Tuesday, May 31, 2011

JOM BORAK : SINDIRAN vs GALAKAN

" Wahhhh...cantiknya kau hari ni...slalu selekeh je...ko cucuk ke?? "
" Sedap giler suara ko...lagi sedap kalau tak nyanyi...hahahaha.. "

Mesti korang penah alami situasi2 berdepan dengan kata2 sindiran seperti diatas. Mungkin kalau ianya datang dari mulut orang yang rapat dengan kita, takla kita ralat sangat...sebab kita anggap ianya sebagai satu gurauan. Tapi kalau dari orang sekeliling? teman sekerja?

Aku tak tau situasi ni kat tempat lain...tapi kita tak payah pegi jauh2...disekeliling kita, benda ni dah menjadi suatu kebiasaan...tapi mesti la ada suatu ketika kita akan terasa juga walaupun ianya suatu yang dianggap gurauan...

Jarang kita dengar kata2 galakan, apabila kita hendak memulakan sesuatu perkara yang diluar kebiasaan kita..contohnya...kita hendak membuka bisnes, pasti akan ada kata sindirin seperti " boleh laku ke?? "  atau  " kita tengok la...lepas 3 bulan gerenti tutup kedai la..."
tu  baru nak mulakan sesuatu perkara...cuba kalau dah berjaya pulak..pasti akan ada kata2 sindirin seperti... " mana tak maju bisnes.. dia pakai pelaris..."  atau " kalau tak bapak dia kaya..jangan harap dia nak maju macam tu..."

Tapi bagi aku...kadang kala kata2 sindiran ini la yang membuatkan aku lagi kuat untuk berazam dan tunjukkan yang kita mampu untuk lakukan dan seterusnya menggapai apa yang kita usahakan itu... kenapa aku cakap macam tu... coz pengalaman ni penah berlaku kat sesetengah orang waima aku sendiri...

kisah ni dah lama dah... time aku blaja kat UiTM lagi... sebagai student foto, mesti la kitorang mencari peluang untuk memasuki pertandingan2 fotografi yang ada... kebetulan ada satu pertandingan mengambil gambar masjid... aku pun masuk la...dalam aku tak mengharap apa2...aku menang tempat ketiga... tapi bila aku bagitau kat kawan2...ada la suara2 sindiran yang berbunyi seperti ... " mana tak dapat nombor 3...dah 3 orang je yang masuk...hahahaha"

time tu walaupun bagi diorang itu adalah lawak...dan aku turut gelak bersama... tapi jauh kat dalam hati aku..aku anggap itu satu cabaran....yes memang aku akui yang pertandingan tu tak berskala besar dan hadiah yang aku terima pun tak banyak...tapi aku anggap ianya sebegai satu permulaan dan mengaplikasikan apa yang telah aku pelajari semasa dalam kelas....

beberapa bulan kemudian, aku try masuk satu lagi pertandingan fotografi. dengan promosi meluas di media2 cetak..aku kira ianya agak besar skalanya..dan tak mustahil penyertaan agak ramai...kerana ianya melibatkan Putrajaya sebagai tema utama...walaupun ada tiga kategori...tapi aku tak mengharapkan apa2..coz aku tau penyertaan yang banyak , dan student2 foto fakulti aku pun ramai yang menghantar penyertaan..

tapi mungkin masa aku ambil gambar untuk penyertaan kali ini, hati aku amat membara untuk membuktikan kat kawan2 sekelas aku, yang aku mampu layak mendapat hadiah bukan kerana penyetaan ada 3 org.....dipendekkan cerita...mungkin dah rezki Allah nak kasi kat aku...aku dapat tempat pertama dalam salah satu kategori yang dipertandingkan..siap masuk paper lagi... time tu kawan aku yang dok perli2 aku tu dah tak berbunyi dah...

so moral kat sini...kita mungkin tak leh mengharapkan orang untuk memberikan kata2 galakan, dan kita juga tak mampu untuk menghentikan kata2 sindiran orang sekeliling... tapi perkuatkan la diri kita dengan mengambil segala kata2 sindiran itu sebagai satu motivasi untuk lebih berjaya dan membuktikan yang kita mampu dan boleh melakukannya...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...