Tuesday, March 29, 2011

LURZAN MAKEOVER : ATHIRA



Anda perlukan Makeup Artist untuk majlis PERTUNANGAN ? PERKAHWINAN ? MAJLIS MAKAN MALAM ? atau untuk suka-suka je ?? CALL 017-3376858 / 016-8569448 ( Lurzan Sain ) untuk tempahan.Untuk PROMOSI mekap tahun 2011... korang hanya perlu klik disini . Nak tngok lebih gambar leh klik disini. Kejelitaan adalah hak milik setiap insan....


MISS UNIVERSE MALAYSIA 2011

DEBORAH PRIYA HENRY








GOOD LUCK~

Friday, March 25, 2011

Wednesday, March 23, 2011

SAIN'S FAMILY DAY

 
  TEMPAT : HUTAN LIPUR KANCHING, RAWANG
  TARIKH : 13 MAC 2011





time ni la nak bersua muka, bertukar cerita dan bergurau senda...


' untie...kalau saya buat muka cute, leh kasi lebih tak kueh tu???...'


' monyet banyak kat sini...so kalau  bawa makanan tu kene jaga-jag la...kalau nasib tak baik kene rampas ngn monyet-monyet licik ni...hahaha...'



' kau jangan cuba nak tipu aku...nanti aku cubitttt kau macam ni...huhu'




' saya nak goreng ikan ni...mesti sedap...hehehe '



...Tak Boleh Blah FC...



...kecil-kecil cili padi...


' ha..kalau berani masuk...'

' see u next timeeeee.....'


Tuesday, March 22, 2011

TERIMA KASIH

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang wish masa bday aku yang ke 18 aritu...heheh...18 la sangat la kan....walaupun aku tak sambut sangat..tapi ingatan daripada ahli keluarga, rakan2, mahupun orang2 yang aku sayang dah cukup buat aku...

harapan aku hanya lah agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu kerja, kehidupan sosial, kewangan dan juga kesihatan aku...so doa2 kan la k....

sampai jumpa lagi...~

Wednesday, March 16, 2011

LURZAN'S MODEL : LM Issue #11


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...bertemu kita lagi di dalam bulan yang penuh makna bagi  sesetengah orang dan juga bagi diriku, iaitu  bulan Mac 2011...napa aku cakap macam tu...haaaa...ini kerana, pada bulan ini aku menyambut ulangtahun kelahiran ku...


ulangtahun yang keberapa..? hahahah...muda lagi...109-87+980-67-2+57-798+98-268 = ( berapa agak2 nya )...kira la kalau rajin...hehe...
tak salah kiranya kalau boleh aku katakan, aku jarang menyambut tarikh kelahiran aku...bukan sebab tak suka, ataupun busy ngan keje...


tapi aku cuma lebih suka berazam untuk lebih berjaya dan dapat menempuhi segala dugaan yang mendatang...bercakap mengenai dugaan, aku rasa pasti ramai yang telah mempunyai pelbagai pengalaman dalam menempuhi dugaan hidup...antara yang paling biasa adalah sindirin...tak kirala sindiran daripada teman sepejabat, orang sekeliling, waima ahli keluarga kita sendiri...


seakan menjadi suatu budaya, bila mana seseorang itu melakukan sesuatu yang jarang dilakukan orang lain, ataupun ingin melakukan sidikit perubahan, mulalah ada suara2 sumbang yang berbentuk sindiran yang bertujuan seakan2 ingin menjatuhkan mahupun memperlekehkan sesuatu usaha itu...


kalau macam tu macam mana la bangsa kita nak maju...sikit2 nak dengki..sikit2 nak hentam...cuba la bagi galakan ataupun tunjukkan jalan penyelesaian...itu lebih bagus dan bermakna....tak gitu???


Kita tolak tepi dulu pasal hal tu, now jom kita beralih kepada talent model untuk issue kali ini...sapa agaknya? cukup senang sebenarnya bekerjasama dengan beliau...tapi mungkin masa saja yang amat mencemburui..coz dah banyak temujanji yang dirancang, tidak menjadi...mungkin atas urusan pelajaran ataupun keluarga...tapi akhirnya dapat gak buat temujanji untuk wat photoshoot untuk keluaran kali ni...

Lebih senang dikenali dengan nama Myra, anak jati Kuching ni berdarah kacukan arab, melanau, sulu dan juga melayu...masih lagi menuntut disalah sebuah pusat pengajian tinggi swasta dalam jurusan Diploma Pengurusan Hotel...beliau ingin menjadikan bidang perhotelan sebagai kerjaya dimasa hadapan...

Anak gadis yang masih berusia awal 20an ni amat meminati supermodel Tyra Banks dan juga Kim Kardashian... dan salah satu sebab mengapa beliau meminati bidang modeling, kerana beliau amat suka bergambar...selain bergambar, hobi yang paling beliau minati adalah melayari internet dan juga shopping...biasa la, sapa tak suka shopping kan...

Perkenalan aku ngan Myra ni dari tahun lepas lagi..melalui seorang kenalan...time tu aku perlukan seorang model untuk kelas fotografi yang aku kendalikan...tapi mungkin takde rezki time tu...akhirnya baru tahun ni dapat bekerjasama dengan beliau...kalau dah rekzi tak kemana kan...

Walaupun masa shooting agak singkat dan cabaran sekeliling yang agak mencabar tapi dapat jugak kami sudahkan shooting time tu...mungkin pengalaman bekerjasama dengan photographer2 top kat area Kucing, membuatkan Myra selesa dihadapan kamera..cumanya cabaran aku adalah how to make she look like a model, rather than a cute gurl..

So kepada Myra... aku nak ucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan... keep the good work and study rajin2... semoga cita2 yang diimpikan akan tercapai dengan jayanya...
semoga kita berjumpa lagi untuk issue yang akan datang...Salam.




















p/s : aku harap satu hari nanti, aku akan memiliki studio fotogafi aku sendiri...:)

Saturday, March 12, 2011

MAKE-UP : MIRA'S WEDDING | 5-6 MAC 2011


Tq kepada Mira kerana telah memberi kepercayaan kat aku untuk menata rias wajah anda di majlis raja sehari kalian. Semoga Mira dan pasangan akan berbahagia di alam perkahwinan dan dirahmati oleh Nya...aminn..

Jadi kepada korang yang masih tercari-cari orang yang boleh menata rias dihari bahagia korang...
apa tunggu lagi...MAKE-UP PROMOTION masih ada lagi untuk dibooking...cepat cepat cepat~

Wednesday, March 9, 2011

PHOTO OF THE DAY




' bunga '

Tarikh : 2011-03-04
Tempat : Kota Samarahan
Kamera : D5000


Wednesday, March 2, 2011

TRAVEL : MY TRAVEL ISSUE #1




Tarikh :  14 - 18 Februari 2011
Tempat : Limbang, Sarawak

Walaupun sebelum ni aku dah pernah lalu kat Limbang ni..time tu otw dari Sabah ke Kuching..
tapi takla singgah kat Limbang...lalu je..

So nak dijadikan cerita... aku ada urusan rasmi di bahagian Limbang...salah satu bahagian yang ada di Sarawak...
kalau nak diikutkan.. tugasan tu dekat area pedalaman...tapi apa yang aku nak tonjolkan kat My Travel ni adalah keadaan bandar Limbang itu sendiri...

Kalau nak tau apa yang ada disini... apa lagi, jom cuti-cuti Malaysia...

So enjoy my photo...



















p/s : teringin nak buat underwater photoshoot... bila la dapat agaknya...huhu

Tuesday, March 1, 2011

PHOTO OF THE DAY


' ada yang tak ok? '

Tarikh : 2011-02-18
Tempat : Limbang, Sarawak
Kamera : D90

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...