Thursday, June 23, 2011

LURZAN MAKEOVER : AZY

Anda ingin serlahkan kecantikan anda untuk majlis PERTUNANGAN... mahu pun majlis PERKAHWINAN anda...atau pun untuk menghadiri majlis MAKAN MALAM....serahkan kepada LURZAN MAKEOVER....
Dengan harga yang amat berpatutan.. anda bukan sahaja mandapat hasil tatarias yang anda inginkan..malahan juga kami akan memberikan kepada anda nasihat berkenaan gaya fashion yang sesuai dengan anda secara PERCUMA!!
Jadi apa tunggu lagi...buat tempahan anda sekarang...!! call 016 8569448 atau 017 3376858 untuk keterangan lanjut.

Wednesday, June 22, 2011

WEDDING : FIRDAUS & SUSILAWATI


Tarikh             : 3, 5 & 11 Jun 2011
Tempat           : Kuching, Sarawak
Photographer : Sahrel & Burney
Photo Editing : Lurzan Sain









Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Firdaus & Susilawati. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina dirahmati oleh Nya dan berkekalan hingga hujung nyawa...Amin...

Tuesday, June 21, 2011

LURZAN'S MODEL : LM Issue #14

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...nampak ceria je ye...maklumlah hati senang kan...

macam tu la... hidup ni tak payah nak tension2... masalah tetap akan datang... tapi jangan lari dari masalah... try hadapi sebaiknya... lepas tu berserah kat yang Maha Esa... dan kalau tak nak masalah datang... jangan la buat masalah...tul tak??

Rasanya tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di Malaysia... pengorbanan bapa walaupun tak 'sehebat' pengorbanan ibu...tapi ianya tetap sama penting. jadi sama2 lah kita menghargai bapa kita selagi ada. jangan nanti bila dah ketiadaan mereka, penyesalan mula terasa..waktu tu dah takde maknanya...

Okla..jom kita berkenalan dengan new talent untuk keluaran kali ini...

O

O

O

O

O

O

O

O

O


Talent model kali ini lebih senang disapa dengan panggilan Eyfa. Anak jati Kuching, Sarawak ini baru sahaja berusia awal 20an, dan masih menuntut disalah sebuah pusat pengajian di Kuching dalam jurusan Diploma in Programing. Beliau yang amat meminati bidang modeling kerana suka bergambar dan mengambil gambar, amat mengkagumi model terkenal Amber Chia.

Bila ditanya berkenaan kerjaya dimasa hadapan, beliau bercita-cita untuk bekerja di awan biru sebagai seorang pramugari. Selain dapat berketerampilan anggun, faktor lain yang mendorong beliau menyukai kerjaya sebagai pramugari adalah kerana beliau amat suka melawat tempat-tempat yang belum pernah beliau lawati.

Walaupun beliau seorang yang agak pemalu, namun sikap beliau yang peramah dan ringan tulang, amat suka membantu kawan-kawan yang didalam kesusahan. Untuk menjaga kesihatan dan juga stamina, beliau lebih menggemari aktiviti berenang dan juga menari berbanding sukan-sukan lain.

Jadi untuk Eyfa, pesanan daripada LM, selamat maju jaya dan semoga segala impian menjadi kenyataan. Teruskan usaha walaupun kiri kanan penuh dengan kata-kata nista. Yang penting niat kena baik.
ok sehingga berjumpa lagi dikeluaran yang akan datang...wassalam.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...