Showing posts with label photoshoot. Show all posts
Showing posts with label photoshoot. Show all posts

Friday, August 2, 2013

PROMO RAYA 2013


JOM..JOM..JOM...Jom apa?? Jom la booking promo raya 2013 dengan pakej yang kami sediakan...Pakej menarik ini berakhir sehingga 25 Ogos 2013...so sapa cepat dia dapat...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin...

Thursday, August 2, 2012

PROMOSI 2012 : FAMILY PORTRAIT AIDILFITRI SPECIAL


Sempena bulan Syawal yang bakal tiba...Lurzan Photography menyediakan promosi khas untuk Family Portrait 2012....so apa lagi...jangan lepaskan peluang ini!!!


Wednesday, May 30, 2012

LURZAN MAKEOVER : HAWA

Anda ingin serlahkan kecantikan anda untuk majlis PERTUNANGAN... mahu pun majlis PERKAHWINAN anda...atau pun untuk menghadiri majlis MAKAN MALAM....serahkan kepada LURZAN MAKEOVER....

Dengan harga yang amat berpatutan.. anda bukan sahaja mandapat hasil tatarias yang anda inginkan..malahan juga kami akan memberikan kepada anda nasihat berkenaan gaya fashion yang sesuai dengan anda secara PERCUMA!!

Jadi apa tunggu lagi...buat tempahan anda sekarang...!! call 017 3376858 untuk keterangan lanjut.

Saturday, May 26, 2012

WEDDING : AZMI & AISAH | 25 MEI 2012


Nama Acara : Majlis Pernikahan dan Persandingan
Nama Pasangan : Azmi & Aisah
Tempat : Bandar Penawar, Johor
Tarikh : 25 - 26 Mei 2012









Monday, March 19, 2012

LURZAN'S MODEL : LM ISSUE #19


Assalamualaikum and salam sejahtera semua...harap korang sihat2 la hendaknya ye...fuhh dah bersawang blog ni tak diupdate...nak wat camner, agak busy ngan keje..tapi disebabkan today is my birthday...so aku akan merajinkan diri untuk update...hehehe

Issue #19 ni special sikit coz aku bawakan pemenang utama Model Look 2011 anjuran Lurzan Photography... sapa lagi kalau bukan Alfie dan Diana...actually aku shoot diorang awal tahun ni lagi...tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan, entry di terpaksa ditunda sehingga lah hari ni...

Untuk shoot diorang ni, terpaksa la dibuat berasingan...mana taknya...sorang di Kuala Lumpur dan sorang lagi di Kuching..kebetulan awal tahun ini aku ada turun kl atas urusan kerja..so terus buat temujanji untuk sesi photoshoot dengan Alfie... dan bila aku balik ke Kuching, terus wat sesi photoshoot ngan Diana...

Kiranya masing2 tak penah jumpa...dan mereka berdua terkejut dengan kemenangan tersebut...bila ditanya, mereka amat berterima kasih kepada mereka yang sudi mengundi dan support mereka hingga mereka menjadi pemenang...

Dikesempatan ini juga, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi wish bday kat aku...aku harap semoga tahun ini dan tahun2 yang mendatang akan lebih success dan Lurzan Photography akan lebih maju...amin...

so untuk korang...senyum2 selalu dan fikir sebelum bertindak...adiosss...














Thursday, March 15, 2012

LURZAN MAKEOVER PROMOTION

lama tak update tau2 ada promosi...huhu..untuk korang yang ingin kelihatan bak model terkenal mahupun selebriti ternama..apa tunggu lagi...korang akan dimekap dan photoshoot akan dilakukan sendiri oleh Mr Lurzan( aku la tu....>_<) tapi promosi ni untuk mereka yang disekitar Kuching dan yang sewaktu dengannya....coz aku dok kat area Kuching...so paham2 je la ye...huhu
promosi ni bersempena my birthday yang tak lama lagi dan promosi akan akan berakhir pada 31 Mac 2012...so sebarang pertanyaan or booking just call 0173376858.

Tuesday, December 20, 2011

LURZAN'S MODEL : LM ISSUE #18


Sedar tak sedar, tahun 2011 akan melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi dan diharapkan tahun 2012 bakal memberikan kita sesuatu yang lebih baik dan hebat!!

Jadi untuk last issue untuk tahun ini, aku cukup bertuah kerana dapat menampilkan kembali 2 org finalist Model Look 2011 iaitu Nadya dan Honey..

Hajat dihati dah lama nak wat photoshoot bertemakan wanita yang bertudung...tapi masa tak mengizinkan dan belum jumpa model yang sesuai...tapi bila dapat tahu diorang ni dah mula mengenakan tudung, terus aku ajukan pelawaan dan diorang setuju tanpa banyak soal...

So far seronak dapat kembali bekerjasama dengan diorang, coz diorang masih lagi pandai bergaya dan beraksi di depan kamera walaupun kini sudah bertudung...sekali lagi ucapan terima kasih kepada Nadya dan Honey yang telah sudi bekerjasama untuk issue kali ini.

Sebelum mengundur diri, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong secara langsung mahupun tidak dalam aku mengharungi kerjaya sebagai perantau dinegeri orang...

Kepada  famili, tq atas dorongan yang diberikan selama ini...untuk rakan2 photographer, walaupun ada yang aku tak pernah jumpa dan diorang tak pernah kenal muka aku( aku penyegan orangnya..>_<) tq banyak2 atas kritikan mahupun nasihat yang diberikan...untuk client2 yang pernah menggunakan khidmat Lurzan Photography or Lurzan Makeup, tq coz mempercayai hasil kerja aku...kepada para talent dan model2 yang pernah bekerjasama ,tq gak aku ucapkan coz walaupun korang ada yang masih baru, tapi sanggup terima teguran dan tak jemu belajar benda baru...dan tak lupa juga kepada pembaca blog ni...hope korang dapat something dari penulisan or hasil kerja yang telah aku hasilkan...mungkin tak banyak, tapi sikit sebanyak diharap membantu.

So ampun maaf dipinta jika ada kekurangan or kesalahan sepanjang tahun 2011 ini...diharap kita berjumpa lagi di tahun 2012...Happy New Year 2012 and Happy Holiday...>_<










Thursday, December 8, 2011

WEDDING : SAHREL & SHUHADA | 3 DISEMBER 2011


Acara                 : Majlis Perkahwinan
Nama Pasangan  : Sahrel & Shuhada
Tarikh                : 3 & 4 Disember 2011
Tempat              : Hutan Melintang, Perak





Thursday, December 1, 2011

WINNERS OF MODEL LOOK 2011

- CONGRATULATION -










Tahniah kepada pemenang...ALFIE dan juga DIANA...setelah undian dari fb dan blog dikira...mereka telah berjaya meraih undi melebihi rakan model yang lain, seterusnya melayakkan diri untuk memenangi Model Look 2011...

Kepada peserta lain, terima kasih juga diucapkan atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan...serta tidak lupa kepada para pengundi, yang sudi menyokong model pilihan mereka....semoga kalian akan success dalam apa jua bidang yang diceburi...jumpa lagi...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...