Tuesday, May 31, 2011

LURZAN'S MODEL : LM ISSUE #13


Assalamualaikum semua...tak lupa juga nak ucap Selamat Hari Gawai...Sory kalau untuk keluaran kali ini agak lewat..bukan apa, bulan Mei ni agak sibuk sikit. Macam2 aktiviti luar yang aku kene hadiri. Tapi dateline tetap dikejar. Yang menjadi keutamaan mestila ' yang menurut perintah'... dalam pada tu sempat juga la terkejar2 untuk wat keluaran ni.

Untuk keluaran kali ini ianya agak istimewa, coz ianya berlangsung dengan agak cepat. Talent yang sepatutnya menghadiri sesi photoshoot, tiba2 tidak dapat memberikan komitmen. Jadi terpaksa la aku susun balik masa untuk photoshoot seterusnya...nasib baik talent yang sorang ni mempunyai masa senggang untuk memberikan komitmen dalam photoshoot kali ini.

Newey tq kepada EL kerana sudi luangkan masa untuk photoshoot untuk issue kali ini. Walaupun masa agak singkat, tapi hasil amat berbaloi. Untuk tau lebih lanjut pasal talent kali ini, jom kita berkenalan dengan nya....

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O


Anak jati Melayu yang berasal dari Kuching, Sarawak ini baru saja berusia awal 20an dan lebih senang disapa dengan panggilan EL. Mungkin ianya lebih mesra dan panggilan itu juga la yang sering digunakan oleh EL sesama rakan kuliah disalah sebuah universiti awam di Pulau Pinang.

Di waktu senggang, beliau amat gemar bermain video game dan juga berjogging. Oleh kerana mata pelajaran Bahasa Mandarin adalah antara subjek yang mesti diambil di universiti, oleh itu tidak hairan lah jika beliau juga boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin.

Pelajar jurusan Tourism Management ini bercita-cita untuk menjadi seorang travel agent setelah menamatkan pengajiannya. Setelah ditanya mengapa, beliau menjawab yang ianya adalah satu bidang kerja yang menyeronokkan sementelah kerana beliau sangat suka mengembara dan ingin meneroka keindahan dunia. Berkenaan tempat peranginan yang ingin beliau lawati, dengn pantas beliau menjawab Hawaii...

Sebagai salah seorang pelajar, beliau lebih menyukai fashion yang lebih kasual dan tampak kemas. Walaupun ini adalah kali pertama beliau mambuat sesi fotografi, tapi beliau berkata ini bukan pertama kali beliau mendapat tawaran. Tetapi oleh kerana sewaktu itu beliau belum bersedia, jadi dipendamkan saja minat itu.

Sepanjang sesi fotografi berlangsung, ianya berjalan lancar. Kebetulan cuaca baik dan kerjasama daripada talent juga amat memuaskan. Oleh sebab itu masa yang diambil juga sangat cepat kerana masing-masing punya komitmen yang perlu diselesaikan. Jadi pesanan LM untuk EL,  semoga berjaya dalam pelajaran mahupun cita-cita yang diimpikan. Jangan lupa akan asal usul dan sentiasa berfikiran positif....Adioss~







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...