Showing posts with label perayaan. Show all posts
Showing posts with label perayaan. Show all posts

Friday, August 2, 2013

PROMO RAYA 2013


JOM..JOM..JOM...Jom apa?? Jom la booking promo raya 2013 dengan pakej yang kami sediakan...Pakej menarik ini berakhir sehingga 25 Ogos 2013...so sapa cepat dia dapat...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin...

Saturday, July 21, 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1433H/2012M

Kepada semua umat Islam diseluruh dunia..aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433H/2012M. Semoga dibulan yang penuh keberkatan ini, kita akan dipermudahkan untuk melakukan segala amal ibadah sekaligus mendapat ganjaran2 dibulan Ramadhan.

Thursday, July 19, 2012

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M

   
MELAKA
MELAKA

JOHOR
PERAK
SARAWAK
SABAH
TERENGGANU
KELANTAN
SELANGOR
PAHANG

WILAYAH PERSEKUTUAN

WILAYAH PERSEKUTUAN
PERLIS
PERLIS

NEGERI SEMBILAN
KEDAH

PULAU PINANG
PULAU PINANG

Sumber JAKIM

Friday, June 1, 2012

SELAMAT HARI GAWAI 2012


Selamat Hari Gawai kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya...Gayu Guru Gerai Nyamai

Wednesday, August 17, 2011

PROMOSI : FAMILI PORTRAIT DI AIDILFITRI



Promosi raya datang kembali...kali ini dengan pilihan yang lebih meletopp...so apa tunggu lagi...cepat2 calling untuk booking tarikh anda..abadikan kenangan raya anda bersama kami...:)


Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H/2011M



Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011M kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan ambillah sebanyak mungkin berkat yang ada di bulan yang penuh pahala dan keberkatan. Amin...


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri diseluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M.


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Labuan



Selangor Zon 1 – Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang

Zon 2 – Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam




Melaka Seluruh Melaka




Johor Zon 1 – Pulau Aur dan Pulau Pemanggil

Zon 2 – Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau berdekatan

Zon 3 – Daerah Pontian dan Kluang

Zon 4 – Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor





Perak Zon 1 – Tapah, Slim River dan Tanjung Malim

Zon 2 – Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar

Zon 3 – Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong

Zon 4 – Temenggor dan Belum

Zon 5 – Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor

Zon 6 – Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar

Zon 7 – Bukit Larut





Sarawak Zon 1 – Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas

Zon 2 – Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi

Zon 3 – Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu

Zon 4 – Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song

Zon 5 – Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rejang

Zon 6 – Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu,Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak.

Zon 7 – Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam

Zon 8 – Kuching, Lundu, Bau dan Semantan





Sabah Zon 1 – Bahagian Sandakan (timur), Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam

Zon 2 – Bahagian Sandakan (barat), Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah

Zon 3 – Bahagian Tawau (timur), Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak

Zon 4 – Bahagian Tawau (barat), Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan

Zon 5 – Bahagian Kudat, Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat

Zon 6 – Gunung Kinabalu (ketinggian 4,101 meter)

Zon 7 – Bahagian Pantai Barat, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar

Zon 8 – Bahagian Pedalaman (atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau

Zon 9 – Bahagian Pedalaman (bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang





Terengganu Zon 1 – Kuala Terengganu dan Marang

Zon 2 – Besut dan Setiu

Zon 3 – Hulu Terengganu

Zon 4 – Kemaman dan Dungun




Kelantan Zon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang)

Zon 2 – Jajahan Jeli dan Gua Musang termasuk daerah Galas dan Bertam




Pahang Zon 1 – Pulau Tioman

Zon 2 – Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah

Zon 3 – Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut dan Bera

Zon 4 – Raub, Bentong dan Lipis

Zon 5 – Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi

Zon 6 – Cameron Highlands, Bukit Fraser, Genting Highlands




Perlis Seluruh Perlis




Negeri Sembilan Zon 1 – Jempol dan Tampin

Zon 2 – Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah, Jelebu





Kedah Zon 1 – Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena

Zon 2 – Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan

Zon 3 – Daerah Padang Terap, Sik dan Baling

Zon 4 – Daerah Kulim dan Bandar Baharu

Zon 5 – Daerah Langkawi

Zon 6 – Puncak Gunung Jerai




Pulau Pinang Seluruh Pulau Pinang



Sumber dari Jakim


Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011 - GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Setiap tahun, pada 16 Mei, kita akan menyambut hari yang amat bermakna buat para pendidik, iaitu perayaan Hari Guru. Seperti yang kita ketahui, banyak jasa guru2 kita dalam melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga cemerlang dalam hidup.

Dengan tema pada tahun ini, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, ianya bersesuaian dengan tugas guru yang menjadi antara tulang belakang terpenting dalam melahirkan anak bangsa yang bakal memimpin negara dimasa akan datang.

Walaupun tugas guru-guru kita semakin mencabar seiring dengan kemajuan teknologi, akan tetapi profession guru masih lagi relevan dalam mendidik anak bangsa.

Jadi dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru 2011 kepada semua para pendidik di seluruh negara, dengan harapan agar dapat mendidik anak bangsa dengan hati yang ikhlas dan penuh tanggung jawab.Semoga anak bangsa kita akan menjadi pewaris bangsa yang berilmu, berwawasan dan juga bertanggung jawab....

Monday, May 9, 2011

SELAMAT HARI IBU

Rasa nya tak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di seluruh negara terutamanya kepada my mom...puan sri Saemah Binti Sichus...


tentunya banyak jasa ibu2 kita yang mungkin tak terbalas oleh kita...peranan dan pengorbanan mereka amat besar...macam mak aku...kalau arwah bapa aku banyak mengajar aku erti berdikari, mak aku lak banyak mengajar aku erti kelangsungan hidup...dalam erti kata lain..menentukan hala tuju hidup dan juga cara mencari rezki...

sedari kecil lagi memang mak aku dah ajar aku macam mana nak cari duit dengan berniaga kecil kecilan di sekolah...daripada makanan ringan, aiskrim, kad raya, malahan penah juga aku buat komik dengan gunakan kertas A4, then aku fotostat banyak2..ada gak yang beli....heheeh

bila ingat balik memang lucu...bila dah abih blaja lak..macam2 keje aku penah try...daripada keje kilang, promoter bahasa, jual buah, kedai makanan segera...dan macam2 lagi...tapi mak aku tak bising...mungkin dia tau waktu2 ni la kita nak tau keje apa yang sesuai dengan kita...even masa aku dapat kerja kat sarawak ni pun dia tak banyak soal, coz mungkin aku ni anak laki..jadi dia tau yang aku pandai jaga diri kat tempat orang..coz sebelum ni pun aku dah biasa merantau keje kat negeri2 lain...

Kalau ikutkan tak terbalas jasa yang telah ibu kita curahkan...bukan kebendaan yang mereka harapkan, selalunya perhatian yang diinginkan, serta kasih sayang anak2... so kepada yang masih lagi punya ibu...jaga lah mereka sebaiknya...jangan bila dah tiada baru kita menyesal... dan kepada yang terdetik untuk menyerahkan ibu bapa kat rumah orang2 tua...atau lebih teruk menghalau ibu bapa, fikir lah...apa perasaan kita jika anak2 kita pula yang sanggup buat macam tu?? tak mustahil anak2 kita akan buat apa yang pernah kita lakukan...
jika kita dikurniakan ibu bapa yang 'bermasaalah' terima lah mereka seadanya, dah banyakkan berdoa agar mereka diberi petunjuk oleh Nya...

so sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu....:)

Thursday, February 3, 2011

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2011



Kepada semua warganegara Malaysia yang berbangsa Tionghua dan beragama Buddha, aku nak ucapkan Gong Xi Fa Cai.

semoga tahun arnab ini akan memberikan lebih kebahagiaan, kekayaan dan juga kesejahteraan untuk apa jua perkara yang dilakukan.

sambutlah perayaan ini dengan penuh kesederhanaan tetapi dalam suasana yang meriah...:)



p/s : aku still layak terima angpow tak??/hahaha

Saturday, January 1, 2011

HAPPY NEW YEAR 2011


Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru 2011...

terasa kejap masa berlalu..

agaknya ada tak azam tahun 2010 yang dah korang laksanakan atau dah hampir2 tercapai?

biasa la...tak semestinya bila kita berazam pada tahun tu...akan tercapai gak pada tahun tu...

mungkin belum ada peluang atau rezki...

tapi yang penting mesti la terus mencuba dan tidak meninggalkan terus azam tu...

azam ni kira macam matlamat kita dalam mencapai sesuatu la...

so apa azam tahun 2011 pulak??

masih sama mcam tahun2 yang sudah??

.....................

so aku harap tahun 2011 ni bakal menjanjikan sesuatu yang bermakna dan penuh gemilang buat korang semua...

dikesempatan ini juga aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat ahli keluarga di semenanjung...

rakan2...talent2 yang pernah menjadi model aku untuk tahun 2010...

dan tak lupa kepada customer2 yang pernah mendapatkan khidmad fotografi,editing mahupun makeup daripada aku...

aku nak ucapkan beribu terima kasih yang tak terhingga...

................

kepada bakal2 customer...jangan malu jgan segan untuk menghubungi aku kalau ada apa2 sebarang pertanyaan samaada berkenaan pakej fotografi ataupun makeup...

dan jangan lupa nantikan promosi hebat dari Lurzan Photography untuk tahun 2011...

so sehingga kita berjumpa lagi...

Happy New Year~




Saturday, December 25, 2010

MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR


Aku nak ucapkan Merry Christmas kepada semua penganut agama Kristian di seluruh Malaysia, dengan ucapan ... sambutlah perayaan ini dengan penuh kesederhanaan tetapi hiasilah ianya dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan...happy holiday~hohoho

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432H




Kepada semua umat Islam.. aku nak ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432H. Semoga pada tahun baru ini, hidup kita akan lebih dirahmati dan diberkati dalam apa jua perkara amal yang kita lakukan..InsyaAllah..

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 2010M/1431H




Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban... kepada semua Muslimin dan Muslimat...tak kira dimana jua anda berada...

semoga ibadah korban yang kita lakukan akan diberkati...dan kepada yang sedang mengerjakan ibadah Haji..semoga mendapat haji yang mabrur...Amin...


p/s : banyak gak dapat jemputan umah terbuka...kalau takde aral melintang..aku akan tetap berkunjung ke rumah anda semua...

Friday, November 5, 2010

HAPPY DEEPAVALI


kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia, aku nak ucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali...

semoga hari2 anda akan disinari dan diterangi oleh cahaya yang akan terus bersinar...

Friday, September 24, 2010

BERHARI RAYA DI KOTA SAMARAHAN

Diam tak diam dah masuk minggu ketiga kita berhari raya...

cepat btul masa berlalu...

kepada yang dapat balik beraya di kampung halaman...tentu seronok dapat jumpa ngn ahli keluarga serta saudara mara yang mungkin jarang2 bertemu...

dan kepada yang tak dapat balik berhari raya tu...sabar2 la ye...mungkin tahun hadapan dapat la balik beraya kat kampung...

macam yang korang tau...raya tahun ni aku tak dapat balik beraya di kampung atas sebab2 tertentu...parent pun paham...aku berhari raya la aku kat negeri orang...mana lagikalau tak kat Sarawak...atau lagi tepat di Kota Samarahan...huhu

ini la bagusnya kalau kita dapat beraya ditempat orang...

kita dapat lihat budaya...adat resam dan jugak kelainan yang mungkin tak ada kat tempat kita...

kalau ikutkan ini adalah kali kedua aku beraya di tempat orang...masa mula2 dulu semasa aku duduk kat Genting Highland...tak dapat balik pun sebab kene kerja pagi raya...

so untuk kali ni takla terasa sedih sangat sebab tak dapat balik beraya...coz dah biasa...lagipun aku nak rasa gak macammana rasanya berhari raya kat tempat orang..

so far apa yang aku amati masa aku beraya kat sini...banyak gak kelainan suasana hari raya di sini berbanding dengan suasana semasa aku beraya di kampung.

ini la antara kelainan yang ada disini..:-

Rumah
- apa yang aku nampak dan perhatikan... kebanyakkan rumah yang aku lawati atau yang aku lalu saja...meraka suka bereksperimental dengan warna..lebih2 lagi bila mereka mengecat rumah...

kalau dinding luar rumah nampak meriah..kat dalam rumah lagi meriah...mungkin kat luar rumah hanya bermain dengan satu atau dua warna...tapi kalau kat dalam rumah mereka suka aplikasikan warna yang berbeza bagi setiap penjuru yang ada...penah juga aku lihat sampai ada 3 hingga 4 warna yang berbeza untuk setiap dinding...


rumah



Kek Lapis
- boleh kata setiap rumah mesti ada kek lapis sebagai menu juadah untuk menjamu tetamu...kalau tak buat sendiri...mesti beli dengan pelbagai jenis warna, corak mahupun rasa...tapi aku paling suka kek lapis india....




Baju Melayu
- kalau orang perempuan berbaju kurung sepanjang raya tu biasa la...tapi kat sini kebanyakkan orang lelaki akan pakai baju raya untuk 7 raya pertama...tu yang aku perhatikan dan yang diberitahu oleh orang2 kat sini...tapi dah masuk minggu ketiga..masih ada yang berbaju melayu kalau berhari raya..even bebudak moto yang konvoi beraya pun akan pakai baju melayu...





Famili Portrait
- suasana ni pun jarang aku tengok kalau kat tempat aku...tapi kat sini diorang amat suka bergambar masa hari raya..tapi lebih tepat lagi bergambar satu keluarga di studio foto!! aku tengok studio2 foto penuh dengan orang yang nak amik gambar famili.bukan setakat raya pertama...sampai minggu kedua raya pun masih ada orang yang berkunjung ke studio foto untuk menganbil gambar.walaupun ada fotographer yang pergi ke rumah customer untuk mengambil gambar...macam aku...tapi mereka lebih suka pergi ke studio...next year kene bukak studio la...huhu

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010




Akhirnya tiba jua hari yang ditunggu2 oleh ramai umat Islam diseluruh dunia. Apalagi kalau bukan Aidilfitri...Setelah sebulan kita berpuasa, menahan lapar dahaga..mengerjakan ibadah yang jarang ada kelebihan di bulan2 yang lain...akhirnya kita menyambut Lebaran yang mulia pada tahun ini.

Jadi dikesempatan ini..aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin buat ibu tercinta...semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, juga tak lupa kepada semua umat Islam yang menyambut hari penuh makna ini.

Jadikan la perayaan ini untuk kita memulakan hidup yang baru sambil bermaaf- maafan sesama umat manusia walau sekecil mana pun masalah yang pernah kita lakukan...sesungguhnya siapala kita untuk menghukum orang lain dengan tidak memaafkan mereka...sedangkan nabi ampunkan umat...inikan pula kita manusia biasa...

Dan kepada warga malaysia yang pulang berhari raya menaiki kenderaan sendiri mahupun awam...berhati2 semasa memandu dan sentiasa peka pada keadaan sekeliling...kadangkala kita sudah sehabis cermat...tapi atas kecuaian orang lain..kita pula yang menjadi mangsa...jadi sama2 la kita berwaspada untuk kepentingan bersama...seperti kata PM kita...jangan jadikan jalan raya sebagai sungai berdarah...pandu cermat jiwa selamat..:)

Thursday, September 9, 2010

MENJELANG LEBARAN DI PERANTAUAN


Tinggal beberapa jam lagi semua umat Islam akan menyambut bulan kemenangan iaitu bulan Syawal..setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, menahan lapar dahaga, menahan nafsu diri, serta melakukan ibadah2 untuk menambahkan pahala yang berlipat kali ganda...akhirnya segala pengorbanan dirai...

Walaupun raya tahun ini aku beraya di perantauan...tapi ini bukan la pertama kali aku berhari raya di tempat orang...sebelum ni penah jugak aku menyambut Aidilfitri di Genting Highland...tak dapat cuti...kene keje...pilu memang la pilu...tapi bila dikenang balik, ia menjadi nostalgia buat aku...baru aku tau camner perasaan orang yang tak dapat balik berhari raya bersama keluarga di kampung.

masa di Genting Highlang dulu aku tak dapat balik raya adalah disebab kan kekangan kerja...biasala..makan gaji..lagipulak kerja di Genting...time2 perayaan la ramai orang datang kat situ...so nak taknak kene keje jugak...sebelum aku pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri..sempat jugak aku menelefon mak aku kat kampung untuk memohon ampun dan maaf...time tu memang air mata turun mencurah2...biasala..syahdu di pagi raya...

tapi untuk raya kali ni..aku tak dapat balik beraya..coz 2 minggu lepas raya...adik aku akan melangsungkan pernikahan nya...so takkan aku nak cuti 2 kali n balik 2 kali kan...kalau dekat takpe...dahla kampung kat Selangor...aku lak dok kat Sarawak...so terpaksa la aku korbankan salah satu...

setakat ni persediaan raya macam biasa...just bersihkan rumah dan hias seadanya untuk tetamu yang datang...kueh raya pun just tunjuk2 je...mana reti nak buat...klau buat pun tak tentu sedap...so baik beli je...heheh

aktiviti malam mungkin aku nak beli daun kelapa untuk buat ketupat...bukan taknak gunakan nasi himpit segera tu...tapi takde feel raya kalau makan tu...so mungkin aku akan pegi cari kat area pasar Satok..untuk kuah kacang lak...tu kene beli je...coz yang tu aku belum katham belajar lagi...dan mungkin aku nak ronda2 kat area Kuching dan samarahan..untuk melihat keindahan lampu pelita dan lampu kelap kelip yang menghiasi kebanyakkan rumah orang yang menyambut Aidilfitri kali ni...

jadi sama2 la kita menghitung detik ketibaan Syawal ok...


Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Datang Lagi








Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...Alhamdulillah..hari ini bermula la ibadah puasa bagi semua umat Islam dikebanyakkan negara termasuk la Malaysia. So kepada seluruh umat Islam di seluruh Malaysia..aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 2010/1431H. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini diberkati dan dirahmati Allah S.W.T...tapi jangan bila dah puasa...ibadah lain tak buat lak..pun tak guna...huhu...renung2 kan...dan selamat beramal....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...