Showing posts with label borak. Show all posts
Showing posts with label borak. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

DIARI RAMADHAN KU : PART1

Salam Ramadhan semua....

fuhh...tau2 kita dah tiba dipertengahan bulan Ramadhan...rasa sekejap je...tapi apa pun syukur Alhamdulillah coz kita still dipertemukan dibulan yang penuh keberkatan ini...

rasanya pada ramadhan kali ini...banyak target yang aku nak buat...dan alhamdulillah...banyak yang dah terlaksana...apa bendanya....biarla aku ngan Allah je yang tau...hehe

amal ibadah tu biasa la...semua orang akan cuba yang terbaik...tapi yang paling aku tekankan pada bulan puasa ni ialah aku berazam untuk turunkan berat badan!! hahahah

nampak macam takde benda kan...tapi actually pengalaman2 pada tahun yang lalu...time bulan puasa ni la aku naik berat badan....mungkin sebab tak jaga makan or banyak makan....

so disebabkan itu...pada tahun ni...aku kurangkan pegi ke bazaar ramadhan( sebab tu takde laporan untuk bazaar ramadhan tuk tahun ni...hehe)...kalau pegi pun akan beli apa yang hendak dimakan..disamping tu aku ada amalkan produk yang leh turunkan berat badan...

so far hasilnya dah menampakkan perubahan...yang mana sebelum puasa berat aku leh mencapai 75kg....bayangkan la...tapi setelah aku cuba satu produk ni untuk hari yang ke 4...berat aku dah turun ke 71kg!!

suka memang la suka...tapi target nak capai ke berat ideal iaitu 60kg...so doa2 la aku akan mencapai target yang susah aku nak capai...hehehe...

so masa raya nanti barula 'terletak' baju melayu yang aku pakai...tapi ini bukan semata2 untuk kelihana menarik...tapi bagi aku lebih kepada kesihatan...coz aku takut bila kita dah ke tahap obes...macam2 penyakit datang...so atas nasihat doktor dan juga kesedaran diri...aku banyakkan buat benda yang melibatkan kesihatan...lagi2 kalau usia kita makin meningkat...tul tak??

so bulan Ramadhan ni bukan saja bulan untuk kita melakukan amal ibadat...tapi ianya satu peluang untuk kita menjaga kesihatan...kalau tak sihat macamana nak buat amal ibadat..tul tak??
makan la secara ala kadar dan jgn terlalu mengikut hawa nafsu...

aku akan kongsi lagi pengalaman ku untuk pada minggu terakhir Ramadhan...dan adakah aku akan berjaya mencapai berat ideal??? tungguuuuu...



Tuesday, December 20, 2011

LURZAN'S MODEL : LM ISSUE #18


Sedar tak sedar, tahun 2011 akan melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi dan diharapkan tahun 2012 bakal memberikan kita sesuatu yang lebih baik dan hebat!!

Jadi untuk last issue untuk tahun ini, aku cukup bertuah kerana dapat menampilkan kembali 2 org finalist Model Look 2011 iaitu Nadya dan Honey..

Hajat dihati dah lama nak wat photoshoot bertemakan wanita yang bertudung...tapi masa tak mengizinkan dan belum jumpa model yang sesuai...tapi bila dapat tahu diorang ni dah mula mengenakan tudung, terus aku ajukan pelawaan dan diorang setuju tanpa banyak soal...

So far seronak dapat kembali bekerjasama dengan diorang, coz diorang masih lagi pandai bergaya dan beraksi di depan kamera walaupun kini sudah bertudung...sekali lagi ucapan terima kasih kepada Nadya dan Honey yang telah sudi bekerjasama untuk issue kali ini.

Sebelum mengundur diri, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong secara langsung mahupun tidak dalam aku mengharungi kerjaya sebagai perantau dinegeri orang...

Kepada  famili, tq atas dorongan yang diberikan selama ini...untuk rakan2 photographer, walaupun ada yang aku tak pernah jumpa dan diorang tak pernah kenal muka aku( aku penyegan orangnya..>_<) tq banyak2 atas kritikan mahupun nasihat yang diberikan...untuk client2 yang pernah menggunakan khidmat Lurzan Photography or Lurzan Makeup, tq coz mempercayai hasil kerja aku...kepada para talent dan model2 yang pernah bekerjasama ,tq gak aku ucapkan coz walaupun korang ada yang masih baru, tapi sanggup terima teguran dan tak jemu belajar benda baru...dan tak lupa juga kepada pembaca blog ni...hope korang dapat something dari penulisan or hasil kerja yang telah aku hasilkan...mungkin tak banyak, tapi sikit sebanyak diharap membantu.

So ampun maaf dipinta jika ada kekurangan or kesalahan sepanjang tahun 2011 ini...diharap kita berjumpa lagi di tahun 2012...Happy New Year 2012 and Happy Holiday...>_<










Monday, October 17, 2011

CAMERA : D90 AKU ROSAKKK??


khamis lepas ngah aku siap2 nak format kamera D90 aku...
aku terkejut, coz kamera aku takleh nak on!!
what happend??
dahla time tu nak shoot rombongan dari Kalimantan Barat nak wat lawatan ke sekolah2....


last2 dalam kekalutan tu aku terpaksa lupakan sekejap masalah kamera D90 aku tu....
trus aku balik umah n amik kamera D40 aku...
untuk pengetahuan korang, D40 aku ni ada problem fungus kat image sensor dia...
so gambar ada sikit 'kacau', lagi2 kalau amik gambar surface yang plain colour...
tapi nak taknak, kene guna gak...coz aku dah takde pilihan..better than nothing...


so malam bila aku dah balik keje...trus aku belek2 apa yang tak kene kat kamera aku...
lama gak la...cuak gak...dalam kepala hotak trus pikir, takkan nak beli kamera baru pulak...
tapi aku berharap yang problem tu datangnya dari bateri or charger bateri...


telahan aku tepat...coz baru tadi aku berkesempatan try guna bateri D90 kawan opis aku...
bila tngok D90 aku menyala balik...happpy sangat...syukurr...
mungkin ada hikmah disebaliknya...
apa apa pun...aku tetap sanyang kat kedua2 kamera aku ni...
coz kamera2 ni dah banyak berjasa kat aku...:)

Tuesday, May 31, 2011

JOM BORAK : SINDIRAN vs GALAKAN

" Wahhhh...cantiknya kau hari ni...slalu selekeh je...ko cucuk ke?? "
" Sedap giler suara ko...lagi sedap kalau tak nyanyi...hahahaha.. "

Mesti korang penah alami situasi2 berdepan dengan kata2 sindiran seperti diatas. Mungkin kalau ianya datang dari mulut orang yang rapat dengan kita, takla kita ralat sangat...sebab kita anggap ianya sebagai satu gurauan. Tapi kalau dari orang sekeliling? teman sekerja?

Aku tak tau situasi ni kat tempat lain...tapi kita tak payah pegi jauh2...disekeliling kita, benda ni dah menjadi suatu kebiasaan...tapi mesti la ada suatu ketika kita akan terasa juga walaupun ianya suatu yang dianggap gurauan...

Jarang kita dengar kata2 galakan, apabila kita hendak memulakan sesuatu perkara yang diluar kebiasaan kita..contohnya...kita hendak membuka bisnes, pasti akan ada kata sindirin seperti " boleh laku ke?? "  atau  " kita tengok la...lepas 3 bulan gerenti tutup kedai la..."
tu  baru nak mulakan sesuatu perkara...cuba kalau dah berjaya pulak..pasti akan ada kata2 sindirin seperti... " mana tak maju bisnes.. dia pakai pelaris..."  atau " kalau tak bapak dia kaya..jangan harap dia nak maju macam tu..."

Tapi bagi aku...kadang kala kata2 sindiran ini la yang membuatkan aku lagi kuat untuk berazam dan tunjukkan yang kita mampu untuk lakukan dan seterusnya menggapai apa yang kita usahakan itu... kenapa aku cakap macam tu... coz pengalaman ni penah berlaku kat sesetengah orang waima aku sendiri...

kisah ni dah lama dah... time aku blaja kat UiTM lagi... sebagai student foto, mesti la kitorang mencari peluang untuk memasuki pertandingan2 fotografi yang ada... kebetulan ada satu pertandingan mengambil gambar masjid... aku pun masuk la...dalam aku tak mengharap apa2...aku menang tempat ketiga... tapi bila aku bagitau kat kawan2...ada la suara2 sindiran yang berbunyi seperti ... " mana tak dapat nombor 3...dah 3 orang je yang masuk...hahahaha"

time tu walaupun bagi diorang itu adalah lawak...dan aku turut gelak bersama... tapi jauh kat dalam hati aku..aku anggap itu satu cabaran....yes memang aku akui yang pertandingan tu tak berskala besar dan hadiah yang aku terima pun tak banyak...tapi aku anggap ianya sebegai satu permulaan dan mengaplikasikan apa yang telah aku pelajari semasa dalam kelas....

beberapa bulan kemudian, aku try masuk satu lagi pertandingan fotografi. dengan promosi meluas di media2 cetak..aku kira ianya agak besar skalanya..dan tak mustahil penyertaan agak ramai...kerana ianya melibatkan Putrajaya sebagai tema utama...walaupun ada tiga kategori...tapi aku tak mengharapkan apa2..coz aku tau penyertaan yang banyak , dan student2 foto fakulti aku pun ramai yang menghantar penyertaan..

tapi mungkin masa aku ambil gambar untuk penyertaan kali ini, hati aku amat membara untuk membuktikan kat kawan2 sekelas aku, yang aku mampu layak mendapat hadiah bukan kerana penyetaan ada 3 org.....dipendekkan cerita...mungkin dah rezki Allah nak kasi kat aku...aku dapat tempat pertama dalam salah satu kategori yang dipertandingkan..siap masuk paper lagi... time tu kawan aku yang dok perli2 aku tu dah tak berbunyi dah...

so moral kat sini...kita mungkin tak leh mengharapkan orang untuk memberikan kata2 galakan, dan kita juga tak mampu untuk menghentikan kata2 sindiran orang sekeliling... tapi perkuatkan la diri kita dengan mengambil segala kata2 sindiran itu sebagai satu motivasi untuk lebih berjaya dan membuktikan yang kita mampu dan boleh melakukannya...

Wassalam...

Monday, May 9, 2011

SELAMAT HARI IBU

Rasa nya tak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di seluruh negara terutamanya kepada my mom...puan sri Saemah Binti Sichus...


tentunya banyak jasa ibu2 kita yang mungkin tak terbalas oleh kita...peranan dan pengorbanan mereka amat besar...macam mak aku...kalau arwah bapa aku banyak mengajar aku erti berdikari, mak aku lak banyak mengajar aku erti kelangsungan hidup...dalam erti kata lain..menentukan hala tuju hidup dan juga cara mencari rezki...

sedari kecil lagi memang mak aku dah ajar aku macam mana nak cari duit dengan berniaga kecil kecilan di sekolah...daripada makanan ringan, aiskrim, kad raya, malahan penah juga aku buat komik dengan gunakan kertas A4, then aku fotostat banyak2..ada gak yang beli....heheeh

bila ingat balik memang lucu...bila dah abih blaja lak..macam2 keje aku penah try...daripada keje kilang, promoter bahasa, jual buah, kedai makanan segera...dan macam2 lagi...tapi mak aku tak bising...mungkin dia tau waktu2 ni la kita nak tau keje apa yang sesuai dengan kita...even masa aku dapat kerja kat sarawak ni pun dia tak banyak soal, coz mungkin aku ni anak laki..jadi dia tau yang aku pandai jaga diri kat tempat orang..coz sebelum ni pun aku dah biasa merantau keje kat negeri2 lain...

Kalau ikutkan tak terbalas jasa yang telah ibu kita curahkan...bukan kebendaan yang mereka harapkan, selalunya perhatian yang diinginkan, serta kasih sayang anak2... so kepada yang masih lagi punya ibu...jaga lah mereka sebaiknya...jangan bila dah tiada baru kita menyesal... dan kepada yang terdetik untuk menyerahkan ibu bapa kat rumah orang2 tua...atau lebih teruk menghalau ibu bapa, fikir lah...apa perasaan kita jika anak2 kita pula yang sanggup buat macam tu?? tak mustahil anak2 kita akan buat apa yang pernah kita lakukan...
jika kita dikurniakan ibu bapa yang 'bermasaalah' terima lah mereka seadanya, dah banyakkan berdoa agar mereka diberi petunjuk oleh Nya...

so sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu....:)

Wednesday, May 4, 2011

MINGGU YANG BUSY

Minggu ni agak busy sikit ngan persediaan untuk Hari Guru peringkat Kebangsaan....kebetulan Sarawak menjadi tuan rumah untuk Hari Guru Kebangsaan tahun 2011...
aku ngan beberapa orang opis aku dipertanggung jawabkan untuk menyediakan video bergambar untuk beberapa segment semasa Hari Guru nanti...


itu belum ditambah lagi dengan persediaan bahan tuk Hari Guru peringkat negeri lak..
tapi yang penting aku bukan seorang guru...jangan lak disebab kan aku terlibat ngan hari2 guru ni, korang ingat aku ni cikgu...aku cuma salah sorang yang melaksanakan program je..


walaupun sibuk..terkejar sana, terkejar sini..tapi rasa berbaloi bila hasilnya dipertontonkan nanti..harap2 memuaskan hati..selagi belum berakhirnya majlis ni...selagi tu la rasa tak senang duduk...
harap2 semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan...Amin...

Tuesday, March 22, 2011

TERIMA KASIH

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang wish masa bday aku yang ke 18 aritu...heheh...18 la sangat la kan....walaupun aku tak sambut sangat..tapi ingatan daripada ahli keluarga, rakan2, mahupun orang2 yang aku sayang dah cukup buat aku...

harapan aku hanya lah agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu kerja, kehidupan sosial, kewangan dan juga kesihatan aku...so doa2 kan la k....

sampai jumpa lagi...~

Monday, November 29, 2010

MINGGU YANG SIBUK

Minggu ni agak sibuk buat aku...

sebab aku kene pergi ke tempat2 yang jauh...

aku baru je abih bagi talk pasal fotografi untuk peserta kursus yang terdiri daripada staff2 dibawah jabatan tempat aku bekerja untuk seluruh sarawak...

puas hati gak...coz ada sesetengah peserta kursus yang sebelum ini tak tau sangat pasal fotografi...dah tau serba sedikit...

biasa la...tak semestinya bila dah masuk sesuatu kursus..boleh pandai terus...

semua ni kene disusuli usaha yang lebih dan keinginan yang tinggi untuk terus belajar...

lagi2 fotografi...teori je tak cukup...kene dimantapkan dengan praktikal....baru leh cepat paham...

sebab tu aku banyakkan praktikal untuk setiap peserta kursus...



ari jumaat aritu aku terbang lak ke Jb...

kat area Kota Tinggi...

kene cover wedding kawan aku yang juga seorang fotografer top kat jb...huhu

then isnin ni nak kene g Kl lak...

ada exam....

dan mungkin ari rabu baru aku balik ke Kuching...

so sebab tu tak sempat nak update blog....

so see u soon guys...

Tuesday, November 16, 2010

JOM SEMBANG : MENINGGI DIRI..PERLU KE??


Sifat buruk ni aku rasa banyak menular kat sesapa saja yang rasa dirinya dah cukup bagus dalam bidang yang dia ceburi.

even dikalangan fotografer sendiri pun ada yang bersikap camtu...tak semua...tapi segelintir...

tapi apa yang aku perhatikan...mereka yang bersikap camni selalunya boleh dianggap dah berjaya dalam bidang yang diceburi ataupun orang lama dalam sesuatu bidang...

tapi ada gak yang baru nak naik tapi berlagak tak ingat....

kalau kita rasa kita lebih pandai dari orang lain atau lebih hebat dari orang lain...kita kena ingat..kat luar sana ada orang lagi pandai dan hebat dari kita...

jadi tak perlu la ada sifat meninggi diri...dan tak perlu la nak merendah-rendahkan orang lain yang kita rasa kurang ilmu daripada kita...

kita pun tau kan...apa yang kita ada semua ni adalah pinjaman daripada 'NYA'....

bila2 masa dia boleh tarik balik...

jadi kalau nak bagi sebarang statment atau nak tegur orang tu...biarla jangan sampai menjatuhkan maruah atau memalukan dia...

buat la secara profesional dan fikir sebelum cakap...tapi ramai yang cakap dulu baru fikir baik buruknya....

jangan la sampai orang sekeliling hilang rasa hormat kat kita diatas sifat buruk kita yang satu ni...

jadi sama2 la kita untuk saling hormat menghormati dan kikis sifat buruk yang ada pada kita...

hidup senang...hati pun senang...huhu

p/s : esok nak raya korban...sesapa yang buat open house tu...ajak2 la aku ye...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...