Showing posts with label majalah. Show all posts
Showing posts with label majalah. Show all posts

Monday, March 19, 2012

LURZAN'S MODEL : LM ISSUE #19


Assalamualaikum and salam sejahtera semua...harap korang sihat2 la hendaknya ye...fuhh dah bersawang blog ni tak diupdate...nak wat camner, agak busy ngan keje..tapi disebabkan today is my birthday...so aku akan merajinkan diri untuk update...hehehe

Issue #19 ni special sikit coz aku bawakan pemenang utama Model Look 2011 anjuran Lurzan Photography... sapa lagi kalau bukan Alfie dan Diana...actually aku shoot diorang awal tahun ni lagi...tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan, entry di terpaksa ditunda sehingga lah hari ni...

Untuk shoot diorang ni, terpaksa la dibuat berasingan...mana taknya...sorang di Kuala Lumpur dan sorang lagi di Kuching..kebetulan awal tahun ini aku ada turun kl atas urusan kerja..so terus buat temujanji untuk sesi photoshoot dengan Alfie... dan bila aku balik ke Kuching, terus wat sesi photoshoot ngan Diana...

Kiranya masing2 tak penah jumpa...dan mereka berdua terkejut dengan kemenangan tersebut...bila ditanya, mereka amat berterima kasih kepada mereka yang sudi mengundi dan support mereka hingga mereka menjadi pemenang...

Dikesempatan ini juga, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi wish bday kat aku...aku harap semoga tahun ini dan tahun2 yang mendatang akan lebih success dan Lurzan Photography akan lebih maju...amin...

so untuk korang...senyum2 selalu dan fikir sebelum bertindak...adiosss...














Tuesday, December 20, 2011

LURZAN'S MODEL : LM ISSUE #18


Sedar tak sedar, tahun 2011 akan melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi dan diharapkan tahun 2012 bakal memberikan kita sesuatu yang lebih baik dan hebat!!

Jadi untuk last issue untuk tahun ini, aku cukup bertuah kerana dapat menampilkan kembali 2 org finalist Model Look 2011 iaitu Nadya dan Honey..

Hajat dihati dah lama nak wat photoshoot bertemakan wanita yang bertudung...tapi masa tak mengizinkan dan belum jumpa model yang sesuai...tapi bila dapat tahu diorang ni dah mula mengenakan tudung, terus aku ajukan pelawaan dan diorang setuju tanpa banyak soal...

So far seronak dapat kembali bekerjasama dengan diorang, coz diorang masih lagi pandai bergaya dan beraksi di depan kamera walaupun kini sudah bertudung...sekali lagi ucapan terima kasih kepada Nadya dan Honey yang telah sudi bekerjasama untuk issue kali ini.

Sebelum mengundur diri, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong secara langsung mahupun tidak dalam aku mengharungi kerjaya sebagai perantau dinegeri orang...

Kepada  famili, tq atas dorongan yang diberikan selama ini...untuk rakan2 photographer, walaupun ada yang aku tak pernah jumpa dan diorang tak pernah kenal muka aku( aku penyegan orangnya..>_<) tq banyak2 atas kritikan mahupun nasihat yang diberikan...untuk client2 yang pernah menggunakan khidmat Lurzan Photography or Lurzan Makeup, tq coz mempercayai hasil kerja aku...kepada para talent dan model2 yang pernah bekerjasama ,tq gak aku ucapkan coz walaupun korang ada yang masih baru, tapi sanggup terima teguran dan tak jemu belajar benda baru...dan tak lupa juga kepada pembaca blog ni...hope korang dapat something dari penulisan or hasil kerja yang telah aku hasilkan...mungkin tak banyak, tapi sikit sebanyak diharap membantu.

So ampun maaf dipinta jika ada kekurangan or kesalahan sepanjang tahun 2011 ini...diharap kita berjumpa lagi di tahun 2012...Happy New Year 2012 and Happy Holiday...>_<










Saturday, October 1, 2011

LURZAN'S MODEL : LM Issue #17








Tentang Alfie:
* Alfie adalah anak ke-3 dari 5 orang adik beradik.
* baru berusia 21 tahun.
* berketinggian 167cm dan berat dalam lingkungan 55kg.
* sedang mengikuti pengajian dalam bidang Bachelor of Legal Studies di Shah Alam.
* bercita-cita menjadi Art Critic. ini kerana art adalah passion sebenar beliau.
* model idola beliau adalah Claudia Schiffer – kerana dia punya discipline, dedicated, sharp and forward.
* beliau amat meminati apa saja yang berkaitan seni, menulis dan juga bermain video games.
* antara moment yang bermakna dalam hidup beliau adalah, pernah memenangi Art Competition (Literature Appreciation) peringkat universiti dan juga menyertai International Debate Competition, yang mana beliau dapat berjumpa dengan ramai pendebat dari seluruh dunia.
* bila ditanya berkenaan bidang modeling, ini jawapan beliau - “ Trying something new. At first I was really reluctant but then a friend of mine said just do it, as i have nothing to lose. So here i am.. haha”

Thursday, August 18, 2011

LURZAN'S MODEL : LM Issue #16










Siapa Diana?

1. Berasal dari Batu Lintang, Kuching.
2. Berumur lewat 20an dan berbangsa Melayu.
3. Berketinggian 159cm dan berat 45kg.
4. Bekerja secara sambilan sebagai Event Consultant
    disalah sebuah syarikat swasta disekitar Kuching.
5. Suka bermain sukan badminton dan melayari internet.
6. Mempunyai pengalaman menyertai pertandingan Miss Fair & Lovely
    dan Dewi Remaja.
7. Amat meminati Supermodel Evon Tan dan juga Tyra Banks.
8. Antara moment  terindah ialah menjadi pelajar cemerlang di Kolej Komuniti
    tahun 2009 dan juga artikel perkahwinan beliau pernah disiarkan di salah
    sebuah majalah perkahwinan.

Monday, July 18, 2011

LURZAN'S MODEL : LM Issue #15












Tentang Ee -
* antara talent model terawal yang telah bekerjasama dengan LM
* berbangsa Melayu dan berasal dari Lingga, Sri Aman
* baru berumur awal 20an
* berketinggian 5kaki 4inci ( 163cm )
* aktif bermain bola sepak dan badminton
* penyokong setia kelab Barcelona
* walaupun bekerja dalam sektor swasta, cita-cita utama beliau adalah menjadi anggota Polis
* antara selebriti dan model idola beliau adalah Farid Kamil
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...