Monday, June 13, 2011

MOVIE : KL GANGSTER



KL Gangster(PG13)

Release Date: 8th June 2011
Language: Malay
Running Time: 81 mins
Genre: Action
Director: Syamsul Yusof
Cast: Syamsul Yusof, Ridzuan Hashim, Aaron Aziz,
Local Distributor: Primeworks Studios



"KL Gangster" tells the tale of two brothers who get involved in the world of gangsterism. The older brother Malek (Aaron Aziz) was imprisoned for five years after being betrayed by his own gang which was started by Shark (Syamsul), the step brother of the most influential gangster in Kuala Lumpur, King (Ridzuan Hashim). Malek who leads a normal life after being released, is pulled back into the world he left behind after all those years. Especially since his younger brother Jai (Adyputra) is influenced by the gangsters and decides to work for Shark bringing everything down in chaos.


Ulasan aku pulak :

Rasanya dah lama tak wat review pasal filem kan..bukan sebab aku dah lama tak tengok wayang..tapi malas nak ulas...hehe. Tapi kali ni nak ulas sikit la pasal movie yang dah catat satu sejarah dalam bidang perfileman negara kita...mana tak nya, kutipan tayangan pembukaan pun dah mencatat kutipan RM 1.5 juta... filem Hollywood pun kalah ooo... caya lah...

Dengan kutipan pembukaan dah mencecah sekitar RM 1.5 juta, rasanya tak mustahil kutipan filem ni bakal mencatat sejarah kutipan tertinggi pulak...so tahniah kepada pengarahnya, saudara Syamsul Yusuf , penerbit dan seluruh tenaga kerja yang terbabit dalam filem tersebut.

Aku tengok citer masa aku balik KL aritu..time beli tiket nasib baik dapat tempat duduk kat bahagian tengah panggung. kalau lewat sikit mungkin dapat seat depan2 je...
Walaupun aku ni bukan la peminat filem2 Syamsul ni...tapi untuk filem kali ni hasilnya begitu mantap. Dengan adegan aksi yang tak 'menipu' dari awal sampai akhir filem..rasanya menerujakan orang2 yang suka akan filem2 aksi. Mungkin dari segi jalan citer aku tak berapa nak suka..coz its too simple.. tapi kelemahan tu dapat ditutup dengan elemen2 pertarungan yang best.

Pembentukan watak juga menarik, dengan setiap satu watak punya kekuatan pada karektor dan juga pengucapan dialog..sampaikan ada beberapa dialog yang menjadi ikutan bagi yang telah menonton filem ni. Tapi tiap kali tengok watak yang dimainkan oleh Adi Putra, membuatkan aku tertawa kecil... mana tak nya, banyak watak yang dia lakonkan dalam filem ni, mesti kene bercakap sambil rokok yang tak menyala ada kat bibir... dan juga lakonan dia agak 'berlakon' untuk watak ni.. yang lain rasanya ok kot... even si Syamsul nampak lebih natural lakonannya berbanding sebelum ini.

So bagi yang sukakan filem aksi yang kejar2 dan tumbuk terajang ( sebab tu tak banyak aksi tembak2 dalam filem ni..coz takut cepat sangat semua watak mati kene tembak..hehe ) boleh la cepat2 ke panggung berdekatan ( tapi rasanya dah ramai yang tengok kot...).


p/s : agak2 ada ke sequel untuk filem ni??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...