Friday, September 17, 2010
HARI MALAYSIA
Semalam adalah hari yang patut semua rakyat Malaysia tahu...iaitu Hari Malaysia.
apa tu Hari Malaysia?
kepada yang tak tahu...Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.
Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.
Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama.
Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
jadi sebagai memperingati Hari Malaysia, aku berharap agar semua rakyat Malaysia bersatu hati dan saling bertolak ansur dalam apa jua perkara. Kita harus ingat bagaimana pemimpin terdahulu bersusah payah untuk menubuhkan satu negara yang berdaulat lagi merdeka.
seharusnya kita juga harus bersyukur atas apa yang telah kita kecapi selama ini, dan terus menjaga dan memperbaiki apa jua perkara dalam memajukan, memakmurkan dan juga mengharmonikan lagi negara yang kita cintai.
jika tedapat salah paham mahupun masalah, carilah jalan dengan cara yang berhemah dan penuh dengan adat ketimuran. tiada masalah yang tak dapat diselesaikan.yang penting bagaimana kita nak hadapi dan mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
so sempena Hari Malaysia ni..aku nak ucapkan selamat ulang tahun Malaysia.. dan kepada semua rakyat Malaysia...sama2 la kita menjaga dan memakmurkan lagi negara yang menjadi tanah tumpah dan tempat kita 'berteduh'...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment