Wednesday, August 4, 2010

Lurzan's Model Issue #5

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog aku ni...pejam celik pejam celik...dah pun masuk bulan Ogos...lagi beberapa hari lak nak masuk bulan Ramadhan...berpuasa...pastu raya...heheh

minggu lepas bandaraya Kuching agak sesak dengan pelbagai bangsa dan ragam...trafik jam jangan citer la...mana tak nya...macam2 acara yang dijalankan time tu...Reggata antara acara besar yang berlangsung minggu lepas...aku pun tak lepas peluang tuk melihat sendiri acara yang berlangsung selama 3 hari tu. ye la...walaupun ni la kali pertama aku pegi tengok...tapi best jugak la..coz dapat tengok gelagat2 pengunjung yang datang...kehebatan peserta mendayung dan sebagainya...untuk gambar2 sekitar Reggata..tunggu post yang akan datang k...

so berbalik kita kat new talent untuk Lurzan's Model kali ni...orang nya sweet kalau kita jumpa in person..suka ketawa...dan senang didekati..so kalau nak kenal sapa orang nya...jom kita tengok...

o

o

o

o

o

o

o

o

o

o

o

o

o




model




untuk issue kali ini jom kita berkenalan ngan sorang lagi talent baru yang baru berusia belasan tahun. anak jati Sarawak ni bernama Maz.tinggal di Kuching dan sedang bekerja disalah sebuah syarikat swasta yang banyak membantu orang..hehe

macamana aku leh kenal Masz??melalui kawan kepada kawan aku..hehe..
semua secara tak sengaja..time tu aku perlukan model untuk kursus fotografi yang aku tengah handle...model yang aku deal awal terpaksa tarik diri atas alasan yang tak dapat dielakkan...so terpaksa la aku cari model lain disaat akhir...so aku kontak Nadya(model issue #3)...dia pulak tengah keje...so dia kasi nombor model lain...tapi yang tu pun tak dapat datang...so dia pulak kasi nombor Masz kat aku untuk tanya pasal benda ni...pendek kan cerita..Masz pun setuju untuk menjadi model waktu tu dengan dibantu oleh Nadya..so dari situ la aku kenal Masz...

kalau ikutkan ini bukan fotoshoot pertama dia..coz dia penah gak jadi model untuk fotografer lain...tapi aku terpaksa ubah karektor dia masa fotoshoot ni,coz untuk nampakkan kelainan...yer la...untuk menampakkan lebih 'model look'. tak susah nak bekerjasama dengan Masz..coz dia senang menerima arahan...

so untuk Masz...keep the good work..n good luck!!


5 soalan untuk Masz dari Lurzan's Model :

1 . Mengapakah anda meminati bidang modeling?
Kerana saya berminat dengan dunia fesyen dan peragaan.ianya juga menjadikan saya lebih bersemangat untuk mengambil peluang mempamerkan kebolehan saya jika diberi peluang.

2 . Siapakah model idola anda dan mengapa?
Kim Kardashian.kerana dia memiliki tubuh badan menawan dan wajah yang cantik.dan dari segi pemakaian dia sungguh cantik dan vouge.

3 . Siapakah diri anda dalam 5 perkara.
Seorang yang peramah dan cool, berkeyakinan tinggi, sangat suka dunia modeling dan fesyen terkini, penyabar , penyayang.

4 . Apakah watak idaman anda jika anda adalah seorang pelakon?
Watak idaman saya adalah menjadi seorang wanita yang cool dan disukai orang.

5 . Dalam banyak2 nombor, apakah nombor kegemaran anda?
Nombor 1.kerana saya ingin sentiasa dihadapan dan menjadi orang yang teratas.hehe



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...