Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

PROMOSI 2012 : FAMILY PORTRAIT AIDILFITRI SPECIAL


Sempena bulan Syawal yang bakal tiba...Lurzan Photography menyediakan promosi khas untuk Family Portrait 2012....so apa lagi...jangan lepaskan peluang ini!!!


DIARI RAMADHAN KU : PART1

Salam Ramadhan semua....

fuhh...tau2 kita dah tiba dipertengahan bulan Ramadhan...rasa sekejap je...tapi apa pun syukur Alhamdulillah coz kita still dipertemukan dibulan yang penuh keberkatan ini...

rasanya pada ramadhan kali ini...banyak target yang aku nak buat...dan alhamdulillah...banyak yang dah terlaksana...apa bendanya....biarla aku ngan Allah je yang tau...hehe

amal ibadah tu biasa la...semua orang akan cuba yang terbaik...tapi yang paling aku tekankan pada bulan puasa ni ialah aku berazam untuk turunkan berat badan!! hahahah

nampak macam takde benda kan...tapi actually pengalaman2 pada tahun yang lalu...time bulan puasa ni la aku naik berat badan....mungkin sebab tak jaga makan or banyak makan....

so disebabkan itu...pada tahun ni...aku kurangkan pegi ke bazaar ramadhan( sebab tu takde laporan untuk bazaar ramadhan tuk tahun ni...hehe)...kalau pegi pun akan beli apa yang hendak dimakan..disamping tu aku ada amalkan produk yang leh turunkan berat badan...

so far hasilnya dah menampakkan perubahan...yang mana sebelum puasa berat aku leh mencapai 75kg....bayangkan la...tapi setelah aku cuba satu produk ni untuk hari yang ke 4...berat aku dah turun ke 71kg!!

suka memang la suka...tapi target nak capai ke berat ideal iaitu 60kg...so doa2 la aku akan mencapai target yang susah aku nak capai...hehehe...

so masa raya nanti barula 'terletak' baju melayu yang aku pakai...tapi ini bukan semata2 untuk kelihana menarik...tapi bagi aku lebih kepada kesihatan...coz aku takut bila kita dah ke tahap obes...macam2 penyakit datang...so atas nasihat doktor dan juga kesedaran diri...aku banyakkan buat benda yang melibatkan kesihatan...lagi2 kalau usia kita makin meningkat...tul tak??

so bulan Ramadhan ni bukan saja bulan untuk kita melakukan amal ibadat...tapi ianya satu peluang untuk kita menjaga kesihatan...kalau tak sihat macamana nak buat amal ibadat..tul tak??
makan la secara ala kadar dan jgn terlalu mengikut hawa nafsu...

aku akan kongsi lagi pengalaman ku untuk pada minggu terakhir Ramadhan...dan adakah aku akan berjaya mencapai berat ideal??? tungguuuuu...



Thursday, July 19, 2012

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M

   
MELAKA
MELAKA

JOHOR
PERAK
SARAWAK
SABAH
TERENGGANU
KELANTAN
SELANGOR
PAHANG

WILAYAH PERSEKUTUAN

WILAYAH PERSEKUTUAN
PERLIS
PERLIS

NEGERI SEMBILAN
KEDAH

PULAU PINANG
PULAU PINANG

Sumber JAKIM

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H/2011M



Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011M kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan ambillah sebanyak mungkin berkat yang ada di bulan yang penuh pahala dan keberkatan. Amin...


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri diseluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M.


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Labuan



Selangor Zon 1 – Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang

Zon 2 – Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam




Melaka Seluruh Melaka




Johor Zon 1 – Pulau Aur dan Pulau Pemanggil

Zon 2 – Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau berdekatan

Zon 3 – Daerah Pontian dan Kluang

Zon 4 – Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor





Perak Zon 1 – Tapah, Slim River dan Tanjung Malim

Zon 2 – Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar

Zon 3 – Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong

Zon 4 – Temenggor dan Belum

Zon 5 – Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor

Zon 6 – Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar

Zon 7 – Bukit Larut





Sarawak Zon 1 – Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas

Zon 2 – Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi

Zon 3 – Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu

Zon 4 – Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song

Zon 5 – Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rejang

Zon 6 – Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu,Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak.

Zon 7 – Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam

Zon 8 – Kuching, Lundu, Bau dan Semantan





Sabah Zon 1 – Bahagian Sandakan (timur), Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam

Zon 2 – Bahagian Sandakan (barat), Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah

Zon 3 – Bahagian Tawau (timur), Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak

Zon 4 – Bahagian Tawau (barat), Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan

Zon 5 – Bahagian Kudat, Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat

Zon 6 – Gunung Kinabalu (ketinggian 4,101 meter)

Zon 7 – Bahagian Pantai Barat, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar

Zon 8 – Bahagian Pedalaman (atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau

Zon 9 – Bahagian Pedalaman (bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang





Terengganu Zon 1 – Kuala Terengganu dan Marang

Zon 2 – Besut dan Setiu

Zon 3 – Hulu Terengganu

Zon 4 – Kemaman dan Dungun




Kelantan Zon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang)

Zon 2 – Jajahan Jeli dan Gua Musang termasuk daerah Galas dan Bertam




Pahang Zon 1 – Pulau Tioman

Zon 2 – Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah

Zon 3 – Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut dan Bera

Zon 4 – Raub, Bentong dan Lipis

Zon 5 – Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi

Zon 6 – Cameron Highlands, Bukit Fraser, Genting Highlands




Perlis Seluruh Perlis




Negeri Sembilan Zon 1 – Jempol dan Tampin

Zon 2 – Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah, Jelebu





Kedah Zon 1 – Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena

Zon 2 – Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan

Zon 3 – Daerah Padang Terap, Sik dan Baling

Zon 4 – Daerah Kulim dan Bandar Baharu

Zon 5 – Daerah Langkawi

Zon 6 – Puncak Gunung Jerai




Pulau Pinang Seluruh Pulau Pinang



Sumber dari Jakim


Monday, September 6, 2010

BAZAAR RAMADHAN 2010 @ KOTA SENTOSA BATU 7, KUCHING PART 2

bazaar ramadhanni time kat section bakar membakar...macam2 makanan yang di bakar ada...ayam...ikan...bau pun nyaman je...hehe

bazaar ramadhanrun makcik run....


bazaar ramadhan aku suka benda alah ni...tapi aku lupa apa nama makanan ni...tu la..tau makan je...


bazaar ramadhan again...aku terliur setiap kali tengok daging kebab ni...


bazaar ramadhan ayam panggang ni pun nyaman gak...


bazaar ramadhan burn it!!


aku tengok budak ni ngan bapak dia kehulu kehilir tapi tak jugak beli apa2....tapi comel tul budak ni...


bazaar ramadhan baby gurl n baby boy...sapa lebih cute???


kecoh akak ni...meriah sesangat...


tak dilupakan...bombay mari...banyak gak aku tengok kedai2 mamak yang bukak gerai kat bazaar2 ni...


bazaar ramadhan

lemanggggg...menu wajib bila waktu hari raya...lagi2 kalau dapat cicah rendang or kuah kacang...perghhhh...sedap woooo

Sunday, September 5, 2010

BAZAAR RAMADHAN 2010 @ KOTA SENTOSA BATU 7, KUCHING PART 1

tempoh hari masa aku survey2 barang kat area batu 7, sedar tak sedar dah nak masuk waktu berbuka..
aku pulak time tu malas nak balik ke Samarahan, coz ujan dah rintik2...
so pegi la aku kat bazaar batu 7..kat Kota Sentosa...

tapi aku tak keseorangan..kebetulan kawan aku ada dok kat area2 situ...so aku pun ajak la diorang..walaupun sorang pun tak posa...yang sorang tu aku takkisah sangat coz dia bukan muslim...tapi yang sorang lagi tu baikk punya alasan sebab tak posa...tapi tu masing2 punya hal kan...

dari jauh lagi masa nak masuk kat dalam khemah bazaar ni..aku dah dengar keriuhan peniaga2 kat sini..
bila masuk..telahan aku tepat...memang peniaga2 kat sini sangat2 HAPPENING!!
tapi tak tau la kalau ikut hari ke apa...tapi kebetulan masa kitorang pegi tu peniaga2 yang berniaga kat sini amat ramah dah punya style tersendiri tuk menarik hati pelanggan...

contohnya macam kat area peniaga jual air..." ha...mari2..air tebu ada, air soya ada, air hilangkan ngantuk ada...air kuatkan tenaga batin ada....bla.bla...bla.."
nak tergelak aku bila dirang cakap camtu...

tapi bila sampai kat area peniaga lauk pauk...terdengar lak " lauk..lauk...beli lauk kak. lauuuukkk...laaaaaaaukkkkkkk....lauukkk....laaaaaauukkkk..."
aku dengar macam dah berlagu akak ni...tapi memang lucu dan amat menarik perhatian.

walaupun bazaar ni berskala sederhana je...orang yang datang sangat ramai..berhimpit2...taktau la kalau juadah kat sini sedap2 atau diorang just nak tengok2 je...

aku pun pusing la 2-3 round kat bazaar ni...takde beli apa sangat pun..just beli air tebu+abc+kueh+murtabak...pastu terus g umah kawan dan berbuka kat umah dia...





bazaar ramadhan sementara tunggu kawan aku datang, aku lepak2 kat tepi kedai coz ujan dah mula turun...


bazaar ramadhan

aku teringin nak beli kentang tu...nak rasa sedap ke tidak...


bazaar ramadhan

nasib baik murtabak kat sini sedap...coz susah sangat cari murtabak yang sedap kat kuching ni...yang slalu ada, nama je murtabak ayam...tapi yang ada just cebisan ayam...kadang2 takde rasa ayam langsung...



bazaar ramadhan
bazaar ramadhan bapa ribu la makcik ni untung kalau setiap hati lauk2 licin...



BERSAMBUNG...

Saturday, August 28, 2010

MARI MEMASAK DI BULAN RAMADHAN

pasti ramai antara korang yang memang teror memasak kan...so tak layak la kalau aku nak bukak kelas masakan kat sini...ye la, aku pun masak megi pun tak tentu sedap... inikan pulak nak masak masakan yang berempah la.. kari la...atau masam manis...ishhh jauh api dari panggang...


dalam famili aku, mungkin aku la yang kurang pandai memasak...bukan tak pandai ye...cuma kurang pandai...hehe
penah satu ketika, masa aku dibangku sekolah..time tu mak bapak takde kat umah, aku la yang kena jaga adik2 aku. so time tengahari bila kitorang lapar, aku pun masak la telur goreng...itu je la yang aku pandai time tu... tapi disebab kan aku ni suka wat experiment... aku pun cakap ngan adik2 aku..." apa kata kita cuba wat masakan lain selain dari goreng telur ni.." . lebih kurang la ayat tu...


so aku ngan yakin terus meyelongkar kat rak2 dapur tuk melihat benda apa yang aku leh masukkan kat dalam telur yang dah dikacau. kalau letak bawang dah selalu sangat...jadi belek punya belek...akhirnya aku dapat satu idea tuk letak SIRAP!! yup aku letak sirap yang warna merah tu dalam telur yang telah dikacau. letak pulak banyak coz nak kasi colour tu cantik...


pastu aku goreng la telur tu...bila siap di goreng, nampak menarik... ye la ...telur goreng warna merah...hehe
tapi masalah mula timbul bila time makan...adik aku cakap TAK SEDAP!! bila aku makan pun, aku rasa pelik sangat telur goreng sirap tu...hahahah
last2 aku masak telur goreng biasa je...lagi sedap!!


tapi bila dah besar sikit ni... nak taknak kena la belajar sikit2 bab memasak ni... lagi pulak aku dok bujang... jadi kalau time bosan or nak budget2...kene la masak sendiri..takkan tiap hari nak makan kat luar kan...cam kaya je...


banyak sumber yang aku leh dapatkan untuk pelajari tentang masakan... kat intenet melambak info, buku or majalah masakan jangan cakap la..macam2 resepi ada, tapi aku lebih suka bertanya kat orang. coz senang nak paham.tapi tu style aku la..macam masakan jugak...lain orang lain rasanya...tul tak??/


macam semalam...kat tempat opis aku keje... ada wat gotong royong memasak...masak apa?? apa kata korang teka ngan tengok bahan2 untuk masakan tu...







dah teka???
okla...ini la jawapannya...

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O


BUBUR LAMBOK...my favorite porridge...nyum2

Tuesday, August 24, 2010

Kenangan DiBulan Ramadhan : Part3 ( Akhir )

bila masuk je minggu terakhir puasa..aku ngan adik beradik aku akan memasang pelita kat depan umah kitorang. dah nama je tujur likur..so tak meriah la kalau tak pasang pelita ni...tol tak?? selalunya abg aku la yang akan mencari kayu dan memacakkan kayu2 tu untuk dijadikan tempat letak pelita2 ni...
manakala tugas aku ngan adik2 aku, memasang sumbu kat pelita ngan mengisi minyak gas...

bila pas berbuka..kitorang terus nyalakan pelita2 tu... bila tengok pelita2 tu menyala, semangat nak raya ni makin bertambah2...yer la...budak2 lagikan.. mestila exited.
aktiviti bermain bunga api ngan mercun menjadi agenda utama kami sepanjang minggu terakhir puasa...so sambil2 main bunga api...mesti kitorang nyanyi lagu2 raya yang kami tahu...tapi selalunya lagu raya biduanita Saloma yang paling kerap kami nyanyikan...



diminggu2 terakhir ni jugak la aku sekeluarga dah sibuk wat persiapan raya...yang paling penting dan mesti disiapkan adalah KUIH RAYA...hahaha
orang dulu jarang wat 'KUIH TUNJUK' macam orang sekarang...
masa dulu bole kata majoriti kuih raya dibuat sendiri...kadang2 pening mak aku memikirkan kuih apa lagi yang hendaj dibuat... tapi selalunya yang wajib ada setiap kali hari raya, macam rempeyik, tat nanas, mazola, dan kueh dam. ada lagi 2-3 jenis yang aku lupa apa nama kuih tu...hehehe

walaupun aku rajin gak tolong mak aku wat kuih raya ni...tapi aku rajin gak melantak kuih2 raya tu...mana tak nya..kalau yang dibuat tu kuih raya kegemaran aku...tat nanas.even sampai sekarang pun aku tetap suka tat nanas..kalau korang kasi sebalang pun aku leh habis kan...hahhaaa



kalau korang nak tau, kat kampung aku masih lagi mengamalkan amalan bertukar juadah sesama jiran tetangga, saudara mara mahupun rakan taulan. al-maklum la.. kat sini leh kata kebanyakkan nya berdarah jawa. termasuk jugak aku...hehehe
kalau sebelum ni amalan bertukar juadah pada bulan ramadhan dilakukan pada minggu terakhir puasa.. tapi sejak kebelakangan ni ramai yang melakukannya apa awal bulan puasa...
bukan apa , kalau dah masuk minggu akhir puasa.. banyak persiapan lain yang mereka nak kene buat.. so kiranya dah susun jadual la ni...

bertukar juadah atau dalam bahasa jawanya 'punjungan'..selalunya dalam bentuk makanan hari raya.contohnya ketupat, lontong, lemang, kuah kacang, rendang, kuah lodeh, dan bermacam2 lagi..
tapi family aku suka wat punjungan ni time nak dekat2 raya...selalunya dalam sehari sebelum raya. bukan apa... masakan tu leh dimakan tuk keesokkan harinya, iaitu hari raya..hehehe


kalau korang nak tau, masa kecik2 lagi aku dah diajar oleh famili aku untuk membuat pelbagai jenis kelongsong ketupat... macam ketupat katak, ketupat palas, ketupat bawang , dan lain2 lagi.
dan boleh kata semua ahli keluarga aku memang tahu buat benda alah ni.
masa dulu siap lawan ngan adik beradik sapa yang boleh siapkan banyak kelongsong ketupat.



bila semua punjungan dah siap dimasak dan dibungkus.. kami adik beradik akan ditugaskan untuk menghantar nya pula ke destinasi yang tertentu. selalunya ada 3 bahagian. yang pertama tempat yang paling jauh...yang kedua tempat yang separa jauh...dan yang ketiga tempat yang dekat sangat. haa..lebih kurang camtu la..
untuk tempat yang jauh dan separa jauh.. tu kene naik motosikal la untuk kesana..tapi kalau yang umah yang dekat tu...sedara mara yang dok sebelah2 rumah je.so jalan kaki je...
jgn tak tahu... aku dah boleh bawak moto sejak usia aku darjah 4 lagi. so tugas aku la yang akan menghantar punjungan ni ke tempat yang jauh sikit...
kadang2 tu aku dah dapat dah duit raya time hantar punjungan ni. tu yang best tu ...heheh



seperti mana yang aku dah bagitau sebelum ni...adik beradik aku ramai...so selalunya sehari sebelum nak raya diorang baru balik ke kampung. terutama kakak2 dan abang2 aku...so kemeriahan dah mula terasa...sebab rumah dah riuh rendah.

aktiviti last yang wajib dan kitorang wat time bulan Ramadhan ni adalah menghias rumah. bukan mengemas rumah ye..mengemas rumah awal2 lagi dah buat..
menghias rumah ni macam pasang langsir... tukar sarung kusyen.. gantung kad raya.. dan juga hiasan2 bunga. best bila tengok hiasan rumah menjadi lain daripada hari2 biasa. asktiviti ni selalu nya kitorang wat waktu malam raya.



dan sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, moment yang aku paling suka bila mununggu pengumuman raya.. mcam biasa..walaupun kami yakin esok akan raya..tapi kamiorang akan menunggu penuh debaran waktu penguman tu diumumkan. tapi kan..penah terjadi petang sebelum pengumuman raya..area tempat aku black out, membawa sampai ke malam..jadi terpaksa tanya2 sedara mara kat sebelah umah untuk mendapatkan kepastian tarikh raya yang sebenar...memang nostalgia...



jadi itu lah serba sedikit kenangan aku dibulan Ramadhan sewaktu aku kecil...memang banyak perubahan yang berlaku waktu dulu dan sekarang..tapi aku bersyukur ke hadrat Ilahi..kerana aku masih dipertemukan dengan bulan yang penuh barakah dan kesyukuran ni...
aku juga yakin korang pun tentu punya banyak kenangan waktu kecil, sewaktu bulan Ramadan yang korang tak dapat lupakan kan...





Sunday, August 22, 2010

Kenangan DiBulan Ramadhan Part2

lupa nak bagitau...masa tengah moreh ni...budak2 muda akan mainkan gendang a.k.a beduk(betol ke nama benda alah ni...)....dimainkan secara bergilir2 dan itu menandakan solat tarawikh telah selesai pada hari tersebut...dan juga dimainkan supaya orang berjaga malam...untuk beribadat...ye la...kadang2 sampai ke tengah malam diorang balun beduk tu....

ada jugak budak2 muda mahupun yang sebaya aku yang akan tido di masjid selepas orang lain dah balik...konon2 nya subuh nanti leh terus sembahyang berjemaah kat masjid....kalau time 7 likur..kononnya nak tngok malam Lailatul Qadar...konon nya la....
tapi mak bapak aku time tu mana la bagi aku tido kat masjid...famili aku kira tegas sikit...mana kasi anak2 nya campur ngan budak2 yang tak tentu hala...katanya la..

tu citer time apa yang berlaku masa tarawikh...pasni aku nak citer lak pasal BERBUKA....yezza...suka la tu...bab2 berbuka ni...
mana tak suka kan...time ni la segala jenis juadah leh dilihat di atas meja makan...
adik beradik aku kan ramai...jadi paham2 je la... nasi ngan lauk tu mesti la ada....kueh2 mueh mesti dalam 3 atau 4 jenis....air lak mesti ada air tebu atau soya....tu belom lagi orang yang hantar 'punjungan'....bahasa jawa da...ala orang yang bagi makanan macam ketupat ngan rendang kat sedara mara...nak2 lagi sedara mara ramai...jadi kadang2 tu satu hari sampai 3-4 punjungan dari diorang...so bayangkan la penuh meja tu dengan makanan....




kalau hari minggu atau lepas aku balik dari sekolah...sementara menunggu waktu berbuka...arwah bapak aku suka bawak kitorang jalan2 naik motosikal keliling kampung...ini bertujuan tuk menjadikan kami hepi dan tak pikir pasal lapar....mana tak nya...kalau dok umah... asyik mengadap meja makan...pastu mengeluh pasal lapar...so best gak la kalau jalan2 keliling kampung ni...pastu singgah jap kat bazaar Ramadhan...leh pilih makanan yang kitorang nak...time tu kecik lagi...jadi kalau dapat ayam goreng pun dah cukup dah...



selain tu... makanan yang aku paling suka masa nak berbuka... BUBUR... tak kisah la...bubuk lambok ke...bubur caca ke...bubur jagung ke...janji bubur... kadang2 kalau waktu sahur aku takde mood nak makan nasi ke apa...aku makan bubur je la...

sebut pasal bersahur...masa kecik2 macam biasa la...liat sungguh nak bangun sahur...

kadang2 famili aku kejut dah supaya aku bangun...tapi aku duduk jap...pastu tumbang balik.... ngantuk...

penah tu aku tak sedar langsung yang aku dah bangun...pegi toilet..pastu makan sahur ngan famili....kiranya aku masih mamai la time tu....tau2 esok pagi aku siap tanya mak aku...kenapa tak kejut aku sahur....
mak aku siap sound yang aku makan dengan sedap nya waktu sahur tu...tapi aku langsung tak sedar!!hehehe



kita tolak tepi bab2 makan ni...kita borak lak pasal main bunga api dan mercun....huhu

walaupun kita tau yang skarang ni banyak mercun yang dah diharamkan...tapi zaman aku dulu...benda tu masih ok lagi....takde hal punya...

aku ngan adik beradik aku...pastu sedara2 aku yang dok dekat2 umah...kitorang akan main bunga api lepas berbuka mahupun lepas bersahur...

mercun hanya dimainkan oleh sedara2 aku yg dah besar sikit...so kitorang tengok je la....paling best bila lepas berbuka...mesti time tu akan kedengaran seperti berlakunya 'perang saudara'...mana taknya...bila orang sini kabooom...orang ssebelah nun lak keboooooommmmm...hahaha...paham2 je la..




BERSAMBUNG....



Friday, August 20, 2010

Kenangan DiBulan Ramadhan Part1

Zaman Kanak2 Ribena

tentu ramai diantara kita banyak kenangan yang tak dapat dilupakan sewaktu bulan puasa@ Ramadhan ini...camtu gak ngn aku...lagi2 time zaman2 kanak2....belum baligh org kata...hahaha
tak kisah la samaada ianya kenangan pahit atau manis...yang penting ia tetap bermakna kat kita..ia la...bila dikenang2 atau ingat2 balik...lucu pun ada...sedih pun ada...geram...dan macam2 lagi perasaan...

seingat aku... aku mula berpuasa sejak aku kecik lagi...mungkin dalam usia aku 3 atau 4 tahun...yup... time tu parent aku dah ajar aku puasa... lagipun time tu aku dah masuk kelas tadika... awal kan aku masuk tadika...hehe...tu nanti2 aku citer kenapa aku leh masuk awal ke kelas tadika...

kita citer dulu time nak dengar pengumuman untuk berpuasa....time tu antara moment yang tak leh aku lupa...ye la...time tu la ahli keluarga yang ada kat umah akan berkumpul dan dok kat depan tv...untuk menunggu pengumuman tarikh puasa...masing2 siap dengan tekaan bila tarikh mula puasa...hehehe...
bila pengumuman dah dibuat...bersorak sakan la kami orang bila tarikh yang kami teka tu betul...hahah...biasa la...hepi la katakan...nak puasa...

cam biasa...bila dah esoknya nak puasa...mesti la malam tu gak akan diadakan solat tarawikh...aku pun tak terkecuali...tapi time tu takla pikir best nak solat tarawikh...tapi best sebab dapat jumpa kawan2 n dapat main kat area masjid waktu malam...hari lain tak dapat beb...
bila kat masjid ni... memang la mula2 je sembahyang tarawikh...tapi bila dah budak2 yang lain satu2 dok cabut g main kat luar...aku pun ikut la jugak....hehehe
lagipun kalau kitorang bising kat dalam masjid...mesti kene marah ngan orang masjid...so sebab tu kitorang main kat luar masjid...
time tu best sebab kitorang leh main2 sesama sendiri walaupun beza umur masing2 berlainan....dari umur semuda aku...sampai la yang berusia 12 tahun...kiranya takde puak2 la...

permainan yang paling kerap kamiorang main ialah main sorok2...haa...waktu malam...baru la best main sorok2 ni...banyak tempat gelap...lagi pulak masjid kat kampung aku ni dekat dengan sekolah agama...lagi la banyak port nak menyorok...
banyangkan la...main sorok2 dalam 20 orang...mau jenuh nak cari...penah tu satu hari...aku orang last yang diorang tak jumpa lagi...kiranya baik punya sorok la...last2 bila aku nak sentuh orang yang tengah cari tu...dia dapat sebut nama aku dulu....hahaha...

macam2 benda gak yang kami buat selain main sorok2 ni...main kejar2...naik menara masjid...main baling selipar...kacau kawan tido pun ada...macam2 kan...
then bila orang dah abih sembahyang tarawikh...time ni la yang ditunggu2...apa lagi...moreh la...ala... hidangan kueh mueh dan air yang dihidang dalam talam untuk menjamu jemaah masjid...tapi moreh ni best time2 awal puasa je...coz time ni la macam2 kueh ada...sedap2 pulak tu...tapi kalau dah masuk minggu2 akhir puasa...kadang2 ada orang bawak biskut je...takpun pisang...mana tak nya...time ni la semua sibuk buat persiapan untuk hari raya...



BERSAMBUNG.....

Sunday, August 15, 2010

Bazaar Ramadhan 2010 @ Kem Penrissen, Kuching Part 2

semalam kita dah tngok antara makanan2 yang ada kat bazaar ni kan...kali ni jom kita skodeng gelagat2 orang ramai yang ada kat sini...jom!!



o



o



o



o



o



o





aku suka bila tngok satu famili datang tuk beli juadah berbuka...tapi mcam ini lah juga yang akan terjadi kalau rambang mata atau tak tau nak beli apa....ye la...nafsu makan tengah membuak2...kalau boleh semua nak dibeli...hehehe

bazaar ramadhan 2010 slalunya mcam ni la yang akan terjadi kalau bila dah masuk bazaar ramadhan ni...nampak kuih tu sedap nak beli...tengok duit ada lagi dalam wallet..beli lagi mana yang patut..last2 bila berbuka...minum air pun dah kenyang....tul tak??
sebab tu aku kalau nak pegi bazaar ramadhan..atau pasar malam, mahupun pasaraya...aku akan bawak duit cukup2 je...or kalau kurang lagi bagus...jadi kalau sapa2 yang nak berjimat2 tu...elak2kan la masuk tempat2 camni kalau tengah lapar...sebab time ni la nafsu makan tu nak macam2...nak itu la...nak ini la...tapi klau korang memang kaki makan..tu lain cite la...hahahah


bazaar ramadhan 2010 time ni la jugak nak melatih anak2 untuk belajar berniaga...teringat la masa aku kecik2 dulu...slalu gak tolong mak aku berniaga kat kantin skolah...so slalu gak la jadi bendahari...pegang duit...



aku sebenarnya nak amik gambar 2 orang mamat yang merangkap kawan aku...heheh...tapi bila aku belek2 balik gambar aku...baru aku perasan ada adik kecil yang comel sedang mentertawakan aku...mungkin dia ingat aku nak amik gambar dia kot...sebab tu dia gelak2...heheh..




ala bang relaks la bang...bila buat bisnes ni...mesti la ada untung rugi...kalau taknak rugi...promotion kena bagus...jgan la abg dok camtu je...kena la panggil2 customer...happenning sikit...




ayam percik pantai timur mari.....






berniaga2 gak...solat usah dilupa walau dimana anda berada....





akak baju merah : (dalam hati) fullamak...muka abg tu sejibik macam fahrin ahmad daaaa...kalau dia datang gerai aku...mau aku kasi kueh free...
abg baju putih : (dalam hati) aku tau la muka aku ala2 sepupu fahrin ahmad je...tapi kalau ye pun ko hulur la dulu kueh tu...aku nak pegi bazaar lain lak..





"... mari3...beli soya yang mak saya buat...kalau tak sedap buat2 je sedap...hahahahah..."




ni mesti kes dah malas nak bergerak dah ni...penat ye dik???



Saturday, August 14, 2010

Bazaar Ramadhan 2010@ Kem Penrissen, Kuching Part 1



apa yang best nya bulan Ramadhan ni...salah satunya bila kita pegi ke bazaar ramadhan...
yup..tak kisah la bazaar tu berskala kecil mahupun besar...time ni la nak jumpa makanan yang pelik2 nama nya....atau yang tak selalu ada...maknanya kita just leh jumpa kalau time ramadhan je...bukan hari lain takde..tapi jarang2 nak ada...


aku suka pegi bazaar, sebab nak tengok juadah yang ada...takla excited sangat nak beli....coz tak tentu nya sedap!!huhu
yup...banyak dah kes yang aku jumpa...kueh nampak menarik...meletoppp...tapi bila makan..ya ampun...takde rasa...tau la time puasa...tapi takkan la tak dapat nak budget2 bila nak letak gula atau garam kat makanan tu...tul tak???


ada satu lagi kes jenis peniaga yang suka recycle makanan...ni jenis yang nak kaut untung je...ye la...bila banyak makanan yang dijual tak abih...takkan dia nak buang or bagi kat orang kan...mesti la dia rugi nanti...so cara paling senang memaksimumkan untung...ada antara peniaga ni recycle balik makanan tu untuk keesokkan hari...maknanya ada yang di goreng balik atau mereka ubah menjadi menu lain...so bila pembeli membeli makanan tu...mesti la makanan tu ada antaranya dah naik BAS( istilah yang mak aku selalu guna)...dalam lain perkataan...basi...

so nasihat aku kat peniaga2 ni...jangan la disebab kan nak untung lebih.... kualiti makanan semua diabaikan...cuba kalau terkena kat batang hidung sendiri...apa rasanya....ermmmm...sendiri mau ingat....

k la...citer banyak pun tak guna...jom kita mulakan jelajah Bazaar Ramadhan 2010 kita kat Kem Penrissen, Kuching. apa yang ada kat sini ye?? ermm...apa yang aku amati... takde la yang best sangat kat sini..biasa2 je menu dia...lagipun kecik je bazaar kat sini...cuma orang kata kat sini ramai peniaga dari kalangan orang malaya...orang semenanjung la...so jom kita jalan2...

ni bukan la 1st time aku masuk kem ni....tapi 1st time masuk untuk pegi ke bazaar kat sini...
so kalau nak masuk kene amik pas kat pintu depan...tapi jangan risau...takde banyak karenah...just bagi kad pengenalan..pastu diorang akan kasi pas masuk...





macam yang aku cakap tadi...makanan kat sini rasanya tak jauh beza ngan hari2 biasa...tapi aku suka tengok aneka jenis warna air yang makcik ngn anak dia jual..colourful sungguh...suka aku tngok....hehe







ayam percik ngan ikan keli antara menu fovorite aku...walaupun aku jarang makan makanan ni...tapi setiap kali tengok menu ni...akan buat aku terliur...fuhhh...sabar2...










air tebu?? tu jgn citer la...kalau korang kasi 3 jag pun aku leh abihkan sorang...hahaha
takde la mcam tu skali...tu dah tahap kebulur...
tapi bagi aku... air tebu ni antara air kegemaran aku gak...teringat dulu masa aku kecik2..slalu makan tebu yang ada kat depan umah...semalam aku berbuka pun minum air tebu gak...hehe





kebab...nyum2...



susah nak dapatkan popia yang inti nya sedap dan kuahnya lazat...ermm..


air-air zaman skarang semua berwarna-warni...mcam2 warna ada....





BERSAMBUNG....


Friday, August 13, 2010

ADAB BERPUASA DAN SOLAT TERAWIH

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Thursday, August 12, 2010

PUASA DAN KEPENTINGANNYA DARI SUDUT KESIHATAN

Dalam Bahasa Arab puasa atau saum bermakna menahan diri daripada melakukan sesuatu. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, ?Maka katakanlah (wahai Maryam), sesungguhnya aku sudah bernazar berpuasa untuk Tuhan yang maha pemurah. Maka aku tidak akan sekali-kali berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.? (Maryam: 26).

Apa yang dimaksudkan oleh Maryam disini ialah dia menahan dirinya daripada bercakap. Dari segi syarak, puasa beerti menahan diri daripada melakukan sesuatu yang membatalkan puasa sejak dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari dengan niat tertentu. Hal ini diingatkan di dalam Al-Quran, maksudnya: ?wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu,mudah-mudahan kamu bertakwa.? (Al-Baqarah: 183)

Puasa adalah suatu ibadah yang telah lama dilakukan oeh umat manusia sebelum Islam. Ia adalah sejenis amalan yang umum (universal) dimana puasa merupakan ajaran semua agama , baik yang samawi seperti Yahudi dan Nasrani mahupun yang tabi?i seperti Hindu dan Budha. Perbezaannya terletak pada niatnya,sebabnya,serta cara perlaksanaannya. Ada yang berpuasa daripada memakan daging,telur,ikan susu dan sebagainya.

Namun semua situasi ini adalah jauh berbeza dengan puasa yang difardhukan ke atas umat Islam di mana puasa adalah satu ibadah yang tertera dalam Rukun Islam yang lima. Kita berpuasa bukan memperingati sesuatu peristiwa atau berpantang daripada satu-satu jenis makanan dan bukan pula kerana nazar yang tidak disyariatkan. Allah mensyariatkan puasa dengan tujuan untuk melatih hamba-Nya sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran maksudnya: ? Mudah-mudahan kamu bertakwa? (al-Baqarah: 183.) Demikian pula Allah telah memberikan ganjaran yang besar kepada umatnya yang berpuasa sebagaimana yang disebutkan di dalam sebuah hadis Qudsi yang maksudnya : ? Setiap amalan Bani Adam itu adalah untuknya melaainkan puasa. Ia adalah untuk-Ku dan akulah yang akan membalasnya?. (Abu Hurairah) Dalam hal ini Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya mengatakan bahawa ?puasa sebenarnya adalah merupakan (komunikasi) rahsia diantara hamba dengan Tuhan-Nya.?

Kepentingan Puasa Dari Aspek Kesihatan:
Lumrahnya kita kurang faham tentang tatacara puasa yang boleh mendatangkan faedah kepada kesihatan kerana terlalu biasa dengan cara tertentu yang menjadi budaya masyarakat. Amalan puasa yang diwarisi sejak turun-temurun ini bukan sahaja tidak memenuhi kaifiat puasa,malah ianya akan mengurangkan pahala puasa dan boleh mendatangkan mudharat kepada orang yang berbuat demikian.
Umumnya dalam keadana tidak berpuasa, banyak tenaga digunakan untuk proses menghadaman makanan. Pada masa yang sama, proses metabolisma dalam sel-sel sentiasa berjalan selagi kita makan dan minum. Sel-sel badan ini berfungsi memproses bahan makanan untuk digunakan oleh sel dan badan. Semasa menjalankan proses ini, bahan buangan turut dihasilkan dan is perlu dikeluarkan dari sel. Jika sel-sel badan terlalu sibuk memproses makanan yang diterima, proses buangan ini akan menjadi kurang efisyen.

Pada kebiasaannya, pergerakan zat makanan (dan toksin) adalah kearah lemak dan daging. Oleh itu, makanan yang diambil dengan kuantiti yang melebihi keperluan badan akan menyebabkan terkumpunya bahan-bahan simpanan yang disimpan sebagai lemak. Di samping itu, jika fungsi perkumuhan bahan buangan kurang efisyen, maka toksin yang wujud pun akan tersimpan didalam lemak. Oleh itu sewaktu kita tidak benpuasa (dan tidak pula melakukan senaman), proses membakaran lemak akan menjadi tidak efisyen. Maka secara tidak langsung proses pembuangan toksin juga turut akan tergendala. Ini adalah kerana lemak dalam badan hanya menjadi tenaga yang tersimpan dan hanya akan digunakan jika bahan bakar biasa yang terhasil dari karbohidrat tidak mencukupi. Jika proses perkumuhan sentiasa dalam keadan tidak efisyen, lama-kelamaan sel-sel badan akan berfungsi dengan tidak optima kerana proses pembuangan tergendala. Ini akan menyebabkan sistem-sistem lain dalam badan seperti sistem penghadaman dan lain-lain akan turut tergendala. Akibat dari gangguan berbagai sistem ini, kita akan mengalami gejala gangguan kesihatan seperti lenguh-lenguh badan,cepat letih, mudah demam dan berbagai ?bagai penyakit lain.

Berlainan pula semasa berpuasa, aktiviti memproses makanan akan berkurangan (atau berhenti bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan ) tetapi proses perkumuhan atau pembuangan masih tetap berjalan. Oleh kerana sel badan dapat memberi tumpuan kepada proses pembuangan bahan buangan dan toksin, proses ini dapat berjalan dengan lebih efisyen. Dalam keadaan ini juga, badan kita akan mengalihkan sumber tenaga dari glukosa kepada lemak yang tersimpan. Pembakaran lemak ini akan mengeluarkan toksin dari sel dan seterusnya dapat dibuang keluar.

Bagi proses perkumuhan ini, hati dan buah pinggang memberi lebih tumpuan kepada pembuangan toksin dan bahan buangan lain kerana dapat berehat dari memproses bahan makanan. Pada masa yang sama, darah (bersama oksigen dan bahan buangan dari sel-sel) dapat mengalir ke otak dan organ-organ lain. Perlu dinyatakan bahawa proses pembuangan toksin dari badan yang berlaku semasa berpuasa tidak akan dapat dilakukan dengan baik jika seseorang itu mengalami sembelit (susah membuang air besar) Usus besar adalah organ utama badan. Organ perkumuhan lain adalah termasuk hati, ginjal, paru-paru dan kulit. Jika seseorang itu mengalami kekurangan air di dalam badan, buag pinggang akan menjadi kurang efisyen. Oleh itu semasa berpuasa, usus besar dan buah pinggang harus dijaga dengan baik supaya berupaya menjalankan proses perkumuhan yang akan membersihkan badan dan memulihkan fungsi sel secara optima. Proses pembuangan toksin dari dalam sel-sel badan terutama sel lemak akan menyebabkan penyaliran semula toksid ini ke saluran da
rah sebelum ia dapat keluar dari badan. Proses pengaliran toksin ini akan menimbulkan gejala-gejala yang sering berlaku pada awal puasa seperti :-
i. Sakit kepala ? ini berlaku kerana toksin yang terkumpul dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan.
ii. Lenguh-lenguh badan
iii. Lidah berdaki dan mulut berbau
iv. Kencing pekat dan berbau
v. Ceret-beret
vi. Letih lesu ? keadana ini berlaku diawal puasa kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan dalam badan dan masih mengharap tenaga daripada makanan luar. Maka gula didalam darah berada ditahap rendah dan badan terasa lemah longlai, walupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak yang mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan!

Berpuasa yang tidak berkesan untuk kesihatan.
Sebelum kita membincangkan cara-cara berpuasa yang berkesan, adalah kita memahami puasa yang tidak berkesan. Berikut adalah beberapa cara atau kebiasaan yang harus dijauhi supaya kita mendapat manfaat puasa sepenuhnya:
i. Makan terlalu banyak sama ada waktu sahur atau berbuka
ii. Memakan makanan yang pedas, berempah atau payah untuk dihadam
iii. Memakan terlalu banyak daging terutama mereka yang menghidap batu karang, gout, allergi (alahan)
iv. Kerap makan sepanjang malam
v. Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
vi. Tidur selepas makan (perut kenyang)
vii. Minum terlalu banyak kopi atau teh
Jika kita masih meneruskan amalan diatas, kita bukan sahaja kurang mendapat manfaat puasa,malah kita akan merasa letih dan juga mungkin juga akan mengalami berbagai masalah kesihatan akibat daripada amalan tersebut. Malangnya masih ramai orang yang berpuasa dengan cara sedemikian. Dr. Alan Cott menyatakan dalam bukunya ?Fasting: The Ultimate Diet?, ??Muslims fast religiously and unhealthily for a whole month. They eat and drink nothing during the day and gorge themselves at night.?

Kenyataan ini tidak boleh dinafikan memang ada kebenaranya. Oleh itu kita harus berusaha untuk membaikinya agar berjaya mendapatkan manfaat sepenuhnya dari amalan puasa kerana puasa yang berjaya akan membuatkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, kuat dan sihat.

Puasa yang sihat
Kunci bagi kejayaan yang berkesan ialah kawalan yang baik semasa berbuka dan bershur. Oleh itu semasa berbuka, eloklah memakan makanan yang mudah di hadam,mengandungi banyak serat dalam kadar yang sederhana. Amalan Rasulullah s.a.w memakan buah kurma (tamar) semasa berbuka adalah baik untuk kesihatan kerana tamar mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi disamping mengandungi asid amino ? diantaranya ialah triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Jangan makan terlalu banyak. Malah sewaktu berpuasa kita sepatutnya merebut peluang untuk berjimat cermat khususnya dalam hal perbelanjaan iaitu dengan mengawal kuantiti pengambilan makanan atau minuman agar tidak berlaku pembaziran tetapi bersederhana sama ada ketika berbuka atau makan sahur. Jika banyak juadah yang dihidang dari aneka jenis dan rasa, sudah tentu sukar untuk kita mengawal apa yang sudah ada di depan mata. Begitu juga dengan air minuman. Sediakan minuman dari bahan semulajadi serta elakkan menggunakan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Sebaliknya kita boleh menggunakan gula merah, madu lebah atau jus buah asli. Dalam hal ini, satu pertua yang baik diamalkan iaitu untuk mencuci usus dan menyenangkan pembuangan air besar ialah dengan meminum air yang dicampur dengan bunga kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur semasa berbuka. Cuba elakakan daripada mengambil minuman berupa kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jantung semasa berpuasa. Kafein juga sebenarnya memberi rangsangan kepada perut menyebabkan pengeluaran asid hidroklorik secara berlebihan dan ini boleh menyebabkan perut kita terasa pedih sehingga menyebabkan gastrik.
Kaedah puasa yang sihat juga adalah dengan mengurangkan memakan protein binatang semasa berbuka atau bersahur. Ini disebabkan protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah untuk dihadam. Ia juga adalah makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak lantaran keadaan ternakan dan cara ternakan yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan bahan kimia dan berbagai jenis racun termasuklah kuman, horman, antibiotik dan logam-logam berat, racun serangga dan sebagainya. Sebagai gantinya, banyakkanlah memakan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dhal, kacang soya, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain Walaupun protein di dalam sayur tidak lengkap, ia dapat diatasi dengan mempelbagaikan sayuran dan mencapurkan jenis yang dimakan di mana ini akan melengkapkan diantara satu sama lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...