Wednesday, September 15, 2010

LURZAN'S MODEL ISSUE #8

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua warganegara malaysia...Kepada muslimin dan muslimah..macamana dengan sambutan Aidilfitri? mesti meriah dan penuh dengan suka dan duka kan...biasa la..hari raya...

yang best time raya ni bila kita nak balik ke kampung untuk berhari raya bersama ibu dan ayah, adik beradik serta sanak saudara...selain itu...Aidilfitri juga amat ditunggu2 oleh kanak2..time ni la nak dapat serba serbi baru...serta menajamkan minda dengan mengira duit2 raya yang diberi oleh orang2 dewasa...lagi2 kalau ramai saudara mara...mau penuh poket dengan duit raya...

pasti juga ramai yang masih lagi bercuti panjang untuk pulang ke kampung yang jarang2 di lawati...sebab tu kat opis aku pun masih lengang...budak sekolah pun masih bercuti...jadi waktu2 sebegini la yang sesuai untuk keluarga mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang barangkali amat jarang bertemu mahupun ada sedikit salah paham antara mereka...

Jadi sempena hari baik bulan baik...apa salahnya kita sesama manusia memohon maaf serta memaafkan apa jua kesalahan yang pernah kita lakukan ataupun orang lain. kalau hidup saling bermusuhan...takkan ada kesudahan dan takkan ada kelebihan yang akan kita peroleh...Jadi kepada semua...Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...

kita tolak tepi pasal raya...jom kita tengok lak sapa yang menghiasi cover untuk keluaran kali ini...kalau korang nak tau..ini adalah keluaran yang terakhir untuk tahun ini...jadi kalau nak tau sapa talent baru kali ini...jom kita lihat....

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O







Untuk issue #8 ni...iaitu issue yang terakhir untuk tahun 2010 ni...talent baru yang menghiasi Lurzan's Model ialah Rayner. Rayner ni berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. beliau berbangsa Kadazan dan masih berumur awal 20an.

Buat masa ni beliau bekerja di salah sebuah hotel terkenal disekitar Kota Kinabalu. walaupun beliau adalah anak bongsu dalam keluarga..tapi amat suka berdikari...

aku temui Rayner melalui laman sosial. waktu tu aku dalam perancangan nak ke Kota Kinabalu...jalan2...
so sebelum aku berangkat...ada la aku cari talent2 baru melalui laman sosial ni..dalam 5 orang aku tegur..yang kebanyakkan nya menetap disekitar KK...3 gurl...2 boy..tapi mungkin waktu aku pergi tak ngam ngan jadual mereka...jadi yang tinggal hanyalah Rayner..

kalau ikutkan susah gak nak atur masa untuk sesi fotografi ngn Rayner...dan waktu shooting pun amat singkat..coz kami just boleh shoot after dia habis kelas..waktu tu dia masih lagi belajar di kolej sekitar KK....dan aku pun takleh lama coz aku ada urusan lain ngan kawan aku waktu tu...

tapi nasib baik Rayner ni boleh bekerjasama ngan baik dan memberikan pose2 yang dikehendaki...walaupun pada mulanya dia terlupa membawa baju yang dipesan..terpaksa la aku gunakan baju yang aku ada waktu tu...so far potensi ada..cuma kena lebihkan untuk buat workout..

untuk Rayner..aku ucapkan selamat berjaya dalam apa jua bidang yang ingin diceburi...dan jangan mudah pututs asa...Keep the good work...

selain itu...oleh kerana ini adalah issue yang terakhir...aku nak ucapkan juga jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua talent2 model baru yang penah bekerjasama ngan aku...aku tau..ramai yang mula kenal korang bila korang letak gambar2 yang penah aku amik, kat dalam laman sosial korang...macam fb..hehe..

untuk lebih menghargai new talent ni...actualy MOdel Look 2010 tu adalah untuk mereka...naktau lebih lanjut...tunggu entry akan datang...

so sebelum aku melabuhkan entry kali ini...macam biasa...jom kita tanya 5 soalan kat Rayner....

1. Mengapakah anda meminati bidang modeling?
Saya meminati bidang modelling sebab saya suka bergambar,berada dalam studio,and employed for the purpose of displaying and promoting fashion clothing.


2. Siapakah model idola anda dan mengapa?
Model idola saya adalah Dingdong Dantes(Philippines) sebab dia memiliki wajah yang kacak dan badan yang sempurna(full package).so i hope i can be like him.


3. Jika anda diberi tawaran kontrak untuk menjadi duta...manakah yang anda akan pilih...model seluar dalam atau model minyak masak??
Jika diberi tawaran kontrak untuk menjadi duta,saya akan memilih sebagai model seluar dalam sebab saya suka memakai pakaian yg sexy dan dilihat orang ramai...yeay!

4. Jika anda adalah seorang guru..mata pelajaran apakah yang anda akan ajar..dan mengapa?
Jika saya seorang guru,saya nak mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebab senang...haha

5. Anda diberi tawaran untuk membotakkan rambut anda dan menerinma RM1juta..adakah anda sanggup dan mengapa??
Saya sanggup membotakkan rambut dan menerima RM1 juta sebab rambut saya mesti akan tumbuh panjang dalam beberapa bulan kemudian...haha



Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010




Akhirnya tiba jua hari yang ditunggu2 oleh ramai umat Islam diseluruh dunia. Apalagi kalau bukan Aidilfitri...Setelah sebulan kita berpuasa, menahan lapar dahaga..mengerjakan ibadah yang jarang ada kelebihan di bulan2 yang lain...akhirnya kita menyambut Lebaran yang mulia pada tahun ini.

Jadi dikesempatan ini..aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin buat ibu tercinta...semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, juga tak lupa kepada semua umat Islam yang menyambut hari penuh makna ini.

Jadikan la perayaan ini untuk kita memulakan hidup yang baru sambil bermaaf- maafan sesama umat manusia walau sekecil mana pun masalah yang pernah kita lakukan...sesungguhnya siapala kita untuk menghukum orang lain dengan tidak memaafkan mereka...sedangkan nabi ampunkan umat...inikan pula kita manusia biasa...

Dan kepada warga malaysia yang pulang berhari raya menaiki kenderaan sendiri mahupun awam...berhati2 semasa memandu dan sentiasa peka pada keadaan sekeliling...kadangkala kita sudah sehabis cermat...tapi atas kecuaian orang lain..kita pula yang menjadi mangsa...jadi sama2 la kita berwaspada untuk kepentingan bersama...seperti kata PM kita...jangan jadikan jalan raya sebagai sungai berdarah...pandu cermat jiwa selamat..:)

Thursday, September 9, 2010

MENJELANG LEBARAN DI PERANTAUAN


Tinggal beberapa jam lagi semua umat Islam akan menyambut bulan kemenangan iaitu bulan Syawal..setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, menahan lapar dahaga, menahan nafsu diri, serta melakukan ibadah2 untuk menambahkan pahala yang berlipat kali ganda...akhirnya segala pengorbanan dirai...

Walaupun raya tahun ini aku beraya di perantauan...tapi ini bukan la pertama kali aku berhari raya di tempat orang...sebelum ni penah jugak aku menyambut Aidilfitri di Genting Highland...tak dapat cuti...kene keje...pilu memang la pilu...tapi bila dikenang balik, ia menjadi nostalgia buat aku...baru aku tau camner perasaan orang yang tak dapat balik berhari raya bersama keluarga di kampung.

masa di Genting Highlang dulu aku tak dapat balik raya adalah disebab kan kekangan kerja...biasala..makan gaji..lagipulak kerja di Genting...time2 perayaan la ramai orang datang kat situ...so nak taknak kene keje jugak...sebelum aku pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri..sempat jugak aku menelefon mak aku kat kampung untuk memohon ampun dan maaf...time tu memang air mata turun mencurah2...biasala..syahdu di pagi raya...

tapi untuk raya kali ni..aku tak dapat balik beraya..coz 2 minggu lepas raya...adik aku akan melangsungkan pernikahan nya...so takkan aku nak cuti 2 kali n balik 2 kali kan...kalau dekat takpe...dahla kampung kat Selangor...aku lak dok kat Sarawak...so terpaksa la aku korbankan salah satu...

setakat ni persediaan raya macam biasa...just bersihkan rumah dan hias seadanya untuk tetamu yang datang...kueh raya pun just tunjuk2 je...mana reti nak buat...klau buat pun tak tentu sedap...so baik beli je...heheh

aktiviti malam mungkin aku nak beli daun kelapa untuk buat ketupat...bukan taknak gunakan nasi himpit segera tu...tapi takde feel raya kalau makan tu...so mungkin aku akan pegi cari kat area pasar Satok..untuk kuah kacang lak...tu kene beli je...coz yang tu aku belum katham belajar lagi...dan mungkin aku nak ronda2 kat area Kuching dan samarahan..untuk melihat keindahan lampu pelita dan lampu kelap kelip yang menghiasi kebanyakkan rumah orang yang menyambut Aidilfitri kali ni...

jadi sama2 la kita menghitung detik ketibaan Syawal ok...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...