Friday, July 16, 2010

Lurzan's Model Issue #4


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca2 yang sedang melayari blog ini...di harap korang semua sihat2 hendak nya...tak sangka ye..pejam celik pejam celik...dah masuk bulan Julai dah...terasa kejap sangat...bulan depan dah nak puasa...kepasa yang masih belum bayar puasa yang terkantoi tu...cepat2 la ganti ye...jgan last minit baru nak buat...

sebut pasal puasa ni...yang dinanti2 kan selain mengerjakan solat tarawikh dan amal jariah...tentunya 'pesta makanan'...tapi tak leh cakap banyak sangat...kita tunggu time bulan Ramadhan nanti...hehe

sebenarnya banyak isu semasa yang sedang berlaku kat negara kita...antara yang paling terkesan kat aku ialah isu curi pasir ni...bukan la aku nak masuk campur bab2 politik ni...coz isu ni pun dah jadi isu politik... tapi aku tengok isu ni dari sudut alam sekitar...nampak sangat la rakus nya kita ni sebagai manusia yang tak pernah rasa puas meratah hasih bumi...nanti bila datang musibah...baru la nak salah kan orang itu dan ini...so aku harap perkara ni tak berlarutan...

cukup pasal tu...berbalik kita kat edisi #4 Lurzan Model...edisi muka depan kali ni ialah seorang model lelaki.sapa dia agaknya???jom tengok...

o

o

o

o

o

o

o

o

o

o

o

o



model

Sapa Chac?? Chac ni aku temui melalui laman sosial.ye la...kan sekarang boleh kata kebanyakkan remaja mempunyai sekurang kurang nya satu akaun laman sosial...kalau ikutkan..aku jarang la discover model melalui saluran ni...coz tak nampak mereka secara live...ye la...kadang2 kat profile nampak ok...tapi kat luar nampak lain...so kiranya si Chac ni model pertama yang aku discover melalui laman sosial...

selain bidang modeling..Chac juga berbakat dalam bidang seni tari dan juga nyanyian..boleh kata serba serbi boleh la..berusia awal 20 an...chac juga aktif didalam sebarang aktiviti kesenian di tempat beliau belajar iaitu di pusat pengajian tinggi yang terletak di Kota Samarahan, Sarawak.

tak susah nak bekerjasama dengan Chac ni..tapi disebab kan ini adalah photoshoot pertamanya...jadi dia agak gugup dan sedikit kaku...tapi tu biasa la bagi orang baru kan...cuma cabaran bagi aku ialah bila nak mengubah gaya Chac agar lebih model look....bukan apa...agak susah nak ubah gaya seseorang kepada model look bila orang tu berwajah komersil...tapi dengan lighting yang betul dan facial expression yang sesuai...akhirnya dapat gak aku capture apa yang aku mahukan.

so kepada Chac...good luck!!

sebelum mengakhiri edisi kali ini...seperti biasa..jom kita tanya 5 soalan kepada Chac : -

1. Mengapakah anda meminati bidang modeling?
modeling merupakan antara bidang yang paling saya minati sejak kecil lagi dan merupakan cita2 saya.

2. Sebutkan 2 pereka tempatan yang anda minati?
pereka tempatan?? sy meminati hasil rekaan dari Hatta Dolmat dan Razman Razwill walaupun diaorg ni banyak hasilkan baju untuk perempuan..hehehe

3. Apakah bakat terpendam anda?
bakat terpendam??? maybe menyanyi dan berlakon.hehehe

4. Jika anda memenangi wang berjumlah RM1 juta..apakah yang akan anda lakukan dengan wang tersebut?
jika memenangi wang RM1 juta saya nak hantar ibu bapa saya mengerjakan haji dan membuka rumah kebajikan.

5. Warna apakah yang anda paling suka dan mengapa?
saya suka pelbagai jenis warna sebab saya suka mencuba dan nampak lebih menyerlah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...