Wednesday, November 7, 2012

Saturday, September 1, 2012

WEDDING : MADIR & TETTY | 31 OGOS 2012



 
Nama Pasangan : MADIR & TETTY
Tempat : KAMPUNG MELAYU, SAMARAHAN
Tarikh : 31 OGOS & 1 SEPTEMBER 2012
 

 

 
 


 
 
 

 
 
 
P/S: tahniah kepada pasangan pengantin Madir&Tetty...enjoy dapat bekerjasama ngan diorang...family diorang pun ramah je melayan tetamu yang hadir termasuk la aku...sampai aku pun jadi segan...heheh...newey hopefully semoga korang berbahagia melayari bahtera perkahwinan yang telah dibina...:)


Thursday, August 2, 2012

PROMOSI 2012 : FAMILY PORTRAIT AIDILFITRI SPECIAL


Sempena bulan Syawal yang bakal tiba...Lurzan Photography menyediakan promosi khas untuk Family Portrait 2012....so apa lagi...jangan lepaskan peluang ini!!!


DIARI RAMADHAN KU : PART1

Salam Ramadhan semua....

fuhh...tau2 kita dah tiba dipertengahan bulan Ramadhan...rasa sekejap je...tapi apa pun syukur Alhamdulillah coz kita still dipertemukan dibulan yang penuh keberkatan ini...

rasanya pada ramadhan kali ini...banyak target yang aku nak buat...dan alhamdulillah...banyak yang dah terlaksana...apa bendanya....biarla aku ngan Allah je yang tau...hehe

amal ibadah tu biasa la...semua orang akan cuba yang terbaik...tapi yang paling aku tekankan pada bulan puasa ni ialah aku berazam untuk turunkan berat badan!! hahahah

nampak macam takde benda kan...tapi actually pengalaman2 pada tahun yang lalu...time bulan puasa ni la aku naik berat badan....mungkin sebab tak jaga makan or banyak makan....

so disebabkan itu...pada tahun ni...aku kurangkan pegi ke bazaar ramadhan( sebab tu takde laporan untuk bazaar ramadhan tuk tahun ni...hehe)...kalau pegi pun akan beli apa yang hendak dimakan..disamping tu aku ada amalkan produk yang leh turunkan berat badan...

so far hasilnya dah menampakkan perubahan...yang mana sebelum puasa berat aku leh mencapai 75kg....bayangkan la...tapi setelah aku cuba satu produk ni untuk hari yang ke 4...berat aku dah turun ke 71kg!!

suka memang la suka...tapi target nak capai ke berat ideal iaitu 60kg...so doa2 la aku akan mencapai target yang susah aku nak capai...hehehe...

so masa raya nanti barula 'terletak' baju melayu yang aku pakai...tapi ini bukan semata2 untuk kelihana menarik...tapi bagi aku lebih kepada kesihatan...coz aku takut bila kita dah ke tahap obes...macam2 penyakit datang...so atas nasihat doktor dan juga kesedaran diri...aku banyakkan buat benda yang melibatkan kesihatan...lagi2 kalau usia kita makin meningkat...tul tak??

so bulan Ramadhan ni bukan saja bulan untuk kita melakukan amal ibadat...tapi ianya satu peluang untuk kita menjaga kesihatan...kalau tak sihat macamana nak buat amal ibadat..tul tak??
makan la secara ala kadar dan jgn terlalu mengikut hawa nafsu...

aku akan kongsi lagi pengalaman ku untuk pada minggu terakhir Ramadhan...dan adakah aku akan berjaya mencapai berat ideal??? tungguuuuu...



Saturday, July 21, 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1433H/2012M

Kepada semua umat Islam diseluruh dunia..aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433H/2012M. Semoga dibulan yang penuh keberkatan ini, kita akan dipermudahkan untuk melakukan segala amal ibadah sekaligus mendapat ganjaran2 dibulan Ramadhan.

Thursday, July 19, 2012

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M

   
MELAKA
MELAKA

JOHOR
PERAK
SARAWAK
SABAH
TERENGGANU
KELANTAN
SELANGOR
PAHANG

WILAYAH PERSEKUTUAN

WILAYAH PERSEKUTUAN
PERLIS
PERLIS

NEGERI SEMBILAN
KEDAH

PULAU PINANG
PULAU PINANG

Sumber JAKIM

Monday, June 11, 2012

JOM BORAK : BETUL KE NI??? MACAM TIPU JE...

alkisah...
disatu majlis perkahwinan.
kelihatan tetamu mula datang berduyun-duyun.
tuan rumah pula tak menang tangan bila salam dihulur...

dibilik pengantin.
macam biasala...
mak andam masih dok sibuk
mencantikkan apa yang kurang
di muka pengantin.

"wah... cantik la mekap yang akak buat..." tegur sorang kawan pengantin.

"kene ada amik kursus ke kak?" sambungnya lagi.

dengan pantas pembantu mak andam tu jawab...

"mesti la kene amik kursus dik...kalau tak macamana nak makeup pengantin...dengan kursus banyak yang kami belajar...makeup-makeup terkini... gaya tudung terkini...dan macam2 lagi la yang terkini..."

tapi dalam hati aku cakap...takde maknanya terkini...selama aku jadi weding photographer, semua sama je makeup yang aku tengok..takde la terkini sangat...kalau tak style soket, mesti smokey eye...
so kalau ye pun nak nampak hebat...tak payah la nak buat citer yang akan menampakkan kebodohan kita...tul tak??

nanti tak pasal2 jadi bahan lawak orang...:)







Friday, June 1, 2012

SELAMAT HARI GAWAI 2012


Selamat Hari Gawai kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya...Gayu Guru Gerai Nyamai

Wednesday, May 30, 2012

LURZAN MAKEOVER : HAWA

Anda ingin serlahkan kecantikan anda untuk majlis PERTUNANGAN... mahu pun majlis PERKAHWINAN anda...atau pun untuk menghadiri majlis MAKAN MALAM....serahkan kepada LURZAN MAKEOVER....

Dengan harga yang amat berpatutan.. anda bukan sahaja mandapat hasil tatarias yang anda inginkan..malahan juga kami akan memberikan kepada anda nasihat berkenaan gaya fashion yang sesuai dengan anda secara PERCUMA!!

Jadi apa tunggu lagi...buat tempahan anda sekarang...!! call 017 3376858 untuk keterangan lanjut.

Saturday, May 26, 2012

WEDDING : AZMI & AISAH | 25 MEI 2012


Nama Acara : Majlis Pernikahan dan Persandingan
Nama Pasangan : Azmi & Aisah
Tempat : Bandar Penawar, Johor
Tarikh : 25 - 26 Mei 2012









Monday, April 9, 2012

PHOTO OF THE DAY

' mendayung '

Tarikh : 2011-11-26
Tempat : Tebingan Kuching, Sarawak
Kamera : D90

Thursday, April 5, 2012

PERTANDINGAN FOTOGRAFI PENGGUNA 2012

PERTANDINGAN FOTOGRAFI PENGGUNA
Kategori
  • A. Pelajar (Terbuka kepada semua pelajar sekolah, IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6)
  • B. Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)
Syarat
  • Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pelajar yang di Malaysia.
  • Peserta boleh menggunakan kamera digital (sekurang-kurangnya 4.3 megapixel) atau kamera analog (negatif filem). Untuk penggunaan kamera analog, negative scan boleh digunakan (sekurang-kurang resolusi 300 dpi). Saiz minimum 2MB.
  • Saiz gambar bercetak (print) adalah 8” x 10” in (8R) tanpa bingkai bagi Kategori A dan 12” × 15” (12R) tanpa bingkai bagai Kategori B.
  • Foto perlu dihasilkan secara cetakan tunggal (single print) sahaja. Karya yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan fotografi. Pihak menganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang karya peserta untuk tujuan publisiti atau promosi.
  • Teknik mengambil gambar adalah bebas. Gambar digital “super-imposed” tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah atau apa sahaja imej digital atau manipulasi juga tidak akan diterima. Hanya tindakan merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaja dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.
  • Gambar yang dihantar (print) hendaklah disertakan dengan CD dalam format JPEG atau TIFF atau BITMAP.
  • Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang gambar bersama-sama dengan penerangan mengenai gambar (tidak melebihi 20 patah perkataan). Penyertaan tanpa penerangan mengenai gambar tidak akan diterima.
  • Penerangan mengenai gambar boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris
  • Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 23hb Mei 2012.
  • Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Hadiah
KategoriHadiahWang Tunai
Kategori A.Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x10)
RM1,500.00
RM1,000.00
RM750.00
RM200.00
Kategori BHadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x10)
RM2,000.00
RM1,500.00
RM1,000.00
RM200.00

Tajuk
Kategori A: Pelajar
BahasaKod TajukTajuk
MalaysiaFA1Tabiat Masyarakat dalam Penggunaan Kemudahan Awam
FA2Kanak-kanak dan Wang.
Kategori B: Umum
BahasaKod TajukTajuk
MalaysiaFB1Tabiat berbelanja Rakyat Malaysia
FB2Air Untuk Kehidupan


BORANG PENYERTAAN

Maklumat lanjut sila klik SINI

Tuesday, April 3, 2012

PHOTO OF THE DAY

' pengangkutan awam'

Tarikh : 2011- 04 - 10
Tempat : Batang Ai, Sarawak
Kamera : D90

Monday, March 19, 2012

LURZAN'S MODEL : LM ISSUE #19


Assalamualaikum and salam sejahtera semua...harap korang sihat2 la hendaknya ye...fuhh dah bersawang blog ni tak diupdate...nak wat camner, agak busy ngan keje..tapi disebabkan today is my birthday...so aku akan merajinkan diri untuk update...hehehe

Issue #19 ni special sikit coz aku bawakan pemenang utama Model Look 2011 anjuran Lurzan Photography... sapa lagi kalau bukan Alfie dan Diana...actually aku shoot diorang awal tahun ni lagi...tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan, entry di terpaksa ditunda sehingga lah hari ni...

Untuk shoot diorang ni, terpaksa la dibuat berasingan...mana taknya...sorang di Kuala Lumpur dan sorang lagi di Kuching..kebetulan awal tahun ini aku ada turun kl atas urusan kerja..so terus buat temujanji untuk sesi photoshoot dengan Alfie... dan bila aku balik ke Kuching, terus wat sesi photoshoot ngan Diana...

Kiranya masing2 tak penah jumpa...dan mereka berdua terkejut dengan kemenangan tersebut...bila ditanya, mereka amat berterima kasih kepada mereka yang sudi mengundi dan support mereka hingga mereka menjadi pemenang...

Dikesempatan ini juga, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi wish bday kat aku...aku harap semoga tahun ini dan tahun2 yang mendatang akan lebih success dan Lurzan Photography akan lebih maju...amin...

so untuk korang...senyum2 selalu dan fikir sebelum bertindak...adiosss...














Thursday, March 15, 2012

LURZAN MAKEOVER PROMOTION

lama tak update tau2 ada promosi...huhu..untuk korang yang ingin kelihatan bak model terkenal mahupun selebriti ternama..apa tunggu lagi...korang akan dimekap dan photoshoot akan dilakukan sendiri oleh Mr Lurzan( aku la tu....>_<) tapi promosi ni untuk mereka yang disekitar Kuching dan yang sewaktu dengannya....coz aku dok kat area Kuching...so paham2 je la ye...huhu
promosi ni bersempena my birthday yang tak lama lagi dan promosi akan akan berakhir pada 31 Mac 2012...so sebarang pertanyaan or booking just call 0173376858.

Tuesday, January 17, 2012

PHOTO OF THE DAY


' Geisha Dance'

Tarikh : 2011-11-03
Tempat : Pavillion, Kuala Lumpur
Kamera : D90
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...