Wednesday, September 29, 2010

PHOTO OF THE DAY

' connecting people '

Tarikh : 2010-01-23
Tempat : Kuching
Kamera : D40

Tuesday, September 28, 2010

PHOTO OF THE DAY

' from plain to high fashion '

Tarikh : 2010-09-17
Tempat : Kuching
Kamera D90

Monday, September 27, 2010

PHOTO OF THE DAY

' sedut '

Tarikh : 2010-01-23
Tempat : Kuching
kamera : D40

Sunday, September 26, 2010

PHOTO OF THE DAY

' who is that? '

Tarikh : 2010-07-03
Tempat : Kuching
Kamera : D90

Saturday, September 25, 2010

PHOTO O THE DAY

' selirat '

Tarikh : 2010-09-17
Tempat : Kuching
Kamera : D90

Friday, September 24, 2010

BERHARI RAYA DI KOTA SAMARAHAN

Diam tak diam dah masuk minggu ketiga kita berhari raya...

cepat btul masa berlalu...

kepada yang dapat balik beraya di kampung halaman...tentu seronok dapat jumpa ngn ahli keluarga serta saudara mara yang mungkin jarang2 bertemu...

dan kepada yang tak dapat balik berhari raya tu...sabar2 la ye...mungkin tahun hadapan dapat la balik beraya kat kampung...

macam yang korang tau...raya tahun ni aku tak dapat balik beraya di kampung atas sebab2 tertentu...parent pun paham...aku berhari raya la aku kat negeri orang...mana lagikalau tak kat Sarawak...atau lagi tepat di Kota Samarahan...huhu

ini la bagusnya kalau kita dapat beraya ditempat orang...

kita dapat lihat budaya...adat resam dan jugak kelainan yang mungkin tak ada kat tempat kita...

kalau ikutkan ini adalah kali kedua aku beraya di tempat orang...masa mula2 dulu semasa aku duduk kat Genting Highland...tak dapat balik pun sebab kene kerja pagi raya...

so untuk kali ni takla terasa sedih sangat sebab tak dapat balik beraya...coz dah biasa...lagipun aku nak rasa gak macammana rasanya berhari raya kat tempat orang..

so far apa yang aku amati masa aku beraya kat sini...banyak gak kelainan suasana hari raya di sini berbanding dengan suasana semasa aku beraya di kampung.

ini la antara kelainan yang ada disini..:-

Rumah
- apa yang aku nampak dan perhatikan... kebanyakkan rumah yang aku lawati atau yang aku lalu saja...meraka suka bereksperimental dengan warna..lebih2 lagi bila mereka mengecat rumah...

kalau dinding luar rumah nampak meriah..kat dalam rumah lagi meriah...mungkin kat luar rumah hanya bermain dengan satu atau dua warna...tapi kalau kat dalam rumah mereka suka aplikasikan warna yang berbeza bagi setiap penjuru yang ada...penah juga aku lihat sampai ada 3 hingga 4 warna yang berbeza untuk setiap dinding...


rumah



Kek Lapis
- boleh kata setiap rumah mesti ada kek lapis sebagai menu juadah untuk menjamu tetamu...kalau tak buat sendiri...mesti beli dengan pelbagai jenis warna, corak mahupun rasa...tapi aku paling suka kek lapis india....




Baju Melayu
- kalau orang perempuan berbaju kurung sepanjang raya tu biasa la...tapi kat sini kebanyakkan orang lelaki akan pakai baju raya untuk 7 raya pertama...tu yang aku perhatikan dan yang diberitahu oleh orang2 kat sini...tapi dah masuk minggu ketiga..masih ada yang berbaju melayu kalau berhari raya..even bebudak moto yang konvoi beraya pun akan pakai baju melayu...





Famili Portrait
- suasana ni pun jarang aku tengok kalau kat tempat aku...tapi kat sini diorang amat suka bergambar masa hari raya..tapi lebih tepat lagi bergambar satu keluarga di studio foto!! aku tengok studio2 foto penuh dengan orang yang nak amik gambar famili.bukan setakat raya pertama...sampai minggu kedua raya pun masih ada orang yang berkunjung ke studio foto untuk menganbil gambar.walaupun ada fotographer yang pergi ke rumah customer untuk mengambil gambar...macam aku...tapi mereka lebih suka pergi ke studio...next year kene bukak studio la...huhu

Thursday, September 23, 2010

PHOTO OF THE DAY


' batik Sarawak '

Tarikh : 2010-09-17
Tempat : Kuching
Kamera : D90

Wednesday, September 22, 2010

Saiful Nang @ Kuching, Sarawak


Jumaat lepas SN ada wat outing ngan warga2 Kuching. walaupun yang hadir tak seramai yang dijangka..tapi outing tetap berjalan seperti biasa....

kalau ikutkan..memang la dah banyak kali amik gambar sekitar Kuching ni...tapi kali ni sebab ada sifu besar datang dari malaya..so aku pun taknak lepaskan peluang untuk beramah mesra serta mendengar serba sedikit tips2 yang diberikan oleh mr SN.

Tq mr SN..next time leh datang lagi...



-Saiful Nang in Action-









Friday, September 17, 2010

HARI MALAYSIA


Semalam adalah hari yang patut semua rakyat Malaysia tahu...iaitu Hari Malaysia.

apa tu Hari Malaysia?

kepada yang tak tahu...Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama.

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

jadi sebagai memperingati Hari Malaysia, aku berharap agar semua rakyat Malaysia bersatu hati dan saling bertolak ansur dalam apa jua perkara. Kita harus ingat bagaimana pemimpin terdahulu bersusah payah untuk menubuhkan satu negara yang berdaulat lagi merdeka.

seharusnya kita juga harus bersyukur atas apa yang telah kita kecapi selama ini, dan terus menjaga dan memperbaiki apa jua perkara dalam memajukan, memakmurkan dan juga mengharmonikan lagi negara yang kita cintai.

jika tedapat salah paham mahupun masalah, carilah jalan dengan cara yang berhemah dan penuh dengan adat ketimuran. tiada masalah yang tak dapat diselesaikan.yang penting bagaimana kita nak hadapi dan mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

so sempena Hari Malaysia ni..aku nak ucapkan selamat ulang tahun Malaysia.. dan kepada semua rakyat Malaysia...sama2 la kita menjaga dan memakmurkan lagi negara yang menjadi tanah tumpah dan tempat kita 'berteduh'...

Thursday, September 16, 2010

MODEL LOOK SEARCH 2010



MODEL LOOK SEARCH 2010?? apa kebenda tu?? ha...actually dah lama aku nak merialisasikan idea ni...tapi ada je halangan...so memandangkan ada kelapangan dan juga sponsor...so aku pun tak mau nak tangguh lagi...tapi untuk projek sulung ni...aku tak dapat nak wat penyertaan untuk umum...coz tu perlukan perancangan yang lebih lagi...

idea ni tercetus masa aku mula2 wat fashion fotography dulu...coz aku tau ramai anak2 muda terutanya yang remaja...amat suka kan dunia modeling...tapi ye la...pasaran kecik je...lagi pulak saingan kuat...tapi ngan ada nya pertandingan cam ni...diharap dapat menonjolkan bakat yang ada, disamping merapatkan silaturahim...ye la...minat yang sama...

tapi macam yang aku cakap tadi...untuk projek sulung ni....para peserta nya adalah dari kalangan talent yang pernah menjadi model untuk photoshoot projek aku...terbahagi untuk 2 kategori..iaitu lelaki dah juga wanita...kebanyakkan nya dari Kuching...tapi kalau takde aral...untuk pertandingan yang akan datang..aku akan buka penyertaan untuk umum pula...insyaAllah...

untuk mengadili siapa yang bakal menjadi Model Look 2010...bukan terletak kat tangan aku....tapi semua keputusan terletak kat tangan voters...iaitu korang la....vote akan bermula selapas hari raya...nak vote ada 2 cara...satu leh vote kat facebook ..satu lagi leh vote melalui blog aku...so vote la peserta kegemaran korang....untuk menjadi Model Look 2010...

tanpa membuang masa...jom kita lihat aksi2 kesemua model yang bertanding, yang terdiri dari 4 lelaki dan 4 perempuan...siapa mereka?? tak lain tak bukan...good luck for Akmal, Honey, Nadya, Chac, Masz, Jeslen, Farawisa dan juga Rayner....

















Wednesday, September 15, 2010

LURZAN'S MODEL ISSUE #8

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua warganegara malaysia...Kepada muslimin dan muslimah..macamana dengan sambutan Aidilfitri? mesti meriah dan penuh dengan suka dan duka kan...biasa la..hari raya...

yang best time raya ni bila kita nak balik ke kampung untuk berhari raya bersama ibu dan ayah, adik beradik serta sanak saudara...selain itu...Aidilfitri juga amat ditunggu2 oleh kanak2..time ni la nak dapat serba serbi baru...serta menajamkan minda dengan mengira duit2 raya yang diberi oleh orang2 dewasa...lagi2 kalau ramai saudara mara...mau penuh poket dengan duit raya...

pasti juga ramai yang masih lagi bercuti panjang untuk pulang ke kampung yang jarang2 di lawati...sebab tu kat opis aku pun masih lengang...budak sekolah pun masih bercuti...jadi waktu2 sebegini la yang sesuai untuk keluarga mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang barangkali amat jarang bertemu mahupun ada sedikit salah paham antara mereka...

Jadi sempena hari baik bulan baik...apa salahnya kita sesama manusia memohon maaf serta memaafkan apa jua kesalahan yang pernah kita lakukan ataupun orang lain. kalau hidup saling bermusuhan...takkan ada kesudahan dan takkan ada kelebihan yang akan kita peroleh...Jadi kepada semua...Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...

kita tolak tepi pasal raya...jom kita tengok lak sapa yang menghiasi cover untuk keluaran kali ini...kalau korang nak tau..ini adalah keluaran yang terakhir untuk tahun ini...jadi kalau nak tau sapa talent baru kali ini...jom kita lihat....

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O







Untuk issue #8 ni...iaitu issue yang terakhir untuk tahun 2010 ni...talent baru yang menghiasi Lurzan's Model ialah Rayner. Rayner ni berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. beliau berbangsa Kadazan dan masih berumur awal 20an.

Buat masa ni beliau bekerja di salah sebuah hotel terkenal disekitar Kota Kinabalu. walaupun beliau adalah anak bongsu dalam keluarga..tapi amat suka berdikari...

aku temui Rayner melalui laman sosial. waktu tu aku dalam perancangan nak ke Kota Kinabalu...jalan2...
so sebelum aku berangkat...ada la aku cari talent2 baru melalui laman sosial ni..dalam 5 orang aku tegur..yang kebanyakkan nya menetap disekitar KK...3 gurl...2 boy..tapi mungkin waktu aku pergi tak ngam ngan jadual mereka...jadi yang tinggal hanyalah Rayner..

kalau ikutkan susah gak nak atur masa untuk sesi fotografi ngn Rayner...dan waktu shooting pun amat singkat..coz kami just boleh shoot after dia habis kelas..waktu tu dia masih lagi belajar di kolej sekitar KK....dan aku pun takleh lama coz aku ada urusan lain ngan kawan aku waktu tu...

tapi nasib baik Rayner ni boleh bekerjasama ngan baik dan memberikan pose2 yang dikehendaki...walaupun pada mulanya dia terlupa membawa baju yang dipesan..terpaksa la aku gunakan baju yang aku ada waktu tu...so far potensi ada..cuma kena lebihkan untuk buat workout..

untuk Rayner..aku ucapkan selamat berjaya dalam apa jua bidang yang ingin diceburi...dan jangan mudah pututs asa...Keep the good work...

selain itu...oleh kerana ini adalah issue yang terakhir...aku nak ucapkan juga jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua talent2 model baru yang penah bekerjasama ngan aku...aku tau..ramai yang mula kenal korang bila korang letak gambar2 yang penah aku amik, kat dalam laman sosial korang...macam fb..hehe..

untuk lebih menghargai new talent ni...actualy MOdel Look 2010 tu adalah untuk mereka...naktau lebih lanjut...tunggu entry akan datang...

so sebelum aku melabuhkan entry kali ini...macam biasa...jom kita tanya 5 soalan kat Rayner....

1. Mengapakah anda meminati bidang modeling?
Saya meminati bidang modelling sebab saya suka bergambar,berada dalam studio,and employed for the purpose of displaying and promoting fashion clothing.


2. Siapakah model idola anda dan mengapa?
Model idola saya adalah Dingdong Dantes(Philippines) sebab dia memiliki wajah yang kacak dan badan yang sempurna(full package).so i hope i can be like him.


3. Jika anda diberi tawaran kontrak untuk menjadi duta...manakah yang anda akan pilih...model seluar dalam atau model minyak masak??
Jika diberi tawaran kontrak untuk menjadi duta,saya akan memilih sebagai model seluar dalam sebab saya suka memakai pakaian yg sexy dan dilihat orang ramai...yeay!

4. Jika anda adalah seorang guru..mata pelajaran apakah yang anda akan ajar..dan mengapa?
Jika saya seorang guru,saya nak mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebab senang...haha

5. Anda diberi tawaran untuk membotakkan rambut anda dan menerinma RM1juta..adakah anda sanggup dan mengapa??
Saya sanggup membotakkan rambut dan menerima RM1 juta sebab rambut saya mesti akan tumbuh panjang dalam beberapa bulan kemudian...haha



Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010




Akhirnya tiba jua hari yang ditunggu2 oleh ramai umat Islam diseluruh dunia. Apalagi kalau bukan Aidilfitri...Setelah sebulan kita berpuasa, menahan lapar dahaga..mengerjakan ibadah yang jarang ada kelebihan di bulan2 yang lain...akhirnya kita menyambut Lebaran yang mulia pada tahun ini.

Jadi dikesempatan ini..aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin buat ibu tercinta...semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, juga tak lupa kepada semua umat Islam yang menyambut hari penuh makna ini.

Jadikan la perayaan ini untuk kita memulakan hidup yang baru sambil bermaaf- maafan sesama umat manusia walau sekecil mana pun masalah yang pernah kita lakukan...sesungguhnya siapala kita untuk menghukum orang lain dengan tidak memaafkan mereka...sedangkan nabi ampunkan umat...inikan pula kita manusia biasa...

Dan kepada warga malaysia yang pulang berhari raya menaiki kenderaan sendiri mahupun awam...berhati2 semasa memandu dan sentiasa peka pada keadaan sekeliling...kadangkala kita sudah sehabis cermat...tapi atas kecuaian orang lain..kita pula yang menjadi mangsa...jadi sama2 la kita berwaspada untuk kepentingan bersama...seperti kata PM kita...jangan jadikan jalan raya sebagai sungai berdarah...pandu cermat jiwa selamat..:)

Thursday, September 9, 2010

MENJELANG LEBARAN DI PERANTAUAN


Tinggal beberapa jam lagi semua umat Islam akan menyambut bulan kemenangan iaitu bulan Syawal..setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, menahan lapar dahaga, menahan nafsu diri, serta melakukan ibadah2 untuk menambahkan pahala yang berlipat kali ganda...akhirnya segala pengorbanan dirai...

Walaupun raya tahun ini aku beraya di perantauan...tapi ini bukan la pertama kali aku berhari raya di tempat orang...sebelum ni penah jugak aku menyambut Aidilfitri di Genting Highland...tak dapat cuti...kene keje...pilu memang la pilu...tapi bila dikenang balik, ia menjadi nostalgia buat aku...baru aku tau camner perasaan orang yang tak dapat balik berhari raya bersama keluarga di kampung.

masa di Genting Highlang dulu aku tak dapat balik raya adalah disebab kan kekangan kerja...biasala..makan gaji..lagipulak kerja di Genting...time2 perayaan la ramai orang datang kat situ...so nak taknak kene keje jugak...sebelum aku pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri..sempat jugak aku menelefon mak aku kat kampung untuk memohon ampun dan maaf...time tu memang air mata turun mencurah2...biasala..syahdu di pagi raya...

tapi untuk raya kali ni..aku tak dapat balik beraya..coz 2 minggu lepas raya...adik aku akan melangsungkan pernikahan nya...so takkan aku nak cuti 2 kali n balik 2 kali kan...kalau dekat takpe...dahla kampung kat Selangor...aku lak dok kat Sarawak...so terpaksa la aku korbankan salah satu...

setakat ni persediaan raya macam biasa...just bersihkan rumah dan hias seadanya untuk tetamu yang datang...kueh raya pun just tunjuk2 je...mana reti nak buat...klau buat pun tak tentu sedap...so baik beli je...heheh

aktiviti malam mungkin aku nak beli daun kelapa untuk buat ketupat...bukan taknak gunakan nasi himpit segera tu...tapi takde feel raya kalau makan tu...so mungkin aku akan pegi cari kat area pasar Satok..untuk kuah kacang lak...tu kene beli je...coz yang tu aku belum katham belajar lagi...dan mungkin aku nak ronda2 kat area Kuching dan samarahan..untuk melihat keindahan lampu pelita dan lampu kelap kelip yang menghiasi kebanyakkan rumah orang yang menyambut Aidilfitri kali ni...

jadi sama2 la kita menghitung detik ketibaan Syawal ok...


Wednesday, September 8, 2010

MURTABAK AYAM

Murtabak adalah makanan kegemaran aku...tapi susah nak dapat yang sedap..lagi2 kat area Kuching ni..tapi so far ada la 2 atau 3 tempat yang penah aku pegi boleh tahan murtabak nya...

satu tempat yang aku selalu pegi ialah diarea tabuan.apa nama restoran tu tak berapa sure...tapi nak kata sedap giler tu tak la...cuma better than yang lain2 la..mungkin sebab isi ayam nya ada banyak..bukan just ada kentang dan telur je...

makanan

boleh tahan besar kan saiz murtabak ni...okla..harga pun dalam rm3 lebih je..so berbaloi la...


cara nak makan ikut selera masing2...aku suka letak kuah kari dulu atas murtabak..then baru potong sikit2...pastu makan...nyum3...


tapi tak sah kalau makan takde air kan...kang tercekik susah lak...so aku akan order milo ais...milo ais kat sini pun sedap...pekat...melekat...kiranya tak kedekut milo la..


dalam sekelip mata...walla...dah licin...siap ngan kari2 tu aku kasi licin...mana tak nya...satu sebab lapar..satu lagi sebab sedap...hahahah



sedap sehingga menjilat sudu....





Tuesday, September 7, 2010

Step Up 3








Release Date: 26 August 2010
Language: ENG
Classification:
Genre: Drama
Run Time: 107 Minutes
Director: John Chu
Cast: Adam Sevani, Alyson Stoner, Rick Malambri, Sharni Vinson



~SYNOPSIS~

New York's intense street dancing underground comes alive in eye-popping Digital 3D in the third installment of the "Step Up" franchise as the raw, passion-fuelled culture goes global. A tight-knit group of street dancers, including Luke (Rick Malambri) and Natalie (Sharni Vinson), team up with NYU freshman Moose (Adam Sevani), and find themselves pitted against the world's best breakdancers in a high-stakes showdown that will change their lives forever.


semalam kawan aku ajak tengok wayang coz dia nak belanja...aku tau apa yang dia nak tengok coz dia dah lama ajak aku nak tengok citer ni...kalau ikutkan, aku nak tengok lama dah...
so semalam cam biasa kitorang datang dalam kol 5.30 petang untuk beli tiket dulu..kat mana lagi kalau tak kat The Spring...pastu terus jalan2 jap sebelum cari tempat untuk berbuka...punya la ramai umat time tu...
yang muslim jangan citer la...dah penuh meja kat food court tu diorang duduk...nak berbuka la katakan...ramai gak yang bawak satu famili berbuka kat situ...
tu belum lagi termasuk yang non muslim..so boleh kata...memang penuh la..pusing punya pusing..akhirnya jumpa jugak meja kosong...

so pas berbuka..baru kitorang g tngok wayang...dah la dapat seat kat barisan paling depan...ye la..beli last minit...nasib baik tak sakit kepala...bila cakap dok baris depan skali..teringat aku masa aku tengok movie kat TGV klcc...time tu first time aku tengok kat baris depan...ye la...time tu dah la berbaris panjang tuk beli tiket..so takkan nak blah camtu je kan...so beli je la apa yang ada... tapi kat klcc punya pawagam... seat paling depan sangat hampir ngan screen...so punya la aku mendongak tengok movie time tu...keluar panggung sakit leher aku...hehe

so berbalik kita kat citer step up 3 ni...BEST gilerrrr...aku sangat sukaaaa...macam yang korang tau...aku pun minat dance gak..so bila tengok citer ni makin bertambah la minat...
walaupun citer yang 1st ngn 2nd aku tak berapa nak ingat...tapi kawan aku banyak remain balik citer yang sebelum ni...

pemilihan pelakon ok..walaupun tak semua aku kenal pun...cinematografi best...camera angle pun banyak...ye la...dah dance movie kan...
lagu2 masa diorang dance pun best2..rasa macam nak join je...hehe
dance move pun macam2 style yang diorang buat...hip hop, modern, lyrical...
koreografi yang ditonjolkan pulak sangat pelbagai dan timing antara move, padat dan sangat kemas...

boleh kata semua part aku suka...tapi yang aku paing suka ialah time final dance antara 2 group yang bertanding...selain routine dance yang menarik, bila dimasukkan kesan cgi macam cahaya n laser tu..nampak sangat cantik n punya kelainan...even bila citer ni dah abis pun penonton masih lagi dok kat kerusi masing2 coz ada selitan aksi dance...punyala penangan step up...

apa yang aku suka selain koreografi dance dalam movie ni...aku suka gak element relationship yang cuba ditonjolkan..dan yang pasti usaha tangga kejayaan...hehe

ada yang tanya napa tak tengok yang 3D punya...satu sebab tayangan yang ada tinggal 2 je... pastu aku memang tak minat nak tnegok 3D sangat coz sangat leceh...satu coz nak kene pakai cermin mata khas..pastu kalau cermin mata tu dah calar..lagi la merosakkan mood...ada pulak tu kesan khas 3D amat minima...siap yang timbul hanya tulisan je...membazir je...baik aku tengok yang biasa je...lagi bagus tengok 2D....

time nak raya ni pun banyak gak movie baru nak kuar...nak tengok citer apa ye...:)

Monday, September 6, 2010

BAZAAR RAMADHAN 2010 @ KOTA SENTOSA BATU 7, KUCHING PART 2

bazaar ramadhanni time kat section bakar membakar...macam2 makanan yang di bakar ada...ayam...ikan...bau pun nyaman je...hehe

bazaar ramadhanrun makcik run....


bazaar ramadhan aku suka benda alah ni...tapi aku lupa apa nama makanan ni...tu la..tau makan je...


bazaar ramadhan again...aku terliur setiap kali tengok daging kebab ni...


bazaar ramadhan ayam panggang ni pun nyaman gak...


bazaar ramadhan burn it!!


aku tengok budak ni ngan bapak dia kehulu kehilir tapi tak jugak beli apa2....tapi comel tul budak ni...


bazaar ramadhan baby gurl n baby boy...sapa lebih cute???


kecoh akak ni...meriah sesangat...


tak dilupakan...bombay mari...banyak gak aku tengok kedai2 mamak yang bukak gerai kat bazaar2 ni...


bazaar ramadhan

lemanggggg...menu wajib bila waktu hari raya...lagi2 kalau dapat cicah rendang or kuah kacang...perghhhh...sedap woooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...