Setiap tahun, pada 16 Mei, kita akan menyambut hari yang amat bermakna buat para pendidik, iaitu perayaan Hari Guru. Seperti yang kita ketahui, banyak jasa guru2 kita dalam melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga cemerlang dalam hidup.
Dengan tema pada tahun ini, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, ianya bersesuaian dengan tugas guru yang menjadi antara tulang belakang terpenting dalam melahirkan anak bangsa yang bakal memimpin negara dimasa akan datang.
Walaupun tugas guru-guru kita semakin mencabar seiring dengan kemajuan teknologi, akan tetapi profession guru masih lagi relevan dalam mendidik anak bangsa.
Jadi dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru 2011 kepada semua para pendidik di seluruh negara, dengan harapan agar dapat mendidik anak bangsa dengan hati yang ikhlas dan penuh tanggung jawab.Semoga anak bangsa kita akan menjadi pewaris bangsa yang berilmu, berwawasan dan juga bertanggung jawab....
No comments:
Post a Comment