangkal jalan...hahaha
kiranya asas fotografi macam shutter speed,aperture,ISO,focusing,exposure dah kene tau dan dimahirkan pada tahap ni.so takkisah kalau mula2 gambar korang macam ada yang tak kene.tu perkara biasa.banyakkan try n error.lagi banyak gambar yang korang amik,lagi cepat korang akan belajar.time ni pun paham2 kan la fungsi flash.benda ni pun amat penting untuk situasi2 tertentu.
so penting bagi korang untuk memahirkan dulu segala camera function dan composition agar korang tak kekok dan nampak macam budak baru pegang kamera bila amik gambar wedding nanti.
kalau korang ada duit dan masa, leh la hadiri kursus2 or kelas2 fotografi yang ada.ini semua untuk memantapkan lagi segala skil korang.






LANGKAH 3

bila korang dah mahir pasal fungsi kamera dan composition, barula korang leh masuk ke langkah seterusnya.
untuk tahap ni, korang kene banyak study pasal angle and style.so kene rajin2 la tengok hasil2 keje wedding photographer yang dah berpengalaman.takkisah la kat magazine ke..kat internet ke..waima kawan2 sendiri.
kene tengok segala jenis style..camner nak wat gaya foto yang formal...atau candid... mahupun artistik...
ini semua sebagai rujukan je.then langkah seterusnya,korang kene berlatih amik gambar wedding yang sebenar.camner nak buat??senang je...korang leh ikut dulu kawan2 korang yang dah mahir amik gambar wedding ni amik gambar.contohnya minggu depan dia ada amik gambar kawen kat satu tempat,so korang offer untuk ikut dia..or bahasa jawanya...'tag along'.kiranya korang nak join sebab nak amik pengalaman dan belajar amik gambar kawen.sambil2 tu korang leh tengok fotografer yang dah mahir ni beraksi mengambil foto yang menarik masa kat umah orang kawen tu.
selain tu juga lihat macamana diorang ni berinteraksi ngan pengantin or keluarga pengantin.tu semua kene blaja.
tapi jangan la baru sekali dua ikut orang amek gambar kawen dah terus semangat buat pakej wedding photography.semangat betol.slow and steady...



LANGKAH 4

bila rasa2 macam dah banyak timba pengalaman tag along ngan jurufoto lain,dan dah ada keyakinan untuk bergerak sendiri..apa yang korang perlu buat adalah mempromosikan diri korang...bukan jual body..tapi memperkenalkan siapa korang kat orang luar.
macamana nak mulakan?senang je..tapi mula2 korang kene portfolio hasil keje korang yang korang penah amik sebelom ni, dan juga pakej yang korang sediakan.tapi make sure harga adalah berpatutan ngan skil korang dan juga pengalaman korang.jangan letak harga yang terlampau murah,coz koramg bukan je jual produk..tapi korang jual perkhidmatan gak.so benda2 ni kene banyak bertanya dan selidik harga2 setempat.
untuk mendapatkan customer,tak payah pegi jauh2,korang leh mulakan ngan ahli keluarga,sedara mara, mahupun kawan2 yang nak mendirikan rumah tangga.so offer kan pakej yang korang ada kat diorang.yang tu pandai2 korang la.tapi bila orang dah mula kenal..dan kebetulan hasil kerja korang cantik..dengan sendirinya customer akan cari korang.but make sure korang dah ada kad nama time tu...hehe..



so rasanya itu je la tips2 yang leh aku bagi buat masa ni..tak banyak ..tapi diharap bermanfaat untuk korang...yang penting korang kene yakin dan banyakkan belajar dari kesilapan.aku pun sampai sekarang masih belajar benda2 baru dalam wedding photography ni.coz aku bukannya full time wat wedding photography...hehe
so sampai jumpa lagi.

Sunday, August 22, 2010

Kenangan DiBulan Ramadhan Part2

lupa nak bagitau...masa tengah moreh ni...budak2 muda akan mainkan gendang a.k.a beduk(betol ke nama benda alah ni...)....dimainkan secara bergilir2 dan itu menandakan solat tarawikh telah selesai pada hari tersebut...dan juga dimainkan supaya orang berjaga malam...untuk beribadat...ye la...kadang2 sampai ke tengah malam diorang balun beduk tu....

ada jugak budak2 muda mahupun yang sebaya aku yang akan tido di masjid selepas orang lain dah balik...konon2 nya subuh nanti leh terus sembahyang berjemaah kat masjid....kalau time 7 likur..kononnya nak tngok malam Lailatul Qadar...konon nya la....
tapi mak bapak aku time tu mana la bagi aku tido kat masjid...famili aku kira tegas sikit...mana kasi anak2 nya campur ngan budak2 yang tak tentu hala...katanya la..

tu citer time apa yang berlaku masa tarawikh...pasni aku nak citer lak pasal BERBUKA....yezza...suka la tu...bab2 berbuka ni...
mana tak suka kan...time ni la segala jenis juadah leh dilihat di atas meja makan...
adik beradik aku kan ramai...jadi paham2 je la... nasi ngan lauk tu mesti la ada....kueh2 mueh mesti dalam 3 atau 4 jenis....air lak mesti ada air tebu atau soya....tu belom lagi orang yang hantar 'punjungan'....bahasa jawa da...ala orang yang bagi makanan macam ketupat ngan rendang kat sedara mara...nak2 lagi sedara mara ramai...jadi kadang2 tu satu hari sampai 3-4 punjungan dari diorang...so bayangkan la penuh meja tu dengan makanan....




kalau hari minggu atau lepas aku balik dari sekolah...sementara menunggu waktu berbuka...arwah bapak aku suka bawak kitorang jalan2 naik motosikal keliling kampung...ini bertujuan tuk menjadikan kami hepi dan tak pikir pasal lapar....mana tak nya...kalau dok umah... asyik mengadap meja makan...pastu mengeluh pasal lapar...so best gak la kalau jalan2 keliling kampung ni...pastu singgah jap kat bazaar Ramadhan...leh pilih makanan yang kitorang nak...time tu kecik lagi...jadi kalau dapat ayam goreng pun dah cukup dah...



selain tu... makanan yang aku paling suka masa nak berbuka... BUBUR... tak kisah la...bubuk lambok ke...bubur caca ke...bubur jagung ke...janji bubur... kadang2 kalau waktu sahur aku takde mood nak makan nasi ke apa...aku makan bubur je la...

sebut pasal bersahur...masa kecik2 macam biasa la...liat sungguh nak bangun sahur...

kadang2 famili aku kejut dah supaya aku bangun...tapi aku duduk jap...pastu tumbang balik.... ngantuk...

penah tu aku tak sedar langsung yang aku dah bangun...pegi toilet..pastu makan sahur ngan famili....kiranya aku masih mamai la time tu....tau2 esok pagi aku siap tanya mak aku...kenapa tak kejut aku sahur....
mak aku siap sound yang aku makan dengan sedap nya waktu sahur tu...tapi aku langsung tak sedar!!hehehe



kita tolak tepi bab2 makan ni...kita borak lak pasal main bunga api dan mercun....huhu

walaupun kita tau yang skarang ni banyak mercun yang dah diharamkan...tapi zaman aku dulu...benda tu masih ok lagi....takde hal punya...

aku ngan adik beradik aku...pastu sedara2 aku yang dok dekat2 umah...kitorang akan main bunga api lepas berbuka mahupun lepas bersahur...

mercun hanya dimainkan oleh sedara2 aku yg dah besar sikit...so kitorang tengok je la....paling best bila lepas berbuka...mesti time tu akan kedengaran seperti berlakunya 'perang saudara'...mana taknya...bila orang sini kabooom...orang ssebelah nun lak keboooooommmmm...hahaha...paham2 je la..




BERSAMBUNG....



Friday, August 20, 2010

Photo Of The Day


' sehati sejiwa '

Tarikh : 2010-01-23
Tempat : Kuching
Kamera : D90

Kenangan DiBulan Ramadhan Part1

Zaman Kanak2 Ribena

tentu ramai diantara kita banyak kenangan yang tak dapat dilupakan sewaktu bulan puasa@ Ramadhan ini...camtu gak ngn aku...lagi2 time zaman2 kanak2....belum baligh org kata...hahaha
tak kisah la samaada ianya kenangan pahit atau manis...yang penting ia tetap bermakna kat kita..ia la...bila dikenang2 atau ingat2 balik...lucu pun ada...sedih pun ada...geram...dan macam2 lagi perasaan...

seingat aku... aku mula berpuasa sejak aku kecik lagi...mungkin dalam usia aku 3 atau 4 tahun...yup... time tu parent aku dah ajar aku puasa... lagipun time tu aku dah masuk kelas tadika... awal kan aku masuk tadika...hehe...tu nanti2 aku citer kenapa aku leh masuk awal ke kelas tadika...

kita citer dulu time nak dengar pengumuman untuk berpuasa....time tu antara moment yang tak leh aku lupa...ye la...time tu la ahli keluarga yang ada kat umah akan berkumpul dan dok kat depan tv...untuk menunggu pengumuman tarikh puasa...masing2 siap dengan tekaan bila tarikh mula puasa...hehehe...
bila pengumuman dah dibuat...bersorak sakan la kami orang bila tarikh yang kami teka tu betul...hahah...biasa la...hepi la katakan...nak puasa...

cam biasa...bila dah esoknya nak puasa...mesti la malam tu gak akan diadakan solat tarawikh...aku pun tak terkecuali...tapi time tu takla pikir best nak solat tarawikh...tapi best sebab dapat jumpa kawan2 n dapat main kat area masjid waktu malam...hari lain tak dapat beb...
bila kat masjid ni... memang la mula2 je sembahyang tarawikh...tapi bila dah budak2 yang lain satu2 dok cabut g main kat luar...aku pun ikut la jugak....hehehe
lagipun kalau kitorang bising kat dalam masjid...mesti kene marah ngan orang masjid...so sebab tu kitorang main kat luar masjid...
time tu best sebab kitorang leh main2 sesama sendiri walaupun beza umur masing2 berlainan....dari umur semuda aku...sampai la yang berusia 12 tahun...kiranya takde puak2 la...

permainan yang paling kerap kamiorang main ialah main sorok2...haa...waktu malam...baru la best main sorok2 ni...banyak tempat gelap...lagi pulak masjid kat kampung aku ni dekat dengan sekolah agama...lagi la banyak port nak menyorok...
banyangkan la...main sorok2 dalam 20 orang...mau jenuh nak cari...penah tu satu hari...aku orang last yang diorang tak jumpa lagi...kiranya baik punya sorok la...last2 bila aku nak sentuh orang yang tengah cari tu...dia dapat sebut nama aku dulu....hahaha...

macam2 benda gak yang kami buat selain main sorok2 ni...main kejar2...naik menara masjid...main baling selipar...kacau kawan tido pun ada...macam2 kan...
then bila orang dah abih sembahyang tarawikh...time ni la yang ditunggu2...apa lagi...moreh la...ala... hidangan kueh mueh dan air yang dihidang dalam talam untuk menjamu jemaah masjid...tapi moreh ni best time2 awal puasa je...coz time ni la macam2 kueh ada...sedap2 pulak tu...tapi kalau dah masuk minggu2 akhir puasa...kadang2 ada orang bawak biskut je...takpun pisang...mana tak nya...time ni la semua sibuk buat persiapan untuk hari raya...



BERSAMBUNG.....

Thursday, August 19, 2010

The Last Airbender





Release Date: 5 August 2010
Language: ENG
Classification:
Genre: Adventure
Run Time: 110 Minutes
Director: M. Night Shyamalan
Cast: Cliff Curtis, Dev Patel, Jackson Rathbone, Nicola Peltz, Noah Ringer


~SYNOPSIS~

M. Night Shyamalan's latest is about Aang, a 10-year old successor to a long line of Avatars, who must put his childhood ways aside and stop the Fire Nation from enslaving the Water, Earth and Air nations.


ini la last movie yang aku tngok...2 minggu lepas...so far ok la not bad..

ye la...selain daripada adaptasi dari sebuah kartun...movie ni gak adalah arahan pengarah yang boleh aku kira cambest gak la...M.Night Shyamalan...

tapi movie2 dia sebelom ni banyak citer seram a.k.a misteri...so bila dia arahkan movie ni..nak tngok gak apa yang dia leh wat...so telahan aku ternyata benar...kiranya dia berjaya gak la...

CGi pun boleh tahan...look nice n real...
pemilihan pelakon..walaupun aku tak berapa suka...tapi lakonan ok la..

so yg lom tngok leh la tngok...

rasanya mood nak tngok wayang cam dah kureng sikit la...mungkin ni bulan ramadhan...then nak raya...so mungkin aktif tngok wayang pas raya kot...:p

selamat berpuasa...

Tuesday, August 17, 2010

Photo Of The Day




' kakak tua 2 sejoli '

Tarikh : 2010-04-03
Tempat : Tamana Burung, Singapura
Kamera : D90

Monday, August 16, 2010

Lurzan's Model : Issue #6


Assalamualaikum....salam Ramadhan...apa khabar agaknya korang semua? kalau sihat Alhamdulillah.... kalau kurang sihat tu..bawak2 la pegi makan ubat k....amacam puasa?? ni dah nak masuk minggu ke-2 kita berpuasa...so diharap korang semua dapat menjalani ibadah puasa ni dengan penuh kesabaran dan tawaduk...tapi ibadah lain jgn lak dilupakan...

bila sebut pasal bulan Ramadhan ni...mesti bulan ni amat ditunggu2 oleh ramai umat Islam di dunia ni...lebih2 lagi kat kanak2...ye la..time ni la mereka dapat makan makanan yang best2...pastu kalau mereka puasa penuh...mesti dapat lak duit raya lebih sikit time raya...biasa la tu...

pastu lak kedai2 baju mesti laku la time ni...kedai kain jangan citer...3-4 bulan sebelum puasa lagi dah buat sale...ye la...kalau tak beli awal...mana kedai jahit nak amik tempahan kalau dah time puasa ni...selalu nya sebulan sebelum puasa lagi banyak kedai jahit dah tak amik tempahan...dah full katanya...rezki la katakan....

so kita biarkan bab2 puasa ni...coz kalau citer sampai esok tak habis...

tau2 dah masuk issue #6 dah Lurzan's Model ni...so sapa lak agaknya talent baru yang akan jadi muka depan lurzan's Model..jom skodeng~

o

o

o

o

o

o

o

o

o

o

o

o

o

o



model






Anak Sarawak kelahiran Serian ni adalah talent yang paling muda...masih lagi dibangku sekolah...kiranya SPM pun lom amik lagi...tapi dengan susuk tubuh ngan perwatakannya...ramai yang tak percaya dia masih dibangku sekolah!!

Jeslen ni aku temui ketika ada satu kejohanan sukan di Kota Samarahan...so kiranya dia ni atlet sekolah la...kebetulan aku ada tugasan kat situ...dan dia pun banyak acara yang dia sertai...coz time tu dia amik acara heptathlon...tau tak apa tu heptathlon?? ala kiranya macam atlet ni kene buat semua acara yang telah ditetapkan..selalunya dalam 7 acara...mcam lari 100m...lompat tinggi...lompat jauh..dan lain2 lagi....pemenang akan ditentukan berdasarkan pungutan mata bagi setiap acara......camtu la lebih kurang...

selain acara balapan..dia ni aktif gak dalam sukan ragbi...sebab tu badan ada muscle...so penah lah dia mewakili negeri untuk sukan2 yang dia sertai...tapi kan...satu yang aku perhatikan...bila orang yang aktif bersukan ni..sekali bila dioarang dah tak aktif lagi...badan cepat naik..ye la...dah jarang training...so kalau tak nak badan cepat naik...kena la slalu bersenam...hehe

nak deal ngan dia pun senang...coz dia ni sempoi je orangnya...dan senang beri kerjasama untuk posing2 yang aku kehendaki...cuma mungkin ekspresi muka je yang kurang sikit...tapi body language not bad...ok la...masih muda...banyak yang boleh dipelajari...dia ni ada 'kembar' sorang lagi...tapi 'kembar' dia hanya akan muncul untuk tahun depan je...so kene tunggu la kalau nak tengok kembar dia...huhu

so kepada Jeslen...semoga berjaya dalam bidang pelajaran dan sukan yang diceburi..masih panjang perjalanan...jangan sia2 kan peluang yang ada....so gunakan sebaiknya...ok???


Jom kita tanya 5 soalan kat Jeslen :

1. Mengapakah anda meminati bidang modelling?
Saya meminati bidang modeling ini kerana saya gemar memperagakan pakaian yang cantik lagi molek,huhuu.....

2. Apakah daya tarikan yang ada pada anda?
Tak tau la,mungkin xcem kot....

3. Apakah kerjaya yang anda impikan dan mengapa?
Ermm,kerjaya yang saya impikan adalah polis,ini kerana kerjaya ini best dan mencabar bagi saya...

4. Sukan kegemaran anda dan mengapa?
Saya lebih meminati bidang sukan olahraga, ini kerana sukan ini dapat membuatkan saya menjadi lebih aktif dan dapat membentuk badan saya menjadi lebih fit...

5. Antara percintaan dan kerjaya,manakah yang menjadi keutamaan anda?
Tak tau gak la... mungkin saya akan pilih dua2 kerana kerjaya dan percintaan adalah sama penting bagi saya.....tapi kemungkinan besar saya akan lebih mengutamakan percintaan.....Ermmm

Sunday, August 15, 2010

Bazaar Ramadhan 2010 @ Kem Penrissen, Kuching Part 2

semalam kita dah tngok antara makanan2 yang ada kat bazaar ni kan...kali ni jom kita skodeng gelagat2 orang ramai yang ada kat sini...jom!!



o



o



o



o



o



o





aku suka bila tngok satu famili datang tuk beli juadah berbuka...tapi mcam ini lah juga yang akan terjadi kalau rambang mata atau tak tau nak beli apa....ye la...nafsu makan tengah membuak2...kalau boleh semua nak dibeli...hehehe

bazaar ramadhan 2010 slalunya mcam ni la yang akan terjadi kalau bila dah masuk bazaar ramadhan ni...nampak kuih tu sedap nak beli...tengok duit ada lagi dalam wallet..beli lagi mana yang patut..last2 bila berbuka...minum air pun dah kenyang....tul tak??
sebab tu aku kalau nak pegi bazaar ramadhan..atau pasar malam, mahupun pasaraya...aku akan bawak duit cukup2 je...or kalau kurang lagi bagus...jadi kalau sapa2 yang nak berjimat2 tu...elak2kan la masuk tempat2 camni kalau tengah lapar...sebab time ni la nafsu makan tu nak macam2...nak itu la...nak ini la...tapi klau korang memang kaki makan..tu lain cite la...hahahah


bazaar ramadhan 2010 time ni la jugak nak melatih anak2 untuk belajar berniaga...teringat la masa aku kecik2 dulu...slalu gak tolong mak aku berniaga kat kantin skolah...so slalu gak la jadi bendahari...pegang duit...



aku sebenarnya nak amik gambar 2 orang mamat yang merangkap kawan aku...heheh...tapi bila aku belek2 balik gambar aku...baru aku perasan ada adik kecil yang comel sedang mentertawakan aku...mungkin dia ingat aku nak amik gambar dia kot...sebab tu dia gelak2...heheh..




ala bang relaks la bang...bila buat bisnes ni...mesti la ada untung rugi...kalau taknak rugi...promotion kena bagus...jgan la abg dok camtu je...kena la panggil2 customer...happenning sikit...




ayam percik pantai timur mari.....






berniaga2 gak...solat usah dilupa walau dimana anda berada....





akak baju merah : (dalam hati) fullamak...muka abg tu sejibik macam fahrin ahmad daaaa...kalau dia datang gerai aku...mau aku kasi kueh free...
abg baju putih : (dalam hati) aku tau la muka aku ala2 sepupu fahrin ahmad je...tapi kalau ye pun ko hulur la dulu kueh tu...aku nak pegi bazaar lain lak..





"... mari3...beli soya yang mak saya buat...kalau tak sedap buat2 je sedap...hahahahah..."




ni mesti kes dah malas nak bergerak dah ni...penat ye dik???



Saturday, August 14, 2010

Bazaar Ramadhan 2010@ Kem Penrissen, Kuching Part 1



apa yang best nya bulan Ramadhan ni...salah satunya bila kita pegi ke bazaar ramadhan...
yup..tak kisah la bazaar tu berskala kecil mahupun besar...time ni la nak jumpa makanan yang pelik2 nama nya....atau yang tak selalu ada...maknanya kita just leh jumpa kalau time ramadhan je...bukan hari lain takde..tapi jarang2 nak ada...


aku suka pegi bazaar, sebab nak tengok juadah yang ada...takla excited sangat nak beli....coz tak tentu nya sedap!!huhu
yup...banyak dah kes yang aku jumpa...kueh nampak menarik...meletoppp...tapi bila makan..ya ampun...takde rasa...tau la time puasa...tapi takkan la tak dapat nak budget2 bila nak letak gula atau garam kat makanan tu...tul tak???


ada satu lagi kes jenis peniaga yang suka recycle makanan...ni jenis yang nak kaut untung je...ye la...bila banyak makanan yang dijual tak abih...takkan dia nak buang or bagi kat orang kan...mesti la dia rugi nanti...so cara paling senang memaksimumkan untung...ada antara peniaga ni recycle balik makanan tu untuk keesokkan hari...maknanya ada yang di goreng balik atau mereka ubah menjadi menu lain...so bila pembeli membeli makanan tu...mesti la makanan tu ada antaranya dah naik BAS( istilah yang mak aku selalu guna)...dalam lain perkataan...basi...

so nasihat aku kat peniaga2 ni...jangan la disebab kan nak untung lebih.... kualiti makanan semua diabaikan...cuba kalau terkena kat batang hidung sendiri...apa rasanya....ermmmm...sendiri mau ingat....

k la...citer banyak pun tak guna...jom kita mulakan jelajah Bazaar Ramadhan 2010 kita kat Kem Penrissen, Kuching. apa yang ada kat sini ye?? ermm...apa yang aku amati... takde la yang best sangat kat sini..biasa2 je menu dia...lagipun kecik je bazaar kat sini...cuma orang kata kat sini ramai peniaga dari kalangan orang malaya...orang semenanjung la...so jom kita jalan2...

ni bukan la 1st time aku masuk kem ni....tapi 1st time masuk untuk pegi ke bazaar kat sini...
so kalau nak masuk kene amik pas kat pintu depan...tapi jangan risau...takde banyak karenah...just bagi kad pengenalan..pastu diorang akan kasi pas masuk...





macam yang aku cakap tadi...makanan kat sini rasanya tak jauh beza ngan hari2 biasa...tapi aku suka tengok aneka jenis warna air yang makcik ngn anak dia jual..colourful sungguh...suka aku tngok....hehe







ayam percik ngan ikan keli antara menu fovorite aku...walaupun aku jarang makan makanan ni...tapi setiap kali tengok menu ni...akan buat aku terliur...fuhhh...sabar2...










air tebu?? tu jgn citer la...kalau korang kasi 3 jag pun aku leh abihkan sorang...hahaha
takde la mcam tu skali...tu dah tahap kebulur...
tapi bagi aku... air tebu ni antara air kegemaran aku gak...teringat dulu masa aku kecik2..slalu makan tebu yang ada kat depan umah...semalam aku berbuka pun minum air tebu gak...hehe





kebab...nyum2...



susah nak dapatkan popia yang inti nya sedap dan kuahnya lazat...ermm..


air-air zaman skarang semua berwarna-warni...mcam2 warna ada....





BERSAMBUNG....


Friday, August 13, 2010

ADAB BERPUASA DAN SOLAT TERAWIH

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Thursday, August 12, 2010

PUASA DAN KEPENTINGANNYA DARI SUDUT KESIHATAN

Dalam Bahasa Arab puasa atau saum bermakna menahan diri daripada melakukan sesuatu. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, ?Maka katakanlah (wahai Maryam), sesungguhnya aku sudah bernazar berpuasa untuk Tuhan yang maha pemurah. Maka aku tidak akan sekali-kali berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.? (Maryam: 26).

Apa yang dimaksudkan oleh Maryam disini ialah dia menahan dirinya daripada bercakap. Dari segi syarak, puasa beerti menahan diri daripada melakukan sesuatu yang membatalkan puasa sejak dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari dengan niat tertentu. Hal ini diingatkan di dalam Al-Quran, maksudnya: ?wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu,mudah-mudahan kamu bertakwa.? (Al-Baqarah: 183)

Puasa adalah suatu ibadah yang telah lama dilakukan oeh umat manusia sebelum Islam. Ia adalah sejenis amalan yang umum (universal) dimana puasa merupakan ajaran semua agama , baik yang samawi seperti Yahudi dan Nasrani mahupun yang tabi?i seperti Hindu dan Budha. Perbezaannya terletak pada niatnya,sebabnya,serta cara perlaksanaannya. Ada yang berpuasa daripada memakan daging,telur,ikan susu dan sebagainya.

Namun semua situasi ini adalah jauh berbeza dengan puasa yang difardhukan ke atas umat Islam di mana puasa adalah satu ibadah yang tertera dalam Rukun Islam yang lima. Kita berpuasa bukan memperingati sesuatu peristiwa atau berpantang daripada satu-satu jenis makanan dan bukan pula kerana nazar yang tidak disyariatkan. Allah mensyariatkan puasa dengan tujuan untuk melatih hamba-Nya sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran maksudnya: ? Mudah-mudahan kamu bertakwa? (al-Baqarah: 183.) Demikian pula Allah telah memberikan ganjaran yang besar kepada umatnya yang berpuasa sebagaimana yang disebutkan di dalam sebuah hadis Qudsi yang maksudnya : ? Setiap amalan Bani Adam itu adalah untuknya melaainkan puasa. Ia adalah untuk-Ku dan akulah yang akan membalasnya?. (Abu Hurairah) Dalam hal ini Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya mengatakan bahawa ?puasa sebenarnya adalah merupakan (komunikasi) rahsia diantara hamba dengan Tuhan-Nya.?

Kepentingan Puasa Dari Aspek Kesihatan:
Lumrahnya kita kurang faham tentang tatacara puasa yang boleh mendatangkan faedah kepada kesihatan kerana terlalu biasa dengan cara tertentu yang menjadi budaya masyarakat. Amalan puasa yang diwarisi sejak turun-temurun ini bukan sahaja tidak memenuhi kaifiat puasa,malah ianya akan mengurangkan pahala puasa dan boleh mendatangkan mudharat kepada orang yang berbuat demikian.
Umumnya dalam keadana tidak berpuasa, banyak tenaga digunakan untuk proses menghadaman makanan. Pada masa yang sama, proses metabolisma dalam sel-sel sentiasa berjalan selagi kita makan dan minum. Sel-sel badan ini berfungsi memproses bahan makanan untuk digunakan oleh sel dan badan. Semasa menjalankan proses ini, bahan buangan turut dihasilkan dan is perlu dikeluarkan dari sel. Jika sel-sel badan terlalu sibuk memproses makanan yang diterima, proses buangan ini akan menjadi kurang efisyen.

Pada kebiasaannya, pergerakan zat makanan (dan toksin) adalah kearah lemak dan daging. Oleh itu, makanan yang diambil dengan kuantiti yang melebihi keperluan badan akan menyebabkan terkumpunya bahan-bahan simpanan yang disimpan sebagai lemak. Di samping itu, jika fungsi perkumuhan bahan buangan kurang efisyen, maka toksin yang wujud pun akan tersimpan didalam lemak. Oleh itu sewaktu kita tidak benpuasa (dan tidak pula melakukan senaman), proses membakaran lemak akan menjadi tidak efisyen. Maka secara tidak langsung proses pembuangan toksin juga turut akan tergendala. Ini adalah kerana lemak dalam badan hanya menjadi tenaga yang tersimpan dan hanya akan digunakan jika bahan bakar biasa yang terhasil dari karbohidrat tidak mencukupi. Jika proses perkumuhan sentiasa dalam keadan tidak efisyen, lama-kelamaan sel-sel badan akan berfungsi dengan tidak optima kerana proses pembuangan tergendala. Ini akan menyebabkan sistem-sistem lain dalam badan seperti sistem penghadaman dan lain-lain akan turut tergendala. Akibat dari gangguan berbagai sistem ini, kita akan mengalami gejala gangguan kesihatan seperti lenguh-lenguh badan,cepat letih, mudah demam dan berbagai ?bagai penyakit lain.

Berlainan pula semasa berpuasa, aktiviti memproses makanan akan berkurangan (atau berhenti bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan ) tetapi proses perkumuhan atau pembuangan masih tetap berjalan. Oleh kerana sel badan dapat memberi tumpuan kepada proses pembuangan bahan buangan dan toksin, proses ini dapat berjalan dengan lebih efisyen. Dalam keadaan ini juga, badan kita akan mengalihkan sumber tenaga dari glukosa kepada lemak yang tersimpan. Pembakaran lemak ini akan mengeluarkan toksin dari sel dan seterusnya dapat dibuang keluar.

Bagi proses perkumuhan ini, hati dan buah pinggang memberi lebih tumpuan kepada pembuangan toksin dan bahan buangan lain kerana dapat berehat dari memproses bahan makanan. Pada masa yang sama, darah (bersama oksigen dan bahan buangan dari sel-sel) dapat mengalir ke otak dan organ-organ lain. Perlu dinyatakan bahawa proses pembuangan toksin dari badan yang berlaku semasa berpuasa tidak akan dapat dilakukan dengan baik jika seseorang itu mengalami sembelit (susah membuang air besar) Usus besar adalah organ utama badan. Organ perkumuhan lain adalah termasuk hati, ginjal, paru-paru dan kulit. Jika seseorang itu mengalami kekurangan air di dalam badan, buag pinggang akan menjadi kurang efisyen. Oleh itu semasa berpuasa, usus besar dan buah pinggang harus dijaga dengan baik supaya berupaya menjalankan proses perkumuhan yang akan membersihkan badan dan memulihkan fungsi sel secara optima. Proses pembuangan toksin dari dalam sel-sel badan terutama sel lemak akan menyebabkan penyaliran semula toksid ini ke saluran da
rah sebelum ia dapat keluar dari badan. Proses pengaliran toksin ini akan menimbulkan gejala-gejala yang sering berlaku pada awal puasa seperti :-
i. Sakit kepala ? ini berlaku kerana toksin yang terkumpul dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan.
ii. Lenguh-lenguh badan
iii. Lidah berdaki dan mulut berbau
iv. Kencing pekat dan berbau
v. Ceret-beret
vi. Letih lesu ? keadana ini berlaku diawal puasa kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan dalam badan dan masih mengharap tenaga daripada makanan luar. Maka gula didalam darah berada ditahap rendah dan badan terasa lemah longlai, walupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak yang mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan!

Berpuasa yang tidak berkesan untuk kesihatan.
Sebelum kita membincangkan cara-cara berpuasa yang berkesan, adalah kita memahami puasa yang tidak berkesan. Berikut adalah beberapa cara atau kebiasaan yang harus dijauhi supaya kita mendapat manfaat puasa sepenuhnya:
i. Makan terlalu banyak sama ada waktu sahur atau berbuka
ii. Memakan makanan yang pedas, berempah atau payah untuk dihadam
iii. Memakan terlalu banyak daging terutama mereka yang menghidap batu karang, gout, allergi (alahan)
iv. Kerap makan sepanjang malam
v. Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
vi. Tidur selepas makan (perut kenyang)
vii. Minum terlalu banyak kopi atau teh
Jika kita masih meneruskan amalan diatas, kita bukan sahaja kurang mendapat manfaat puasa,malah kita akan merasa letih dan juga mungkin juga akan mengalami berbagai masalah kesihatan akibat daripada amalan tersebut. Malangnya masih ramai orang yang berpuasa dengan cara sedemikian. Dr. Alan Cott menyatakan dalam bukunya ?Fasting: The Ultimate Diet?, ??Muslims fast religiously and unhealthily for a whole month. They eat and drink nothing during the day and gorge themselves at night.?

Kenyataan ini tidak boleh dinafikan memang ada kebenaranya. Oleh itu kita harus berusaha untuk membaikinya agar berjaya mendapatkan manfaat sepenuhnya dari amalan puasa kerana puasa yang berjaya akan membuatkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, kuat dan sihat.

Puasa yang sihat
Kunci bagi kejayaan yang berkesan ialah kawalan yang baik semasa berbuka dan bershur. Oleh itu semasa berbuka, eloklah memakan makanan yang mudah di hadam,mengandungi banyak serat dalam kadar yang sederhana. Amalan Rasulullah s.a.w memakan buah kurma (tamar) semasa berbuka adalah baik untuk kesihatan kerana tamar mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi disamping mengandungi asid amino ? diantaranya ialah triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Jangan makan terlalu banyak. Malah sewaktu berpuasa kita sepatutnya merebut peluang untuk berjimat cermat khususnya dalam hal perbelanjaan iaitu dengan mengawal kuantiti pengambilan makanan atau minuman agar tidak berlaku pembaziran tetapi bersederhana sama ada ketika berbuka atau makan sahur. Jika banyak juadah yang dihidang dari aneka jenis dan rasa, sudah tentu sukar untuk kita mengawal apa yang sudah ada di depan mata. Begitu juga dengan air minuman. Sediakan minuman dari bahan semulajadi serta elakkan menggunakan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Sebaliknya kita boleh menggunakan gula merah, madu lebah atau jus buah asli. Dalam hal ini, satu pertua yang baik diamalkan iaitu untuk mencuci usus dan menyenangkan pembuangan air besar ialah dengan meminum air yang dicampur dengan bunga kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur semasa berbuka. Cuba elakakan daripada mengambil minuman berupa kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jantung semasa berpuasa. Kafein juga sebenarnya memberi rangsangan kepada perut menyebabkan pengeluaran asid hidroklorik secara berlebihan dan ini boleh menyebabkan perut kita terasa pedih sehingga menyebabkan gastrik.
Kaedah puasa yang sihat juga adalah dengan mengurangkan memakan protein binatang semasa berbuka atau bersahur. Ini disebabkan protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah untuk dihadam. Ia juga adalah makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak lantaran keadaan ternakan dan cara ternakan yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan bahan kimia dan berbagai jenis racun termasuklah kuman, horman, antibiotik dan logam-logam berat, racun serangga dan sebagainya. Sebagai gantinya, banyakkanlah memakan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dhal, kacang soya, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain Walaupun protein di dalam sayur tidak lengkap, ia dapat diatasi dengan mempelbagaikan sayuran dan mencapurkan jenis yang dimakan di mana ini akan melengkapkan diantara satu sama lain.

Wednesday, August 11, 2010

Fadilat Solat Tarawih

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu '.

Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:
'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' .

Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh.
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam kelapan.
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan.
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Malam kesepuluh.
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas.
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas.
Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas.
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas.
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas.
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas.
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas.
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas.
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas.
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh.
Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu.
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam ke dua puluh dua.
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga.
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat.
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima.
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam.
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh.
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan.
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan.
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh.
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

Ramadhan Datang Lagi








Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...Alhamdulillah..hari ini bermula la ibadah puasa bagi semua umat Islam dikebanyakkan negara termasuk la Malaysia. So kepada seluruh umat Islam di seluruh Malaysia..aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 2010/1431H. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini diberkati dan dirahmati Allah S.W.T...tapi jangan bila dah puasa...ibadah lain tak buat lak..pun tak guna...huhu...renung2 kan...dan selamat beramal....

Tuesday, August 10, 2010

Photo Of The Day


' lonely road '

Tarikh : 2010-08-05
Tempat : Bangunan Sultan Iskandar, Kuching
Kamera : D90

Monday, August 9, 2010

Sunday, August 8, 2010

Photo Of The Day


' standing '

Tarikh : 2010-01-23
Tempat : Kuching, Sarawak
Kamera : D90

Saturday, August 7, 2010

Candid @ Sarawak Regatta 2010

Sarawak Regatta 2010 telah berlangsung dari 30 Julai sehingga 1 Ogos 2010. Sepanjang berlangsungnya acara tersebut, terdapat juga pameran, jualan serta perbagai lagi acara sampingan yang turut berlangsung memeriahkan hujung minggu tersebut. Aku pun tak terkecuali untuk turut serta. Ye la...ni la 1st time aku pegi tngok acara ni...huhu

best memang best...tapi penat n panas...tapi bila dah petang sikit...hujan....tu yang ada leceh sikit...nak amik gambar terpaksa datang awal...kalau tidak...takut ujan...

tak banyak gambar2 perahu..kapal..jetski...coz zoom lens aku takat 105mm je...so tak tercapai oleh lens ku...huhu
tapi takpe...tu bukan halangan...so aku tukar plan tuk amik gambar candid...yezza...kawan aku sorang lagi tu lagi la suka kalau amik gambar2 candid ni...mana tak nya...zoom leh mencapai ke 200mm...

aku pegi masa hari terakhir...ari ahad...orang ramai...gelagat pun pelbagai ragam...so sesuai sangat tuk amik gambar2 candid...so diharap korang enjoy melihat gambar yang aku amik disekitar Regatta 2010..n selamat berhujung minggu...jumpa lagi di Sarawak Regatta 2011...:)

aku suka tngok baju adik comel ni...cute macam bellarina..huhu

kepada peserta2 yang menang mana2 acara sepanjang Sarawak Regatta 2010...aku ucapkan tahniah!!


semangat patriotik sempena bulan kemerdekaan


'gossip girl'



dayung bang jangan tak dayung...


ko tengok punya la ramai orang..ni kalau hilang anak ni..mau pitam nak carik...tapi kalau hilang gerek..takpe..leh carik lain...heheh


time ni la nak jumpa kawan2..sedara masa..luangkan masa untuk berhibur...


acara ni acara wajib...


"ermm...napa abg amik gambar saya???"


"...tengah panas2 ni..kalau mandi dalam kolam ni best juak..."


" apa pandang2?? ko ingat ko sorang ada beg Gucci?? "


3 generasi


ni lak calon Bapa Mithali 2010




Kumpulan Rumah Merah


" saya minum pun abg nak amik gambar saya? comel ke saya?? "


"...jangan...coba, menggoda lagi..."


" kalau camni baik ibu pakaikan saya tudung...skaf ke...ni dah macam apa ntah..."


"...nasib baik bapak aku bagi topi cam badut ni...cantik la sikit dari dia letak kain tuala je...huhu "


" kecik2 pun aku tetap hip hop ok..."


" seumur hidup aku menjahit songkok...tak penah ada orang nak wat songkok tiga segi!! "


" bentuk tiga segi?? jangan kata tiga segi...30 segi pun bole...janji masyukkk maa..."


" sory la bang...saya ni pemalu..."


"...Ko nak malu apa Peah...aku ni ikan tengah gigit2 kaki aku..aku releks je..."

" hiu...ko nampak tu...mati ikan2 tu bila bau kaki ko..."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...