Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010




Akhirnya tiba jua hari yang ditunggu2 oleh ramai umat Islam diseluruh dunia. Apalagi kalau bukan Aidilfitri...Setelah sebulan kita berpuasa, menahan lapar dahaga..mengerjakan ibadah yang jarang ada kelebihan di bulan2 yang lain...akhirnya kita menyambut Lebaran yang mulia pada tahun ini.

Jadi dikesempatan ini..aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin buat ibu tercinta...semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, juga tak lupa kepada semua umat Islam yang menyambut hari penuh makna ini.

Jadikan la perayaan ini untuk kita memulakan hidup yang baru sambil bermaaf- maafan sesama umat manusia walau sekecil mana pun masalah yang pernah kita lakukan...sesungguhnya siapala kita untuk menghukum orang lain dengan tidak memaafkan mereka...sedangkan nabi ampunkan umat...inikan pula kita manusia biasa...

Dan kepada warga malaysia yang pulang berhari raya menaiki kenderaan sendiri mahupun awam...berhati2 semasa memandu dan sentiasa peka pada keadaan sekeliling...kadangkala kita sudah sehabis cermat...tapi atas kecuaian orang lain..kita pula yang menjadi mangsa...jadi sama2 la kita berwaspada untuk kepentingan bersama...seperti kata PM kita...jangan jadikan jalan raya sebagai sungai berdarah...pandu cermat jiwa selamat..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...