Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Saturday, September 1, 2012

WEDDING : MADIR & TETTY | 31 OGOS 2012



 
Nama Pasangan : MADIR & TETTY
Tempat : KAMPUNG MELAYU, SAMARAHAN
Tarikh : 31 OGOS & 1 SEPTEMBER 2012
 

 

 
 


 
 
 

 
 
 
P/S: tahniah kepada pasangan pengantin Madir&Tetty...enjoy dapat bekerjasama ngan diorang...family diorang pun ramah je melayan tetamu yang hadir termasuk la aku...sampai aku pun jadi segan...heheh...newey hopefully semoga korang berbahagia melayari bahtera perkahwinan yang telah dibina...:)


Saturday, May 26, 2012

WEDDING : AZMI & AISAH | 25 MEI 2012


Nama Acara : Majlis Pernikahan dan Persandingan
Nama Pasangan : Azmi & Aisah
Tempat : Bandar Penawar, Johor
Tarikh : 25 - 26 Mei 2012









Monday, March 19, 2012

LURZAN'S MODEL : LM ISSUE #19


Assalamualaikum and salam sejahtera semua...harap korang sihat2 la hendaknya ye...fuhh dah bersawang blog ni tak diupdate...nak wat camner, agak busy ngan keje..tapi disebabkan today is my birthday...so aku akan merajinkan diri untuk update...hehehe

Issue #19 ni special sikit coz aku bawakan pemenang utama Model Look 2011 anjuran Lurzan Photography... sapa lagi kalau bukan Alfie dan Diana...actually aku shoot diorang awal tahun ni lagi...tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan, entry di terpaksa ditunda sehingga lah hari ni...

Untuk shoot diorang ni, terpaksa la dibuat berasingan...mana taknya...sorang di Kuala Lumpur dan sorang lagi di Kuching..kebetulan awal tahun ini aku ada turun kl atas urusan kerja..so terus buat temujanji untuk sesi photoshoot dengan Alfie... dan bila aku balik ke Kuching, terus wat sesi photoshoot ngan Diana...

Kiranya masing2 tak penah jumpa...dan mereka berdua terkejut dengan kemenangan tersebut...bila ditanya, mereka amat berterima kasih kepada mereka yang sudi mengundi dan support mereka hingga mereka menjadi pemenang...

Dikesempatan ini juga, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi wish bday kat aku...aku harap semoga tahun ini dan tahun2 yang mendatang akan lebih success dan Lurzan Photography akan lebih maju...amin...

so untuk korang...senyum2 selalu dan fikir sebelum bertindak...adiosss...














Tuesday, October 25, 2011

PHOTOSHOOT : SIMPLE ELEGANT BOUTIQUE COLLECTION






tQ kepada puan SuraYa, pemilik Simple Elegant Boutique...yang telah menggunakan khidmad Lurzan Photography untuk sesi photoshoot  koleksi terkini butik pakaian beliau. Banyak baju yang cantik-cantik dan juga aksesori yang menarik ada dijual di butik beliau. So untuk ketahui lebih lanjut berkenaan butik ini...klik saja di SINI.

Monday, October 3, 2011

EVENT : KEJOHANAN PENCAK SILAT SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

ACARA   : KEJOHANAN PENCAK SILAT SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT  KEBANGSAAN TAHUN 2011
TARIKH : 19 HINGGA 24 SEPTEMBER 2011.
TEPAT    : STADIUM PERPADUAN, PETRA JAYA.

 antara kontijen yang mengambil bahagian


para  peserta adalah dikalangan murid-murid sekolah rendah dan juga menengah.


 Pengarah Pelajaran Sarawak, Encik Abdillah Bin Adam hadir untuk merasmikan majlis





ANTARA MOMENT-MOMENT LUCU SEKITAR PERTANDINGAN...

 abang dari tadi dok pandang-pandang saya...ada bran??


 orang-orang kampung...pa khabar tek?? lama sik nemu...


 ni kalau dah posing maut pun tak menang..tak tau nak cakap pe dah...dah abih kembang idung ni...


 ha...ini la silat 'Gitu-Gitu'...tak gitu??


 aikkk...tunggu dulu...tu baru 'bunga' nya...'buah' lom lagi...


 apa lagi?? dah abih masa kan?? apa pun tak bolehhh...


 ha...gini le kalau nak dapat balingan 'strike' bowling terbaik....


 jgn bising...gua tengah layan ROCK ni beb..yeyeahhhh....


tahniah buat kontijen Sarawak kerana telah berjaya menjadi johan keseluruhan untuk tahun 2011.

Sunday, July 31, 2011

LONTARAN SUARA UNTUK DRAMA RADIO

actualy aku dah lama nak wat benda alah ni...tapi peluang takde dan tak berkesempatan...

tapi bila peluang dah ada kat depan mata...aku taknak tolak...hehe
kalau ikutkan, aku dah tak pikirkan pasal benda ni dah...tapi tetiba cikgu yang handle skirp drama ni ada tunjuk kat aku...aku cakap la aku minat nak try...then dia suruh aku try cakap ikut dialog yang ada...bila dia berpuas hati...aku pun diterima dan diberikan beberapa watak...suka gak la...first time la katakan...heheh

dari tahun lepas lagi aku teringin nak berlakon dalam drama radio ni...walaupun hanya untuk drama radio pendidikan...dan takla masyuk mana pun upahnya...tapi tu tak penting sangat bagi aku...yang penting aku dapat try dan merasai macamana orang wat recording suara untuk drama radio....


dapat watak ustaz tu...hehe
 nampak je macam senang...tapi bila dapat line yang panjang2 susah gak..dah la skrip diberi time aku datang studio tu...tu tak masuk lagi dengan nervous...coz aku ni jenis yang cakap laju...tapi untuk watak2 yang diberikan..aku kene sebut dengan sebutan yang jelas dan tak terlampau laju...tu yang sakit sikit tu...coz part2 tu la aku lemah sikit...so kene la diulang2 sampai hasilnya memuaskan...
sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat cikgu Arbee selaku penerbit, coz telah bagi peluang kat aku untuk mencuba sesuatu yang baru dan mungkin sekali seumur hidup..

so untuk korang yang teringin nak lakukan sesuatu yang korang ingin lakukan, tapi nampak macam mustahil dan tak tau macamana nak buat...tak salah untuk berangan angan..tapi kene ada usaha..yang penting ianya tak menyalahi hukum agama dan juga undang2 negara k...Selamat berhujung minggu dan Selamat Berpuasa....:P

Thursday, July 7, 2011

WEDDING : KHAIRUL AZHAR & NORADAUWEYAH

NAMA PASANGAN : KHAIRUL AZHAR & NORADAUWEYAH
LOKASI : MUAR , JOHOR
TARIKH : 5 JUN 2011
MUA : AZMIZAN
FOTOGRAFER : LURZAN SAIN










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...