Tuesday, May 31, 2011

LURZAN'S MODEL : LM ISSUE #13


Assalamualaikum semua...tak lupa juga nak ucap Selamat Hari Gawai...Sory kalau untuk keluaran kali ini agak lewat..bukan apa, bulan Mei ni agak sibuk sikit. Macam2 aktiviti luar yang aku kene hadiri. Tapi dateline tetap dikejar. Yang menjadi keutamaan mestila ' yang menurut perintah'... dalam pada tu sempat juga la terkejar2 untuk wat keluaran ni.

Untuk keluaran kali ini ianya agak istimewa, coz ianya berlangsung dengan agak cepat. Talent yang sepatutnya menghadiri sesi photoshoot, tiba2 tidak dapat memberikan komitmen. Jadi terpaksa la aku susun balik masa untuk photoshoot seterusnya...nasib baik talent yang sorang ni mempunyai masa senggang untuk memberikan komitmen dalam photoshoot kali ini.

Newey tq kepada EL kerana sudi luangkan masa untuk photoshoot untuk issue kali ini. Walaupun masa agak singkat, tapi hasil amat berbaloi. Untuk tau lebih lanjut pasal talent kali ini, jom kita berkenalan dengan nya....

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O


Anak jati Melayu yang berasal dari Kuching, Sarawak ini baru saja berusia awal 20an dan lebih senang disapa dengan panggilan EL. Mungkin ianya lebih mesra dan panggilan itu juga la yang sering digunakan oleh EL sesama rakan kuliah disalah sebuah universiti awam di Pulau Pinang.

Di waktu senggang, beliau amat gemar bermain video game dan juga berjogging. Oleh kerana mata pelajaran Bahasa Mandarin adalah antara subjek yang mesti diambil di universiti, oleh itu tidak hairan lah jika beliau juga boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin.

Pelajar jurusan Tourism Management ini bercita-cita untuk menjadi seorang travel agent setelah menamatkan pengajiannya. Setelah ditanya mengapa, beliau menjawab yang ianya adalah satu bidang kerja yang menyeronokkan sementelah kerana beliau sangat suka mengembara dan ingin meneroka keindahan dunia. Berkenaan tempat peranginan yang ingin beliau lawati, dengn pantas beliau menjawab Hawaii...

Sebagai salah seorang pelajar, beliau lebih menyukai fashion yang lebih kasual dan tampak kemas. Walaupun ini adalah kali pertama beliau mambuat sesi fotografi, tapi beliau berkata ini bukan pertama kali beliau mendapat tawaran. Tetapi oleh kerana sewaktu itu beliau belum bersedia, jadi dipendamkan saja minat itu.

Sepanjang sesi fotografi berlangsung, ianya berjalan lancar. Kebetulan cuaca baik dan kerjasama daripada talent juga amat memuaskan. Oleh sebab itu masa yang diambil juga sangat cepat kerana masing-masing punya komitmen yang perlu diselesaikan. Jadi pesanan LM untuk EL,  semoga berjaya dalam pelajaran mahupun cita-cita yang diimpikan. Jangan lupa akan asal usul dan sentiasa berfikiran positif....Adioss~







JOM BORAK : SINDIRAN vs GALAKAN

" Wahhhh...cantiknya kau hari ni...slalu selekeh je...ko cucuk ke?? "
" Sedap giler suara ko...lagi sedap kalau tak nyanyi...hahahaha.. "

Mesti korang penah alami situasi2 berdepan dengan kata2 sindiran seperti diatas. Mungkin kalau ianya datang dari mulut orang yang rapat dengan kita, takla kita ralat sangat...sebab kita anggap ianya sebagai satu gurauan. Tapi kalau dari orang sekeliling? teman sekerja?

Aku tak tau situasi ni kat tempat lain...tapi kita tak payah pegi jauh2...disekeliling kita, benda ni dah menjadi suatu kebiasaan...tapi mesti la ada suatu ketika kita akan terasa juga walaupun ianya suatu yang dianggap gurauan...

Jarang kita dengar kata2 galakan, apabila kita hendak memulakan sesuatu perkara yang diluar kebiasaan kita..contohnya...kita hendak membuka bisnes, pasti akan ada kata sindirin seperti " boleh laku ke?? "  atau  " kita tengok la...lepas 3 bulan gerenti tutup kedai la..."
tu  baru nak mulakan sesuatu perkara...cuba kalau dah berjaya pulak..pasti akan ada kata2 sindirin seperti... " mana tak maju bisnes.. dia pakai pelaris..."  atau " kalau tak bapak dia kaya..jangan harap dia nak maju macam tu..."

Tapi bagi aku...kadang kala kata2 sindiran ini la yang membuatkan aku lagi kuat untuk berazam dan tunjukkan yang kita mampu untuk lakukan dan seterusnya menggapai apa yang kita usahakan itu... kenapa aku cakap macam tu... coz pengalaman ni penah berlaku kat sesetengah orang waima aku sendiri...

kisah ni dah lama dah... time aku blaja kat UiTM lagi... sebagai student foto, mesti la kitorang mencari peluang untuk memasuki pertandingan2 fotografi yang ada... kebetulan ada satu pertandingan mengambil gambar masjid... aku pun masuk la...dalam aku tak mengharap apa2...aku menang tempat ketiga... tapi bila aku bagitau kat kawan2...ada la suara2 sindiran yang berbunyi seperti ... " mana tak dapat nombor 3...dah 3 orang je yang masuk...hahahaha"

time tu walaupun bagi diorang itu adalah lawak...dan aku turut gelak bersama... tapi jauh kat dalam hati aku..aku anggap itu satu cabaran....yes memang aku akui yang pertandingan tu tak berskala besar dan hadiah yang aku terima pun tak banyak...tapi aku anggap ianya sebegai satu permulaan dan mengaplikasikan apa yang telah aku pelajari semasa dalam kelas....

beberapa bulan kemudian, aku try masuk satu lagi pertandingan fotografi. dengan promosi meluas di media2 cetak..aku kira ianya agak besar skalanya..dan tak mustahil penyertaan agak ramai...kerana ianya melibatkan Putrajaya sebagai tema utama...walaupun ada tiga kategori...tapi aku tak mengharapkan apa2..coz aku tau penyertaan yang banyak , dan student2 foto fakulti aku pun ramai yang menghantar penyertaan..

tapi mungkin masa aku ambil gambar untuk penyertaan kali ini, hati aku amat membara untuk membuktikan kat kawan2 sekelas aku, yang aku mampu layak mendapat hadiah bukan kerana penyetaan ada 3 org.....dipendekkan cerita...mungkin dah rezki Allah nak kasi kat aku...aku dapat tempat pertama dalam salah satu kategori yang dipertandingkan..siap masuk paper lagi... time tu kawan aku yang dok perli2 aku tu dah tak berbunyi dah...

so moral kat sini...kita mungkin tak leh mengharapkan orang untuk memberikan kata2 galakan, dan kita juga tak mampu untuk menghentikan kata2 sindiran orang sekeliling... tapi perkuatkan la diri kita dengan mengambil segala kata2 sindiran itu sebagai satu motivasi untuk lebih berjaya dan membuktikan yang kita mampu dan boleh melakukannya...

Wassalam...

Wednesday, May 25, 2011

LURZAN'S MODEL Issue #13 : COMING SOON

DALAM KENANGAN : SAIN BIN REBAN



AL-FATIHAH

Aku doakan agar arwah abah aku akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Aminnnn...

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011 - GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Setiap tahun, pada 16 Mei, kita akan menyambut hari yang amat bermakna buat para pendidik, iaitu perayaan Hari Guru. Seperti yang kita ketahui, banyak jasa guru2 kita dalam melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga cemerlang dalam hidup.

Dengan tema pada tahun ini, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, ianya bersesuaian dengan tugas guru yang menjadi antara tulang belakang terpenting dalam melahirkan anak bangsa yang bakal memimpin negara dimasa akan datang.

Walaupun tugas guru-guru kita semakin mencabar seiring dengan kemajuan teknologi, akan tetapi profession guru masih lagi relevan dalam mendidik anak bangsa.

Jadi dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru 2011 kepada semua para pendidik di seluruh negara, dengan harapan agar dapat mendidik anak bangsa dengan hati yang ikhlas dan penuh tanggung jawab.Semoga anak bangsa kita akan menjadi pewaris bangsa yang berilmu, berwawasan dan juga bertanggung jawab....

Wednesday, May 11, 2011

MY TRAVEL : ISSUE 2



Assalamualaikum dan Salam sayang kat korang semua...ada baik?? harap2 sihat2 la hendaknya ye...
walaupun semenjak dua menjak ni hujan tak membasahi bumi... so harap2 ianya tak mempengaruhi kerja2 korang... mana la tau, ada sindrom2 tak leh kena panas ke apa ke...hehe

Awal bulan lalu aku berkesempatan mengikuti rombongan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia masuk pedalaman kat area2 Julau, Lubok Antu, Sri Aman dan juga Padawan untuk melawat sekolah2 kat kawasan tersebut...memang pengalaman yang tak dapat aku lupakan...coz banyak cabaran yang terpaksa kami tempuhi untuk pergi kesatu-satu destinasi...

Kalau sebelum ni aku tonjolkan apa yang ada disuatu tempat yang aku pergi, tapi untuk My Travel kali ini aku tumpukan kepada portrait orang disekeliling yang aku temui... kebanyakkan nya lebih kepada candid style...daripada budak kecil kepada yang dah berusia...kalau ikutkan banyak yang ingin dikongsi...tapi gambar2 di bawah ini  adalah antara yang aku paling suka..

so diharap korang pun suka...enjoy...~























Monday, May 9, 2011

PHOTO OF THE DAY

' antara dua '

Tarikh : 2011-05-08
Tempat : Borneo Convention Centre, Kuching
Kamera : D90

SELAMAT HARI IBU

Rasa nya tak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di seluruh negara terutamanya kepada my mom...puan sri Saemah Binti Sichus...


tentunya banyak jasa ibu2 kita yang mungkin tak terbalas oleh kita...peranan dan pengorbanan mereka amat besar...macam mak aku...kalau arwah bapa aku banyak mengajar aku erti berdikari, mak aku lak banyak mengajar aku erti kelangsungan hidup...dalam erti kata lain..menentukan hala tuju hidup dan juga cara mencari rezki...

sedari kecil lagi memang mak aku dah ajar aku macam mana nak cari duit dengan berniaga kecil kecilan di sekolah...daripada makanan ringan, aiskrim, kad raya, malahan penah juga aku buat komik dengan gunakan kertas A4, then aku fotostat banyak2..ada gak yang beli....heheeh

bila ingat balik memang lucu...bila dah abih blaja lak..macam2 keje aku penah try...daripada keje kilang, promoter bahasa, jual buah, kedai makanan segera...dan macam2 lagi...tapi mak aku tak bising...mungkin dia tau waktu2 ni la kita nak tau keje apa yang sesuai dengan kita...even masa aku dapat kerja kat sarawak ni pun dia tak banyak soal, coz mungkin aku ni anak laki..jadi dia tau yang aku pandai jaga diri kat tempat orang..coz sebelum ni pun aku dah biasa merantau keje kat negeri2 lain...

Kalau ikutkan tak terbalas jasa yang telah ibu kita curahkan...bukan kebendaan yang mereka harapkan, selalunya perhatian yang diinginkan, serta kasih sayang anak2... so kepada yang masih lagi punya ibu...jaga lah mereka sebaiknya...jangan bila dah tiada baru kita menyesal... dan kepada yang terdetik untuk menyerahkan ibu bapa kat rumah orang2 tua...atau lebih teruk menghalau ibu bapa, fikir lah...apa perasaan kita jika anak2 kita pula yang sanggup buat macam tu?? tak mustahil anak2 kita akan buat apa yang pernah kita lakukan...
jika kita dikurniakan ibu bapa yang 'bermasaalah' terima lah mereka seadanya, dah banyakkan berdoa agar mereka diberi petunjuk oleh Nya...

so sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu....:)

Wednesday, May 4, 2011

MINGGU YANG BUSY

Minggu ni agak busy sikit ngan persediaan untuk Hari Guru peringkat Kebangsaan....kebetulan Sarawak menjadi tuan rumah untuk Hari Guru Kebangsaan tahun 2011...
aku ngan beberapa orang opis aku dipertanggung jawabkan untuk menyediakan video bergambar untuk beberapa segment semasa Hari Guru nanti...


itu belum ditambah lagi dengan persediaan bahan tuk Hari Guru peringkat negeri lak..
tapi yang penting aku bukan seorang guru...jangan lak disebab kan aku terlibat ngan hari2 guru ni, korang ingat aku ni cikgu...aku cuma salah sorang yang melaksanakan program je..


walaupun sibuk..terkejar sana, terkejar sini..tapi rasa berbaloi bila hasilnya dipertontonkan nanti..harap2 memuaskan hati..selagi belum berakhirnya majlis ni...selagi tu la rasa tak senang duduk...
harap2 semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan...Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...